Pages

Monday, July 23, 2012

10 Tips Untuk Kempiskan Perut


header-great-abs
Ingin mengatasi masalah perut buncit? Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk membantu anda kempiskan perut. Untuk panduan lebih lanjut, sila rujuk kepada eBook Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu yang sekaligus membincangkan tentang cara-cara untuk membuang lemak.
  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam


"Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.


Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Saturday, July 21, 2012

Gadis diarah bogel

Leena menunjukkan laporan polis dan surat kepada Pejabat Buruh terhadap tindakan yang dilakukan terhadapnya.

“Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya.

“Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini,” kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Leena berkata, pada mulanya dia menganggap perkara itu adalah perkara biasa, sebelum meminta pandangan keluarganya.

Menurutnya, keluarga juga menyatakan tindakan melampau itu melibatkan maruah, selain bimbangkan kemungkinan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

“Setelah mendapat nasihat dan mengetahui tindakan yang dilakukan oleh penyelia saya ini salah, saya terus membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian berkenaan.

“Saya juga membuat aduan di Pejabat Buruh, kerana mahu tindakan tersebut diambil perhatian selain sebagai pengajaran kepada ketua serta majikan agar tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati,” katanya.

Dia yang bekerja di sebuah farmasi di Batu Pahat berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 16 Julai lalu, kira-kira jam 4.30 petang, ketika pertukaran syif pekerja.

"Pada mulanya, saya diarah untuk mengira hasil jualan saya pada hari terbabit dan setelah mengiranya beberapa kali, saya dapati hasil berkenaan ialah RM406.

“Bagaimanapun, setelah penyelia saya mengiranya, wang hasil jualan itu telah didapati kurang sebanyak RM50 dan kemudiannya saya dituduh mengambil wang terbabit," katanya.

Katanya, tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Leena diarahkan untuk menjalani pemeriksaan badan, tetapi wang yang didapati kurang itu tidak ditemui.

"Mereka seterusnya mengarahkan saya menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan lanjut.

“Setelah mengetahui tindakan yang dilakukan ini salah, saya sememangnya cukup tidak berpuas hati kerana ia melibatkan maruah serta saya mahu tindakan melampau ini dikenakan tindakan,” katanya.

Katanya, bagaimanapun akhirnya setelah pemeriksaan terhadap jualan secara terperinci dilakukan, didapati akaun berkenaan mempunyai transaksi kad kredit sebanyak RM78.90

Sementara itu, ayah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 78, berkata, dia terus mengarahkan anaknya membuat surat aduan peletakan jawatan serta-merta kerana bimbangkan perkara yang sama akan berulang kembali.

“Saya dan keluarga juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada penyelia terbabit serta majikan kerana ia sesuatu perkara yang memalukan dan melibatkan maruah seorang wanita, selain pihak majikan lebih telus menjaga pekerja mereka.

“Saya juga bimbangkan kecanggihan teknologi akan mengaibkan anak saya, mungkin adanya rakaman situasi berkenaan dilakukan seterusnya disebarkan, walaupun ke semua mereka yang terlibat menafikannya,” katanya.

Selain Gereja terbesar, Malaysia juga punya lambang Salib Terbesar di Asia?


Sehingga kini masih tiada jawapan apakah sebabnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN membenarkan pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara dan tercanggih di dunia di Negara ini.

Meskipun agama Kristian bukanlah agama rasmi Negara Islam Malaysia dan jumlah penganut agama tersebut adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia dan Filipina Negara kita punya Gereja yang terbesar di Asia Tenggara.

Gereja yang dinamakan Calvary Convention Centre (CCC) merupakan gereja yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf &Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.
Kos keseluruhan pembinaannya menelan belanja sekitar RM135 Juta ini termasuk harga tanah yang terpaksa dibayar.

Bangunan setinggi 6 tingkat yang punya keluasan 600,000 kaki persegi ini mampu memuatkan 5,000 orang dalam satu-satu masa.

Pembinaan gereja terbesar dan canggih ini bermula pada 15 February 2008 apabila tapak pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaanny.

Bukan mahu mempertikaikan kebebasan berugama yang dibenarkan dinegara ini..
Pihak manakah yang membenarkan pembinaan ini? Adakah DAP yang memberikan kelulusan untuk pembinaannya?

Ialah.. kan suatu masa lalu Lidah Rasmi UMNO pernah menyebarkan satu fitnah kononnya DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara ini..
Berikut adalah beberapa keping gambar yang menunjukkan progress pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara yang kelulusan pembinaannya diberikan oleh DAP yang dirakam sekitar April lalu ...
Dah nak siap dah...

Persoalan tentang gereja terbesar didunia masih belum terjawab, e-mail yang di terima dari seorang warganegera Malaysia yang telah lama bermaustatin diluar negara menimbulkan satu lagi persoalan…
Sila sambung bacaan anda di SINI

Hot! Rozita Che Wan Hiasi Majalah Nona Edisi Ogos 2012

Sempena Ramadhan dan bakal menjelang Hari Raya, kebanyakkan majalah majalah tempatan memaparkan penghias muka depan yang bertudung sebagai tanda menghormati bulan mulia ini.

Pada majalah edisi Nona bulan Ogos ini Rozita Che Wan menghiasa cover majalah Nona yang begitu sopan dan anggun dengan cara bertudung. Sebelum ini Rozita Che Wan memang terkenal dengan aksi ranggi dan seksi dimana menjadi kegilaan remaja dan lelaki diluar sana.

Banyak informasi yang menarik yang dipaparkan didalam majalah Nona bulan Ogos seperti resepi juadah berbuka puasa, busana hari raya, tip tip dan petua dan pelbagai info lagi, sekiranya anda ingin membelinya dapatkan di kedai buku berhampiran sekarang.

Ramadhan Datang Lagi





Just nk share tentang kebaikan mengamalkan rangkaian produk susu kambing keluaran HR Marketing (M) Sdn Bhd.
Rangkaian produk susu kambing ini iaitu :-

Susu Kambing HiGOAT - baik utk usus dan boleh mengenyangkan sepjg bulan puasa anda.
Dibancuh dengan air suam di waktu sahur dan ianya boleh memberi tenaga sepjg hari kita berpuasa.
Harga : RM36.60 (15 peket sekotak)

Susu Kambing HiGOAT Premium - gabungan susu kambing + kurma + madu memberikan tenaga tambahan dan kesihatan yg terbaik dgn kandungan khasiat2 intipati didlmnya.
Dibancuh dengan air suam di waktu sahur dan ianya memberi kesan terbaik dlm kehidupan seharian di bulan puasa ini.
Harga : RM48.00 (15 peket sekotak)

Spyhru Coffee - gabungan susu kambing,spirulina,ekstrak kopi terpilih.
amat bagus untuk membuatkan anda kenyang sepanjang hari dan membuatkan tubuh anda sihat sentiasa.
Harga : RM22.00 (20 peket sekotak)

Sekiranya berminat,sila call/sms Stokis Hotline 013-3634262 utk mendptkan bekalan anda sekeluarga sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini.. (Kos pos RM10/lot)

Kepada semua, selamat menyambut bulan Ramadhan,bulan yang mulia bersama produk sunnah Nabi iaitu rangkaian susu kambing.

Gambar Kapal Terbang Ditunda (10 Foto)

Sorry ye, bukan ditunda di udara ye. Kebiasaannya kita melihat kapal terbang ditunda di kawasan lapangan terbangan, namun gambar yang ingin ditunjukkan adalah ditunda di luar jalan raya. Memang berbeza kerana di Malaysia agak sukar sebenarnya untuk berbuat demikian kerana faktor jalan yang sesak dan jalan yang kecil. Namun, kapal terbang ini tidaklah terlalu besar, dan ia cuma sebuah kapal terbang ringan sahaja. Jom lihat gambar di bawah ini.
Mungkin pesawat ringan  ini ditunda untuk tujuan pembaikan di pusat bengkel khas kapal terbang. Lihat daripada gambar ini ia menunjukkan jalan seperti dalam kawasan lapangan terbang, tetapi macam bukan pula. Apa-apapun, bukan mudah sebenarnya untuk melakukan penundaan lebih-lebih lagi jika ia sebuah kapal terbang.

Senarai 27 Pemain Malaysia menentang Arsenal dan Manchester City

Berikut adalah senarai pemain yang telah dipilih oleh Rajagobal bagi menentang pasukan BPL, Arsenal serta Manchester City.

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2.Farizal Marlias (N.Sembilan)
3.Norazlan Razali (Selangor)

Pertahanan
4. Aidil Zafuan (ATM)
5. Asrarudin Putra Omar (Selangor)
6. Muslim Ahmad (Terengganu)
7. Amiridzuan Taj Tajuddin (ATM)
8. Azmi Muslim (ATM)
9. Bunyamin Omar (Selangor)
10. S.Subramaniam (Kelantan)
11. Faizal Muhammad (Terengganu)
12. Mahali Jasuli (Harimau Muda A)
13. Fadhli Shas (Harimau Muda A)

Midfield
14. Safiq Rahim (Selangor)
15. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
16. Amar Rohidan (Kedah)
17. Shakir Shaari (Kelantan)
18. Ashaari Shamsudin (Terengganu)
19. Shahruain Abu Samah (N.Sembilan)
20. S.Kunanlan (N.Sembilan)
21. Khyrill Muhymeen (Kedah)
22. Yong Kuong yong (Felda United)

Penyerang
23. Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
24. Safee Sali (Pelita jaya)
25. Syakir Ali (N.Sembilan)
26. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
27. Azamuddin Md Akil (Pahang)

Simpanan (Akan dipanggil sekiranya terdapat kecederaan pada senarai asal pemain)
1 Nasril Nourdin (Perak)
2. Rizal Fahmi Rosid (Kelantan)
3. Mazlizam Mohammad (Terengganu)
4. Gary Steven Robbat (Harimau Muda)
5. Abdul Manaf Mamat (Terengganu)

Kata-kata Motivasi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari (Video)


 Satu petikan abang Syed Mokhtar Bukhary – “Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
Kompilasi kata-kata motivasi abang Syed Mokhtar untuk berjaya dalam bentuk video. Siapa dia abang Syed Mokhtar Al Bukhary ni? Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Satu petikan abang Syed Mokhtar Bukhary – “Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

Thursday, July 19, 2012

Hanya Di Israel

Seorang tentera wanita Israel hanya berbikini sedang bersantai bersama rakannya di pantai dekat Tel aviv dengan senjata api yang tersandang di bahu. 

Mengikut peraturan undang-undang tentera Israel, jika anggotanya keluar dari pangkalan tentera bersama dengan senjata, mereka dikehendaki memastikan senjata tersebut mesti berada bersamanya. Jika hilang hukumannya adalah penjara.
Situasi anggota tentera wanita berbikini di pantai bersama orang awam adalah perkara biasa berlaku di Israel pada musim panas dalam usaha untuk menggalakkan pelancongan. 
Wanita warga Israel yang mencapai umur 18 tahun ke atas diwajibkan menyertai pasukan tentera selama 2 tahun. Satu pertiga pasukan pertahanan Israel ialah kaum wanita, 50% daripadanya pegawai, dan merupakan unit pasukan tentera wanita yang terbesar di dunia. [dailymail]

Tujuh Manfaat Hubungan Intim Itu Sihat

Selain mengeluarkan hasrat terpendam, hubungan intim suami isteri juga baik bagi tubuh dan jiwa. Salah satunya, meningkatkan hormon kortisol dan adrenalin serta merangsang aktiviti jasmani. 

Genius Beauty menyenarai tujuh kebaikan mengapa berhubungan intim menyihatkan. 


1. Bermanfaat untuk kesihatan wanita 

Para doktor meyakinkan bahawa hubungan secara intim suami isteri diperlukan bukan saja untuk mendapatkan kepuasan malah sangat baik untuk kesihatan. Seks meningkatkan "hormon kebahagiaan" sehingga menunda menopause dan menghilangkan kedutan pada wajah. Ia juga mencegah wanita dari terkena diabetes.


2. Menguatkan sistem kekebalan tubuh 

Telah terbukti bahawa sistem kekebalan tubuh secara langsung berhubung kait dengan keadaan emosi kita. Hubungan intim suami isteri meningkatkan jumlah hormon serotonin yang memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu, bercinta juga melahirkan hormon oksitosin yang melindungi terhadap kanser payudara.

 
3. Hubungan secara teratur mencegah serangan jantung 

Mereka yang aktif melakukan hubungan intim secara langsung dapat meningkatkan peredaran darah, melatih otot jantung, dan meningkatkan nada tubuh secara keseluruhan.

4. Kesihatan wanita tergantung pada seks 

Seks juga merupakan ubat yang sangat baik untuk stagnasi [tekanan] darah pada bahagian panggul [pinggul,pangkal paha], penis pasangan bertindak seperti urutan yang menyebabkan dinding vagina dan rahim untuk berkontraksi. 

5. Sebagai ubat penghilang rasa sakit 

Berhubungan intim, anda akan melupakan tentang ubat penghilang rasa sakit. Seks malam adalah ubat tidur terbaik. Sebaliknya, seks pagi hari memungkinkan anda untuk merasakan ledakan energi sepanjang hari. Akhirnya, seks memiliki efek detoks. Semsa hubungan seksual, darah mulai mengalir lebih cepat dan menghilangkan racun. 

6. Menurunkan berat badan 
 
Pakar pemakanan telah memperkirakan kalori banyak dikeluarkan saat berhubungan seks. Dengan demikian, perempuan kehilangan 112 kilokalori selama orgasme. 

7. Bermanfaat untuk kesihatan bagi lelaki

Tidak diragukan lagi, kehidupan seks sihat [suami isteri] yang aktif adalah pencegahan terbaik prostatitis dan tumor prostat. Penyakit prostat sering menghantui bagi kaum lelaki berusia 40 tahun dan ke atas. [
Genius Beauty]

Cabutan Bertuah Tiket Kelantan Lawan QPR

teamkelate
Maklumat perlawanan seperti berikut:

Perlawanan: Kelantan vs. QPR
Tarikh: 20 Julai 2012 (Jumaat)
Kick Off: 9.15 mlm
Tempat: Stadium Shah Alam

Harga Tiket: RM33, RM53, RM73

Lokasi Jualan Tiket:
1) Online: www.AirAsiaRedtix.com

Klang Valley:
2) Rock Corner outlets -
The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2283 4893)
Mid Valley (TEL: 03 - 2284 1423)
KLCC (TEL: 03 - 2161 9417)
Subang Parade (TEL: 03 - 5636 9520)
The Curve (TEL: 03 - 7729 6313)
One Utama (TEL: 03 - 7725 5667)

3) Victoria Music outlets -
Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
BSC (TEL: 03 - 2093 1093)

4) KL Life Centre (TEL: 03 - 2162 2570)

5) Pejabat Karangkraf : Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd. Lot 2, Jalan
Sepana 15/3, off Pesiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam
6) Rangkaian Restoran A. Hassan 
Seksyen 13/27 Shah Alam, UEP Subang Jaya, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Velodrome Business Park Cheras, Lebuhraya Shah Alam

7) Restoran Tuan Faridah (Nasi Ayam Kampung) 
Bandar Bukit Puchong

Kelantan:
 Wisma KAFA

9) The Red Warriors Station, Kota Bharu (KTC)

10) Kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad IV

11) Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ-PBJ)

FB Page : Kelantan TRW vs Queens Park Rangers
Semua maklumat perlawanan dan maklumat terkini akan disiarkan di Facebook
page kami. Sila Like FB page kami untuk mengetahui info terkini tentang
perlawanan ini.

Nota : Solat Isyak dan terawikh berjemaah akan diadakan di stadium sebelum
perlawanan bermula. Kick off akan bermula pada jam 9.15mlm bagi
menghormati waktu solat. Tempat sembahyang, tempat ambil wudhuk dan imam
akan disediakan. 4 imam akan dibawa dari Kelantan untuk mengetuai solat
berjemaah.


Kempen untuk Cabutan Bertuah adalah seperti berikut:
Setiap pembelian tiket sebelum 15 Julai melayakkan anda untuk memenangi
salah satu daripada hadiah-hadiah berikut:

- 2 x Penginapan 1 malam di Hotel Saujana bersama pemain-pemain TRW & QPR pada
malam perlawanan 
- 5 x Naiktaraf ke tiket VIP
- 1 x Jersi QPR yang ditandatangani dan diserahkan sendiri oleh Mark Hughes 
- 30 x Jersi QPR
- 30 x Jersi TRW
- 100 x Bola TRW
- 30 x Tiket untuk menyaksikan Piala Malaysia di Kota Bharu
- Jemputan ke majlis berbuka puasa TRW dan QPR bersama anak-anak yatim di
Hotel Saujana pada 21 Julai 2012

…dan banyak lagi! Terdapat ratusan hadiah untuk dimenangi. Dapatkan tiket
anda sebelum 15 Julai!

Nombor siri akan dipilih secara rawak dan nombor-nombor yang bertuah akan
diumumkan di FB Page kami - Kelantan TRW vs Queens Park Rangers pada 17
Julai 2012.

www.AirAsiaRedtix.com
The passport to entertainment, brought to you by AirAsia RedTix. Buy online tickets for the best music concerts, theatre shows, and sporting events.

Welcome To Kota Bharu: QPR

markhughes
THIS IS KOTA BHARU:
19 Julai-Kota Bharu: Kelantan berjaya mencipta sejarah bolasepaknya sendiri apabila menjadi lokasi pilihan kelab eropah QPR untuk mengadakan latihan di Kota Bharu selain memilih Kelantan sebagai lawan utama dalam siri jelajah QPR musim 2012-2013 ini. Ini menambahkan lagi kerancakan dan kemeriahan bolasepak Kelantan yang semakin hari semakin pantas meninggalkan keadaan semasa bolasepak Malaysia yang kian suram.
Tidak hairanlah Kelantan sentiasa menjadi pilihan penaja dan kelab-kelab tersohor kerana hanya di Kelantan sahaja yang memiliki penyokong bolasepak melebihi 15,000 orang dan yang kerap memenuhi stadium sepanjang Liga Super 2012 ini.
Kerancakan Liga Super hanya ada pada pasukan Kelantan dan stadium negeri atau lain pasukan akan meriah ketika pasukan mereka menentang Kelantan. Ini impak besar yang mampu diberikan oleh pasukan dan penyokong Kelantan di seluruh Malaysia. Biar apapun tindakan FAM atau media kepada pasukan dan penyokong Kelantan, ianya sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan pasukan dan penyokong Kelantan membina kejayaan unggul Kelantan.
Boleh dikatakan semua perlawanan yang melibatkan Kelantan di kesemua stadium sudah tiada lagi insiden-insiden ganas mahupun pergaduhan penyokong. Demi kejayaan bolasepak Kelantan, seluruh penyokong Kelantan sentiasa bersedia berubah demi imej pasukan juara yang dibawa pimpinan Tan Sri Annuar Musa.
SELAMAT DATANG KE MALAYSIA & KELANTAN KEPADA PASUKAN QPR.....KAMILAH DUTA BOLASEPAK MALAYSIA.....SEMUA YANG BERKAITAN KEHEBATAN BOLASEPAK MALAYSIA ADA DI NEGERI DAN PASUKAN KAMI.... GOMO KELATE GOMO
parkjingsung

Sesi Latihan TRW-QPR Meriah

qprtraining2
19 Julai-Kota Bharu: Lihatlah minat dan semangat yang ditunjukkan oleh semua penyokong Kelantan yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa QPR di stadium keramat mereka. Ini antara bukti kejayaan bolasepak Kelantan dan bukti betapa agungnya bolasepak di bumi Kelantan ini.
qprtraining