Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, September 27, 2011

SEARCH "KONSERT FENOMENA 30 TAHUN"

AddThis Social Bookmark Button
image

SEARCH "KONSERT FENOMENA 30 TAHUN"

SEARCH dan Loudness merupakan kumpulan rock yang menjadi kebanggaan Malaysia dan Jepun. Terdapat banyak persamaan antara dua kumpulan ini. Antaranya tahun ini dua kumpulan itu menyambut ulang tahun ke-30. Malah, sehingga kini Loudness dan Search masih aktif dalam muzik rock di negara masing-masing.

Selain mengenali dan berhubung satu sama lain, dua kumpulan itu sentiasa menyokong perjuangan mereka dalam bidang tersebut. Vokalis Search, Amy yang menjadi penyanyi jemputan pada konsert Loudness pada 24 Julai lalu amat teruja apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan kumpulan rock terkenal dari Negara Matahari Terbit itu.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman gandingannya dan Minoru tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya dia dan Search mempunyai perancangan lebih besar. Penyanyi berusia 53 tahun itu berkata, dia telah menjemput Loudness untuk berkongsi pentas dengan Search pada Konsert Fenomena 30 Tahun Search pada Disember ini.


"Pada konsert ulang tahun ke-30 Search yang akan diadakan Kuala Lumpur dan Loudness dijangkakan akan mengadakan konsert bersama-sama kami. Saya jangkakan Loudness akan mengadakan persembahan sekitar 45 minit bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun penubuhan Search sejak tiga dekad lalu," katanya.

Amy yang merupakan vokalis asal Search yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1981 menambah, Loudness diundang pada konsert itu kerana hubungan mereka yang semakin akrab terutamanya sejak akhir-akhir ini. Malah, kata Amy dia bukan setakat sudah lama mengikuti perkembangan Loudness tetapi turut menjalin hubungan yang baik dengan keempat-empat anggota kumpulan rock bertaraf legenda tersebut. Sebenarnya hubungan Search dan Loudness telah terjalin sejak lebih 30 tahun lalu di mana pada tahun 1980-an saya pernah menonton konsert Loudness di Pulau Sentosa, Singapura.

"Bagi saya Loudness dan Search adalah dua kumpulan yang berbeza budaya dan bangsa tetapi ada persamaan daripada segi genre serta perjuangan kami dalam muzik rock. Sewaktu kunjungan Loudness ke Kuala Lumpur sempena konsert ini, saya sempat menjamu mereka makan di Restoran Cheng Ho milik saya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur," ujarnya.

Sementara itu, Amy mendapati idea berduet dengan Loudness pada konsert kumpulan Jepun itu mampu menarik perhatian penonton dan memberi kepuasan kepadanya. Menceritakan pengalamannya berduet dengan Minoru dalam dua lagu Loudness berjudul Shadows of War dan Let's Go, Amy bukan setakat teruja tetapi tidak menduga peluang itu turut sebagai hadiah buat para peminatnya.

Idea itu dicetuskan oleh Akira Takasaki yang mahukan saya berduet dengan Minoru bagi menghangatkan lagi konsert yang dinanti-nantikan para peminat tempatan itu. Pada mulanya saya dan Minoru hanya merancang untuk berduet dalam lagu Shadows of War sahaja tetapi sewaktu berada di belakang pentas Akira telah berbisik kepada sahaja.

"Dia (Akira) kata mahukan saya berduet sebuah lagu lagi bertajuk Let's Go tetapi saya tidak ingat lirik lagu itu. Tetapi Akira kata tidak mengapa, dia akan ajar dan suruh nyanyi lagu itu masa korus sahaja. Saya pun akur. Paling mengejutkan saya apabila Akira juga pada masa sama berjanji akan mencipta sebuah lagu khas untuk dirakamkan dalam album Search yang akan datang," jelasnya penuh bangga.

Oleh: AJIZZ

No comments:

Post a Comment