Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, December 18, 2011

SEARCH TERUS DIBANJIRI PEMINAT MEREKA

Konsert yang pada mulanya di Padang Astaka telah dipindahkan ke MIECC untuk mengelakkan hujan dan memberi keselesaan kepada penonton. Satu keputusan yang tepat walaupun agak sesak untuk ke sana. Search memang tidak boleh disangkal kehebatannya. Bagaikan lautan manusia yang sentiasa memberi sokongan kepada band kesayangan mereka.

Setiap lagu yang disampaikan tidak lekang dari bibir peminat-peminat Search untuk sama-sama menyanyikannya. Konsert yang bermula pukul 9 malam dan tamat kira-kira pukul 12.00 malam itu menggabungkan peminat daripada pelbagai peringkat umur dengan sistem bunyi memuaskan termasuk pentasnya yang gah dengan skrin gergasi, sistem pencahayaan dan semburan api di hadapan pentas. Ianya sangat eksklusif untuk peminat-peminat Search! Kumpulan lagenda dari Johor Bahru itu turut diiringi dua penyanyi latar, seorang kibodis dan disusuli dengan orang kuat Search iaitu M.Nasir berduet bersama Amy. Beberapa buah lagu dipersembahkan antaranya ialah 'Isabella', 'Meniti Titian Usang', 'Kejora', 'Isi Atau Kulit', 'Langit Dan Bumi', 'Menara Kesesatan', 'Mentari Merah Di Ufuk Timur', 'Pelesit Kota', 'Pawana' dan 'Fantasia Bulan Madu' dan banyak lagi.

“ Kami berterima kasih kepada semua tenaga kerja yang menjayakan konsert ini terutama peminat-peminat di seluruh negara" kata Amy mewakili Search.

Selepas ini Konsert Fenomena Search 30 Tahun dijadualkan berlangsung di Borneo pula. Siri jelajah konsert tersebut dibawakan ke Sabah dan Sarawak oleh Universal Credential Sdn. Bhd. dan Nova Music (M) Sdn. Bhd. Pada 24 Disember ini, Search akan beraksi di Kompleks Sukan Tawau, Sabah dan diikuti di Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember ini. Lebih menarik apabila tiket konsert berharga semurah RM25 bagi kedua-dua lokasi. Tiket-tiket boleh didapati dengan menghubungi talian hotline 013- 8003030.

No comments:

Post a Comment