Pages

Saturday, June 30, 2012

Kisah Seram Di Genting Highlands

Sebuah kisah seram yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands. Bukan satu cerita, namun pelbagai jenis cerita yang sempat dikongsikan oleh pengunjung.




Kisah Seram Di Genting Highlands | Kisah ini telah dipetik dari sebuah blog mengenai beberapa siri kisah serammelibatkan kawasan peranginan Genting Highlands. Mungkin ini cerita lama dan mungkin juga bangunan-bangunan yang dikatakan berhantu sudah berubah. Melayukini.net juga sempat membaca komen dari sumber artikel ini, rata-rata ada pengalaman tersendiri diganggu lembaga-lembaga yang tidak berkenaan. Mungkin ia satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Jom baca kisah seram di bawah ini.
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapandi satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hoteldan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
 1. Amber Court
Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment Ria
Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel
Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko  aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock
Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.

Monday, June 25, 2012

Hubungan suami isteri yang hambar






Antara petanda perkahwinan yang memerlukan perhatian ialah bila :



1. Kurang komunikasi

Komunikasi bersama isteri semakin kurang dan isteri tidak ambil berat bagi memperbaiki keadaan. Suami yang peka berasa bertanggunjawab dan cuba membaiki hubungan.

2. Jurang emosi
Isteri seolah-olah membina benteng di sekeliling dirinya dan berada dalam dunia sendiri. Hubungan dengan suami dan anak semakin jauh. Isteri juga mungkin menolak untuk tidur bersama atau kelihatan kaku apabila bersama.

3. Kebiasaan berubah

Ada beberapa kebiasaan yang mungkin berubah seperti sering keluar sendiri dan penampilan lebih terjaga bukan di tempat yang sepatutnya. Seperti kata seorang suami, dia pelik melihat isterinya yang tidak begitu menjaga penampilannya sebelum ini, kini berdandan rapi hanya untuk ke ke pasar malam!

4. Tidak menjaga ibadat

Isteri yang berasa dirinya berdosa, selalunya berasa jauh daripada Tuhan. Dalam keadaan ini ibadat yang dilakukannya tidak sesempurna seperti yang sering dilakukannya.

5. Bil telefon meningkat

Paling ketara jika ada lelaki lain dalam hidupnya ialah bil telefon meningkat mendadak dan ketara. Seorang wanita selalunya lebih berpotensi untuk kerap menghubungi lelaki yang disukainya dan yang dapat mengisi tuntutan emosinya.




petikan dr : kepuncakmahligai.blogspot.com

Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland

Tidak ramai yang menyedari lokasi sebuah pusat taman rekreasi Mimaland yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland | Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..
Antara petikan angker dari forum Cari
salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..
..tetapi kini pintu masuk ke alam angker
Basikal air kini tinggal kenangan..
Van company
Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekreasi
Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas
Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan
Melayukini.net - Biasalah, tempat dah ditinggalkan bertahun-tahun sudah tentu berpenunggu. Walaubagaimanapun, penutupan tempat ini bukanlah disebabkan kecuaian 100% pihak taman rekreasi ini, akan tetapi adalah masalah struktur tanah yang kita sendiri tidak boleh jangka. Sudah tentu pemiliknya rugi bernilai jutaan ringgit.

Sumber: Tengku Nizam | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Friday, June 22, 2012

Dapatkan Tiket Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Manchester City

Manchester City FC VS Malaysia
Tiket perlawanan antara Manchester City FC VS Malaysia pada 30 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akan mula dijual hari ini.
Perlawanan itu, yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
dan dipromosi secara eksklusif oleh ProEvents, dianjurkan sempena ulang tahun ke-20 penglibatan ProEvents dalam bola sepak.
Tiket bagi perlawanan itu berharga RM58, RM68, RM108, manakala tiket VIP terhad pula RM388.
Tiket boleh diperoleh di semua cawangan Ticketpro, Ticketpro hotline dan laman web rasminya, www.ticketpro.com.my. 
 

Wednesday, June 20, 2012

Zainal Abidin Jangka Konsert Legenda Bakal Hebat


Zainal Abidin.
PETALING JAYA: Penyanyi Zainal Abidin akan membuat kejutan pada kemuncak konsert The Legendary Concert 2012 di Stadium Merdeka pada 30 Jun depan dengan melancarkan album terbarunya.
Zainal berkata, hasrat itu dibuat selepas mendapat desakan daripada para peminat yang mahukan buah tangan terbaru selepas kali terakhir dia muncul dengan album Puteri kira-kira enam tahun lalu.
"InsyaAllah ini adalah perancangan saya untuk para peminat yang sentiasa menantikan album terbaru daripada saya.
"Album itu juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang tidak pernah jemu menyokong karier nyanyian saya," ujarnya kepada mStar Online pada Khamis.
Zainal ditemui ketika hadir ke Menara Star untuk promosi konsert tersebut.
Dalam pada itu, Zainal berkata album berkenaan diterbitkan sepenuhnya oleh komposer terkenal iaitu Mac Chew dan dirinya dengan 10 buah lagu baru.
Zainal berkata, buat permulaan dia telah pun melancarkan dua buah single iaitu Kamu dan Alam untuk para peminatnya.
"Sebelum konsert jelajah itu berakhir, saya akan melancarkan single ketiga berjudul Tercipta Untukmu dan album penuh pada konsert akhir itu nanti.
"Lagu Kamu dicipta khas untuk semua para peminat saya dan Alam adalah kesinambungan kepada lagu Hijau," ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai The Legendary Concert 2012, Zainal berkata, dia yakin persembahan itu nanti akan menjadi hebat seperti mana pernah dilakukan tahun 1993 menerusi konsert Ikhlas.
Zainal akan mengadakan persembahan bersama tiga lagi rakan artis iaitu Amy (Search), Datuk Sheila Majid dan Jamal Abdillah.
The Legendary Concert 2012 bakal menjelajah ke lima negeri bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei depan, Pulau Pinang (19 Mei), Johor Baru (26 Mei), Kuching (23 Jun) dan berakhir di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket-tiket yang berharga RM100, RM200, RM300 dan RM600, layari laman web. www.legendary.com.

Hot FM Tiket - Konsert Lagenda




Konsert Legendary yang menampilkan 4 penyanyi hebat tanahair iaitu Jamal Abdillah, Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid dan Amy Search adalah satu usaha yang berterusan dan keyakinan penuh pihak penganjur dalam menganjurkan konsert besar untuk artis tempatan. Apatah lagi ia mengumpulkan 4 penyanyi hebat tanahair yang telah membuktikan kejayaan peribadi masing-masing dan secara khususnya mereka adalah penyanyi yang telah meresapi jiwa setiap rakyat Malaysia yang membesar bersama lagu-lagu mereka. Vokal mereka terus bergema dengan penuh keunikan dan memberi inpirasi.

3 tempat telah menjadi saksi Konsert Legendary 2012 iaitu Kota Kinabalu, Sabah, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kali ini pada 30 Jun adalah tarikh jelajah terakhir dan bakal menjadi tempat yang penuh nostalgia. Konsert Legendary terus membuktikan kesungguhan mereka dalam memberikan set pentas mega, sound system yang hebat dan persembahan penuh mantap. Ini telah dibuktikan dalam Konsert Legendary 2012 sebelum ini.

Dan pada 30 Jun bertempat di Stadium Merdeka, Konsert Legendary 2012 akan bergema buat kali terakhir. Kuala Lumpur bakal menjadi saksi 4 penyanyi hebat beraksi. Dalam memberikan kepuasan kepada penonton, pihak penganjur dengan bangganya mengumumkan kalobrasi antara Digi sebagai telco rasmi, Malaysia Nature Society (MNS) sebagai rakan marketing dan juga Maybank2u.com sebagai rakan strategik. Usahasama pihak penganjur dengan ketiga-tiga pihak telah menyediakan diskaun untuk harga-harga tiket Konsert Legendary 2012.

Encik Abdul Razak Mohd Nordin, Ketua Perbankan Maya, Maybank berkata "Maybank turut berbangga dapat menyokong usaha mengetengahkan artis lagenda negara yang selama ini telah memberi impak besar bukan hanya kepada industri hiburan negara tetapi juga kepada kehidupan masing-masing. Usaha sama yang dijalin bersama penganjur Konsert Legendary 2012 iaitu Afrozapin hari ini adalah sebagai insiatif kami yang berterusan untuk menokok nilai dan memberikan pengalaman bermakna kepada pelanggan-pelanggan Maybank2u".

Dengan kalobrasi terbaru ini Konsert Legendary telah mencipta satu penanda aras untuk industri hiburan tempatan.

Pendengar-pendengar setia Hot FM berpeluang memenangi 2 tiket menonton Konsert Lagenda 2012 melalui peraduan secara online di laman web Hot FM.



Bagaimana Menyertai

Jawab 2 soalan mudah berkaitan Konsert Lagenda 2012 dan lengkapkan slogan "Saya mahu menonton Konsert Lagenda 2012 kerana..." melalui borang di sebelah.



Konsert Lagenda, Dulu, Kini, dan Selamanya hangat bersama Hot FM.


Tarikh mula: 12:00am, June 18, 2012
Tarikh tamat: 12:00am, July 1, 2012

Sunday, June 17, 2012

Nazmi Tumbuk Pemain Qatar mohon maaf


Pemain termahal negara iaitu Nazmi Faiz Mansor yang menumbuk pemain Qatar pada perlawanan persahabatan petang tadi memohon maaf secara terbuka. Pada perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 dan Qatar U22 itu insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Nazmi yang meluru dari arah belakang menumbuk Abdelkarim menyebabkan pegadil perlawanan melayangkan kad merah kepada beliau. Nazmi yang berusia 18 tahun itu mengakui hilang kesilapan beliau kerana tidak berjaya mengawal emosi pada perlawanan tersebut.

"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

KENYATAAN ONG KIM SWEE :

“Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.

Keputusan Penuh Malaysia vs Qatar

Malaysia 2-0 Qatar

 ********************

Apapun gua harap Nazmi akan meneruskan perjuangannya untuk masa hadapan.., pedulikan apa kata orang terhadap dia. Isu gosip yang wartawan kecohkan di paper juga gua rasa tak perlu untuk mengganggu konsentrasi beliau..

Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid


Pengharaman Seks Semasa Haid
Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com
Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Thursday, June 14, 2012

Pelan Pemasaran Platinum HR marketing dengan pakej platinum terkini


HR marketing yang terkenal dengan jenama susu kambing higoat sebagai satu pemakanan kesihatan alternatif baru-baru ini telah memperkenalkan satu pakej yang lumayan melalui pakej keahlian Platinum …
Dengan penyertai HR Marketing melalui pakej platinum (RM250) anda boleh menikmati insentif unilevel di Pelan C ! Ianya merupakan satu plan yang menarik dengan pembayaran sehingga 6 generasi.
Di samping itu Pakej Platinum ini juga adalah menjimatkan. Dengan mengambil pakej Platinum ini anda berjimat lebih daripada RM100.
Apa yang terdapat di dalam pakej PLATINUM ini ? Senarai produk yang akan anda perolehi adalah seperti di bawah ini :

Anda ingin menjana pendapatan sampingan dengan sebuah syarikat bumiputera yang amat berjaya? Sila layari laman web HR marketing susu kambing higoat dengan klik di sini atau hubungi Stokis Hotline di 013-3634262 untuk mendapatkan informasi lanjut tentang pakej Platinum HR Marketing.

JASON MRAZ 'TOUR IS A FOUR LETTER WORD' CONCERT IN KUALA LUMPUR - JUNE 19, 2012




 
 Event Description 
JASON MRAZ 'TOUR IS A FOUR LETTER WORD' CONCERT IN KUALA LUMPUR - JUNE 19, 2012


KUALA LUMPUR. Wednesday. May 9, 2012 - The long awaited Jason Mraz concert is now confirmed to be held at the Merdeka Stadium this coming June 19, 2012. A performance with his band touted to be a great experience for his fans.

Mix FM leads the on air activity as the official radio station supported by sister network stations Hitz FM, ERA and My FM. Listeners are encouraged to keep their ears glued to these stations to get a chance to participate in contests to win concert tickets and exclusive 'meet and greet' passes. A live telephone interview with Jason Mraz in the US is on the cards and will be announced soon as it is confirmed.

Win Exclusive Backstage Passes
8 lucky concert goers will get to meet Jason Mraz in person on concert day. The 200th, 400th, 600th, 800th, 1000th, 1200th, 1400th, and 1600th person to buy a Jason Mraz concert ticket will each win ONE exclusive backstage 'Meet and Greet' pass. To be entitled to this, concert goer will be required to leave their contact details at the ticket counter upon purchasing the ticket. Tickets are on sale from May 10, 2012 via AirAsiaRedTix.

Ticketing details
Arena - RM345, RM295, RM185, RM95 (numbered seating)
Terrace - RM235, RM75 (free seating)

AirAsiaRedTix Hotline: 03-8775 4666

Get your tickets from:
1. www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:
  • The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2283 4893)
  • Mid Valley (TEL: 03 - 2284 1423)
  • KLCC (TEL: 03 - 2161 9417)
  • Subang Parade (TEL: 03 - 5636 9520)
  • The Curve (TEL: 03 - 7729 6313)
  • One Utama (TEL: 03 - 7725 5667)
  • 3. Victoria Music outlets:
  • Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
  • Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
  • Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
  • BSC (TEL: 03 - 2093 1093)
  • 4. KL Life Centre (TEL: 03 - 2162 2570)


    The Jason Mraz concert is organized by Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. and Live Limited, the regional promoter in collaboration with the music label, Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Please click here for Jason Mraz detailed release on the global concert tour.

    Scenique Concerts & Events webpage: www.sceniqueconcerts-events.com

    Jason Mraz 'Tour is A Four Letter Word' at Hong Kong - SOLD OUT
    Jason Mraz 'Tour is A Four Letter Word' at Singapore - SOLD OUT


     
     
     Event Showtime 
    Date
    Time
    Venue
    19th June 2012 (Tuesday)
    8:30PM
    Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
     
     
     Ticket Price 
    Category
    Ticket Price
    Buy Now
    Seating
    Numbered Seating
    VVIP ARENA
    RM348
    VIP 1 ARENA
    RM298
    VIP 2 ARENA
    RM188
    VIP 3 ARENA
    RM98
    Free Seating
    CATEGORY A & B
    BLOCK 1/ TERRACE
    RM238
    BLOCK 2/ TERRACE
    RM158
    CATEGORY C TERRACE
    RM78

    Note:
    1.Prices shown includes RM3 AirAsiaRedTix fee.
    2.Strictly no reprint or replacement for missing tickets and cancellation.
    3.Online ticket selling close on 14th June 2012 subject to availability.