Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, August 30, 2011

Amy Search Terkejut Nabil Huda Mahu Cerai!


Tak ada angin ribut tiba- tiba pelakon NabiLa Huda, 27, mahu cerai! Pasti ramai yang terkejut dengan tindakan pelakon Nabila Huda yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga. Malah turut terkejut adalah vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy yang merupakan bapa kepada Nabila Huda. Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya itu yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

Amy yang hanya tahu mengenai tindakan anaknya itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.

"Saya baru tahu tentang hal ini. Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya. Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertujuan untuk menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani. Bagaimanapun dia tidak dapat berbuat demikian kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Sementara itu, Nabila terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd,(NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata,
"Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

"Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya," ujarnya.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

"Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati".

Nabila Huda dan suaminya, Zaidi Zailani, mendirikan rumah tangga pada Disember 2008. Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.

Couple Paling Stylish 2011

Berikut adalah senarai pasangan kekasih / suami isteri selebriti/ sosialit yang paling Stylish untuk tahun 2011. Pemilihan mereka bukan dilihat dari segi pilihan busana mewah atau kebijaksanaan bergaya (kerana ada sebahagian daripada mereka tidaklah stylish manapun) malah turut mengambil kira faktor ‘chemistry’ pasangan tersebut yang secara automatik terserlah aura 'stylish' ketika bersama. Kalau kedua-duanya memang dah sama cantik sama padan, pakai selebet manapun mesti masih tampak cantik dan tampan kan?? Enjoice!

Beyonce & Jay-Z



Kristen Stewart & Robert Pattinson
Prince William & Kate Middleton
Brad Pitt & Angelina Jolie
Penelope Cruz & Javier Bardem
David & Victoria Beckham
Johnny Depp & Vanessa Paradis
Gisele Bundchen & Tom Brady
Jennifer Lopez & Marc Anthony
(Sekarang dah jadi X-Couple... Sob...Sob..)

Katy Perry & Russel Brand

David Bowie & Iman
Gwen Stefani & Gavin Rossdale

Seal & Heidi Klum

Justin Bieber & Selena Gomez

Cristiano Ronaldo & Irina Shayk

Tom Cruise & Katie Holmes
Orlando Bloom & Miranda Kerr
Sarah Jessica Parker & Matthew Broderick

Matthew McConaughey & Camila Alves

Diane Kruger & Joshua Jackson


Kate Moss & Jamie Hince

Anna Paquin & Stephen Moyer

Ashton Kutcher & Demi Moore

Maggie Gyllenhaal & Peter Sarsgaard

Keira Knightley & Rupert Friend (Diorang ni pun dah jadi X-Couple... )

Olivia Palermo & Johaness Huebl

Bonnie Wright & Jamie Campbell-Bower

Alex Turner (Arctic Monkey) & Alexa Chung

Ulasan THE AMERICAN


Oleh: Ajami Hashim

BINTANG
Keseluruhan: 3.5
Plot: 3.5
Lakonan: 3.5
Efek Khas: 2.5
Sinematografi: 3.5

Tonton filem ini jika anda suka: "The Hitman", "The Day of the Jackal", "Assassins"

Filem ini seakan api dalam sekam yang perlahan-lahan membakar perasaan dari dalaman. Sebahagian besar latarnya sangat cantik tetapi kasar di perkampungan klasik pergunungan Castel del Monte, Abruzzo, Itali. Maka sudah tentulah perjalanan ceritanya juga begitu terasa ke-Eropah-an di tangan pengarah Anton Corbijn. Filem ini terasa seperti perlahan, kurang dialog dan begitu kerap memaparkan momen-momen yang sunyi tetapi penuh makna serta begitu mendebarkan.

Perwatakan Jack/Edward lakonan George Clooney sememangnya penggerak utama atau character driven untuk penceritaan filem ini. Dia ialah seorang pembunuh upahan yang kini hendak bersara dari karier berbahaya dan kejam itu untuk selama-lamanya. Sudah tentu cadangan tersebut bukan semudah yang disangka kerana kerja lampaunya telah mengundang musuh-musuh yang dia sendiri tidak pasti siapakah yang mengupah mereka?

Kegemaran Jack kepada rama-rama memberikan sedikit gambaran perwatakannya sebagai seorang yang inginkan kebebasan dari belenggu kepompong kerja kotornya. Dia juga mungkin seperti corak menarik pada sayap rama-rama yang kelihatan gentleman dari luaran tetapi penuh dengan tipu muslihat dan ganas dalamannya. Jack sangat berhati-hati, berpandangan tajam, perfectionist serta berfikiran jauh untuk setiap tindakan dan keputusannya seperti pemain catur. Dan yang paling penting Jack ialah seorang oportunis kerana latarnya sebagai seorang pembunuh upahan yang profesional.

Jack juga dipertembungkan dengan watak ironik seorang paderi, Father Benedetto lakonan Paolo Bonacelli yang mencabar self-esteem dirinya untuk mensucikan dosa-dosanya dahulu. Manakala watak pelacur, Clara lakonan Violante Placido pula buat pertama kalinya mencetuskan perasaan cinta kepadanya. Walaupun selama ini Jack sekadar melanggan wanita jalang sebegitu untuk memuaskan nafsu sahaja malah sanggup membunuh mereka jika terpaksa. Kedua-dua watak itu telah mengubah sedikit demi sedikit mengenai nilai kehidupan dan nyawa kepada Jack untuk menguatkan lagi keinginannya untuk bersara.

Namun begitu, tugasan terakhir dari majikannya selama ini iaitu Pavel lakonan Johan Leysen ialah sempadan penamat samada Jack akan berjaya bersara atau mati? Deskripsi arahan iaitu membikin sepucuk senapang otomatik buatan tangan Jack, disalurkan melalui seorang lagi pembunuh upahan profesional wanita bernama Mathilde lakonan Thekla Reuten. Bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam, Jack dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dengan tugasan itu. Permainan plot demi plot yang sentiasa menimbulkan prasangka kepada setiap watak yang ditemui oleh Jack akan menimbulkan suspens yang ketara serta mengujakan dalam filem ini. Penonton dan Jack akan serentak cuba meneka dan menyelesaikan setiap kronologi kejadian yang berlaku kepadanya.

Filem ini di antara lakonan watak one-man show terbaik George Clooney selepas “Michael Clayton” dan “Up In The Air”. “The American” berjaya menimbulkan persoalan samada semua yang berlaku kepada Jack adalah dirancang dengan teliti untuk membunuhnya atau dia yang mengundang kematiannya sendiri? Bak kata Clara kepada Jack “You are a good man but, you have a secret.”

* Kredit to tupai.com.my

Ulasan HANTU BONCENG


Bintang
Keseluruhan: 4.5
Pelakon: 4.5
Plot: 4
Efek Khas: 4
Sinematografi: 4
Tonton filem ini jika anda suka: “Ngangkung”, “Sini Ada Hantu”, “Hantu Kak Limah Balik Rumah, “Jangan Pandang Belakang Congkak”.

Terbaik! Memang best! Lawak giler! Itu antara perkataan yang pastinya akan terpacul dari mulut sebaik menonton filem komedi seram tahap maksimum, “Hantu Bonceng”. Penulis pasti semasa menulis ulasan ini, penulis berada dalam keadaan yang waras, tanpa disogok oleh pengarah atau mana-mana pelakon dalam filem ini kerana hakikatnya filem arahan pengarah dan penerbit versatil, Ahmad Idham ini sememangnya patut menerima pujian kerana berjaya menzahirkan filem ini sebagai sebuah naskah komedi seram tahap tidak kering gusi, kebas usus perut!

Tidak keterlaluan sekiranya filem komedi seram yang menyaksikan gandingan mantap kali pertama buat teraju utama “Hantu Bonceng” seperti Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Taiyuddin Bakar bekerja di bawah arahan Adham Idham antara filem bakal hit tahun ini! Kalau filem “Karak” terbitan arahan Yusry Abdul Halim boleh berdiri dengan penjenamaan sedia ada Jalam Karak, “Hantu Bonceng” yang bertemakan ‘Rempit & bohsia innocence’ ini mampu terpahat terus dalam minda dan hati penonton dek lawak segar filem yang digarap sempoi tapi teliti oleh Ahmad Idham ini.

Pujian juga harus diberikan kepada barisan pelakon yang menjayakan filem ini kerana hampir semua kesemua mereka berjaya melakonkan watak masing-masing dengan cemerlang. Variasi watak dari Amran delivery boy merangkap raja litar haram, Halimaton si jururawat brutal, Kunyit, kawan tiga suku tapi setia disisi Amran, hantu Maya yang tidak henti-henti menyakat Amram sehinggalah watak bomoh handsome (Eizlan Yusof), semuanya menggelikan hati.

TUPAI mengakui pada awal plot penceritaan filem ini, iaitu sewaktu babak Amran (Zizan) menang pertaruhan lumba haram diselangi dengan aksi lawak Zizan yang acapkali dlihat (maklumlah penulis ini peminat ‘Jozan’ sebenarnya) mengundang sekelumit rasa dalam hati berkata, “Alah mesti filem komedi seram tipikal! Nampak klise sangat…” sehinggalah kelibat ‘bohsia’ sopan dan ayu mengenakan baju kurung, Maya (Juliana Evans) muncul diikuti dengan keterujaan Amran yang baru saja hendak merasa nikmat syurga dunia terbantut apabila motor yang dinaikinya bersama Maya bertembung dengan lori memaksa Amran bingkas melompat dari motor meninggalkan Maya yang akhirnya meninggal dunia. Babak sempoi tersebut cukup membuatkan seisi panggung tergelak bagai nak rak sekaligus menyangkal tanggapan negatif penulis sebentar tadi.

Babak kering gusi dan mendebarkan diteruskan lagi apabila roh maya yang tidak dituntut keluarga sering menghantui Amran, menyebabkan hidupnya diselubungi ketakutan. Setiap kali babak Maya muncul menyakat Amran, setiap kali itulah babak-babak super duper kelakar muncul dan paling tak boleh tahan bila setiap kali itulah juga Amran pengsan sehingga beberapa kali tersadai di hospital dirawat oleh doktor anti-Mat Rempit (Zahid AF2). Nasib baik ada si baby bucuk, Halimaton yang setia menjaganya walaupun geram dan kecewa bila dapat tahu buah hati merempit dan hampir curang dengannya.

Lawak memang lawak tapi apalah ertinya genre ‘seram’ dan tajuk ‘Hantu Bonceng’ kalau tiada babak seram ‘menyeramkan’ filem ini. Babak lawak yang diterapkan nyata menjadi. Pengarah berjaya melatari seram dengan mood dan suasana tahap merinding bulu roma. Cuma sayangnya, sungguhpun lakonan Juliana Evans sebagai hantu berjaya dibawa dengan baik namun penataan efek mekap hantu kurang menyeramkan.

Bahkan penulis merasa hantu Maya ini masih boleh tahan hot hatta sudah jadi hantu. Kenapa boleh jadi begini? Mungkin juga kerana solekan, lebih-lebih lagi tang mata kurang menjadi menyebabkan mood ‘seram’ hanya berada pada tahap 65% sahaja walaupun sekali pandang macam hantu Ju On pun ada. TUPAI percaya, kalau kesan mekap dilakukan lagi ‘halus’ dan teliti sudah pasti kelibat hantu Maya mampu mengilai seperti hantu dalam ‘Thir13en Ghost’ paling tidak pun seperti hantu Suzana dalam filem Indonesia ‘Sundel Bolong’. Mujur kesan bunyi genius berjaya membuatkan penonton berdebar-debar sehingga ada yang menjerit terkejut.

Babak paling ‘memorable’ adalah sewaktu Amran memujukHalimahton dengan memanggil ‘baby’ berulang kali namun Halimahton yang naik angin itu selamba menyebut perkataan ‘babi’. Tabik dengan lakonan Jue Aziz, memang selamba!

Dari segi plot penceritaan, sejujurnya filem ini adalah sebuah filem ringan sarat dengan humor dan elemen seram berakal. Jalinan cerita juga tidaklah kompleks mana tidaklah tipikal seperti komedi seram lain yang kita sudah boleh jangkakan jalan cerita atau kesudahannya kerana apa yang dipaparkan dalam “Hantu Bonceng” memang sesuatu yang berbeza dan kreatif. Ibarat keluar dari kepompong selesa, olahan cerita bikinan Ahmad Idham kali ini tampak bereksperimentasi halus apabila banyak menekankan adengan serta dialog spontan tapi teliti. Kalau tidak, boleh jadi cerita ini melalut ke laut agaknya.



Secara keseluruhan, kelemahan tetap ada tapi tidak ketara sangat. Sejujurnya penulis tidak kisah sangat kerana kelebihan dan kekuatan filem ini lagi banyak. Syabas diucapkan buat Ahmad Idham dan barisan pelakon yang menjayakan filem ini. Chemistry bukan tidak hanya boleh dilihat antara Zizan dengan Juliana Evans (yang masing-masing mengakui teman tapi mesra) bahkan dapat dilihat pada seluruh ‘team’ Hantu Bonceng. Jaminan TUPAI, gamatkanlah lebaran anda pada 31 Ogos 2011 ini dengan menonton Hantu Bonceng, gerenti puas hati!

* Kredit to tupai.com.my