Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, January 31, 2012

Pembantu Peribadi Bekas Banduan, Punca Shahrizal & Miera Leyana Renggang!

Pasangan paling bahagia dunia hiburan kini sedang mengalami keretakan. Hampir seminggu isu mereka berlegar-legar, namun sengaja kami buat tak tahu kerana cuti Hari Raya Cina.

Hari ini, mStar Online telah membuat kejutan apabila kenyataan Shahrizal atau popular dengan panggilan Shahz Jaszle disiarkan. Dia yang baru saja kembali dari Australia amat terkejut dengan gosip yang melanda dirinya dan juga Miera Leyana.

Sebelum ini kecoh di dunia Twitter apabila Shahrizal cuba memujuk kekasihnya, Miera Liyana namun tidak diendahkan dan sehingga kini hubungan mereka semakin retak. Antara punca utama hubungan mereka mula retak disebabkan fitnah yang disebarkan bekas pembantu peribadi Shahrizal.

Difahamkan bekas pembantu peribadi Shahrizal adalah bekas banduan dan setelah dipecat kerana sikapnya yang malas, bekas pembantu itu mengaku dia yang telah menyebarkan fitnah mengenai Shahrizal kepada Miera Leyana.

“Hubungan saya dan Miera sebelum ini dalam keadaan baik malah kami merancang untuk berkahwin tetapi masalah timbul apabila saya memecat bekas pembantu peribadi kerana tidak tahan dengan sikapnya yang malas bekerja.”

“Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya itu, dia telah menfitnah saya dengan pelbagai dakwaan sehingga menyebabkan Miera termakan dengan kata-katanya.” – dipetik dari mStar Online.

Dalam pada itu, Miera Leyana sendiri sudah tawar hati dengan pujuk rayu Shahrizal yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Namun bagi kami, Miera Leyana masih terlalu muda untuk bercinta dan mudah termakan hasutan dan khabar angin. Sepatutnya dia lebih memahami Shahrizal dan tidak sewenang-wenangnya menuduh.

Biasalah, cinta remaja, tak ubah seperti monyet.

Monday, January 30, 2012

Hadi mungkin berundur dalam PRU13

Disebalik persiapan dan harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.Kata Hadi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam pilihan raya ke-13.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya menambah menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

Jelas Hadi, ramai pemimpin pelapis dalam parti Islam itu yang boleh diberi peluang untuk membawa hala tuju parti di masa depan.

Katanya, penglibatannya dalam arena politik sezaman dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sampailah kini.

“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi naib presiden semasa berusia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Hasrat Hadi ini mungkin akan memberikan rasa kurang senang dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP.

Sejak bergabung di bawah Pakatan Rakyat, parti perikatan ini telah mencipta sejarah pada pilihan raya umum 2008 apabila berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.

Selain itu Pakatan Rakyat turut menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

Kajian kanser Melayu Singapura diperhati

Hasil penyelidikan seorang saintis Melayu yang berpangkalan di United Kingdom telah menarik perhatian masyarakat saintifik dan media di negara itu kerana berpotensi merawat barah.Kajian Dr Elianna Amin, 30 tahun, seorang warga Singapura, yang membentangkan strategi-strategi alternatif menghentikan pertumbuhan barah, telah diterbitkan dalam jurnal saintifik, Cancer Cell, pada 13 Disember lalu.

Dr Elianna (gambar)merupakan penulis pertamanya atau peneraju utama kajian tersebut, yang merupakan sebahagian daripada kajian kedoktoran falsafahnya (PhD).

Bahkan, pentingnya hasil kajian Dr Elianna turut mendapat liputan akhbar Bristol Evening Post.

Dalam satu interviu menerusi e-mel dengan akhbar ini, Dr Elianna berkata pencapaian itu merupakan yang paling membanggakan bagi dirinya, walaupun kajian-kajiannya sebelum ini pernah diterbitkan dalam jurnal lain.

‘Cancer Cell hanya menerbitkan 10 artikel kajian setiap bulan. Memandangkan ada banyak makmal di seluruh dunia, ini merupakan satu pencapaian besar bagi diri saya,’ tulis Dr Elianna, yang telah menghasilkan enam kertas kajian berkaitan barah.

Menurutnya, jurnal Nature – satu lagi jurnal berprestij – akan memaparkan sebuah artikel untuk mereviu kajiannya.

Kajian Dr Elianna mendedahkan bagaimana sejenis protein VEGFxxxb dapat menghentikan pertumbuhan barah dalam sel-sel.

VEGFxxxb wujud secara semula jadi dalam sel-sel biasa tetapi didapati berkurangan dalam sel-sel barah.

Kajian Dr Elianna menunjukkan bagaimana sel-sel barah boleh dirawat dengan merangsang penghasilan VEGFxxxb bagi menghentikan pertumbuhannya.

Tahap seterusnya ialah mengkaji keberkesanan kaedah ini dalam binatang sebelum ia boleh dijadikan ubat bagi merawat barah dalam manusia, kata Dr Elianna.

Ketika melakukan kajian tersebut, Dr Elianna bertugas di bawah dua makmal di dua universiti di Bristol – Universiti West of England (UWE) dan Universiti Bristol.

UWE telah menganugerahkannya biasiswa bernilai £pounds;51,000 atau sekitar $79,000 bagi pengajian PhDnya.

Beliau telah pun selesai kajian PhD-nya pada akhir 2009 dan meraih ijazah tersebut pada Mei 2010.

Dr Elianna kini mengambil kursus poskedoktorannya di King’s College, London.

Beliau telah berkecimpung dalam dunia penyelidikan sains sejak enam tahun lalu apabila memulakan pengajian Sarjana di Universiti Edinburgh.

Ternyata, pencapaian Dr Elianna terbaru ini dirasakan berbaloi setelah meletakkan seluruh jiwa dan raganya demi mencari penawar barah.

‘Kajian saya melibatkan eksperimen yang perlu diulang banyak kali. Sampai nak nangis dibuatnya,’ seloroh Dr Elianna.

Beliau juga mengimbas pengalamannya memandu dalam cuaca bersalji ke Jerman dan kembali ke England untuk mengambil bahan bagi kajiannya.

Sebelum ini, Dr Elianna menjalani program mahasiswanya di Jabatan Biokimia, Universiti Nasional Singapura (NUS), dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Woodsville dan Maktab Rendah Yishun.

Anak sulung empat beradik itu sudah bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga dengan seorang saintis Jerman yang bekerja di Universiti Cambridge.

Seks oral jejaskan kemaluan?

SOALAN:

Doktor, saya dan suami gemar melakukan seks oral apatah lagi jika saya sedang datang haid. Suami juga gemar melakukannya kerana ia menambah kenikmatan pada dirinya.Tetapi, saya ada terbaca bahawa seks oral itu tidak begitu elok danboleh menjejas alat sulit lelaki. Apakah pendapat ini benar dan adakah cara lain (selain seks oral) untuk memberikan kepuasan tatkala bersama suami?

Seks oral dalam pandangan Islam adalah harus jika itulah yang dihajatkan oleh pasangan suami isteri.

Air mazi lelaki itu najis dan air mani itu pula jika tertelan, tiada hukum. Namun, jika ia sengaja ditelan, mengikut pendapat setengah ulama, hukumnya adalah makruh. Mungkin perkara yangtidak digalakkan ialah paksaan kerana ia akan mengganggu keharmonian rumah tangga.

Untuk pengetahuan, air liur itu mengandungi kuman dan ia boleh menjangkiti anggota kelamin suami jika ketika itu, secara kebetulan kulit suami sedang melecet mungkin ekoran tercedera dek tergigit.

Jika semasa melakukan seks oral dengan suami segalanya berada dalam keadaan baik dan terkawal, maka hubungan intim sebegitu bolehlebih meningkatkan silaturahim antara pasangan.

Namun, jika anda berasa agak waswas untuk melakukan seks oral ke atas pasangan, ada baiknya jika anda menyuarakan keresahan anda itu secara berterus terang kepadanya.

Sebahagian wanita memang kurang selesa dengan bau anggota sulit kaum lelaki walaupun ia telah dicuci bersih.Ada pula yang mudah mual apabila cuba mengulum anggota kelamin suami.

Jika anda mempunyai masalah sebegitu, terdapat cara lain yang boleh anda cuba untuk meningkatkan kepuasan suami. Anda boleh mencuba mengurut alat kelaminnya secara erotik mengikut keselesaannya dengan menggunakan minyak aromatik. Urutan kepada penghujung alat kelamin secara aktif tetap boleh mencetuskan klimaks.

Pendek kata, terdapat pelbagai cara untuk membantu suami mencapai klimaks jika isteri berasa kurang selesa untuk mengamalkan seks oral.

Apa yang penting ialah pasangan perlu menggunakan imaginasi.Dalam masa yang sama, ada beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang seks oral. Ia tidak melemahkan syahwat lelaki atau perempuan.

Dakwaan bahawa air liur isteri boleh menyebabkan suami mati pucuk juga adalah tidak benar sama sekali.

DR ISMAIL TAMBI (gambar)
Pakar kesuburan dan andrologi

KLINIK CINTA
Damai Service Hospital, 109-119
Jalan Ipoh.
Kuala Lumpur, Malaysia

Sunday, January 29, 2012

Win Avril Lavigne concert tickets here!

Calling all Avril Lavigne fans...

Thanks to Tune Talk Valentine’s day has been moved to the 18th, you can now celebrate Valentine’s day with Avril Lavigne because if you haven't already heard she'll be hitting the stage at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur on 18 February 2012! And because we know how awesome & crazy you guys are, we want you to be close enough to be able rock out with Avril at her concert! That's why...

We're giving away 5 pairs of Avril Lavigne Rock Zone tickets!

Yup, you read it absolutely right. Rock Zone tickets! The zone right in front of the stage Avril will be performing on. One of the best zones in the house ;)

Sound exciting? :)

How you can score the tickets :

STEP 1 :

Record a video of yourself or you with a friend (max 2 people in a video) lip syncing to Avril Lavigne's song What The Hell using the audio from the clip below.


Like the video above, your video should be about 1 minute 30 seconds long.

Here are a couple of examples you can check out :

Be as creative as you can & go crazy with it! *Power tip : Think 'Avril' ;)

STEP 2 :

Upload the video to YouTube.

STEP 3 :

Email the video link to yuna@says.my with the subject 'I love Avril!' along with your :

  • SAYS Username/email
  • Full name
  • IC Number
  • Phone Number
  • Current Address

All entries should be submitted by 11.59pm on 31st January 2012.

The BEST 5 videos submitted will win a pair of Rock Zone tickets each & will be included into a Lip-Sync mash up for the Avril Lavigne Live in Malaysia Tune Talk video.

Winners will be notified via phone/email on 1st February 2012.

Avril will be seeing this video!

Videos will be judged based on :

  • How well you lip sync to the song
  • Creativity & craziness
  • How 'Avril' the video is

So make her proud :D


Saturday, January 28, 2012

(KOREA)Lee Byung Hun Aktor Termahal Korea

Dewasa ini semakin ramai aktor-aktor baru muncul di industri hiburan Korea Selatan. Ramai pula aktor ini dibayar mahal untuk tampil dalam setiap episod. Meski begitu, bayaran aktor termahal di Korea Selatan tampaknya belum boleh dicabar oleh aktor-aktor muda tersebut. CEO Taewon Entertainment, Jung Tae Won menyatakan, aktor dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan dipegang aktor berusia 41 tahun, Lee Byung Hun.

Kata Tae Won seperti yang dilaporkan oleh Soompi:

Tidak perlu diragukan lagi aktor termahal di Korea adalah Lee Byung Hun. Ketika saya menulis senario untuk ‘Iris’, Saya telah membayangkan Lee Byung Hun dalam fikiran saya sepanjang masa.

Seperti yang diketahui, aktor yang dilahirkan pada 1970 tersebut akhirnya menerima tawaran sebagai peneraju utama dalam drama bersiri ‘Iris’. Saat itu, Byung Hun dikhabarkan menerima bayaran sebesar 25 juta Won atau sejumlah RM 60,000 seepisod. Namun, angka tersebut belum ditambah bonus dari produser Jepun sebanyak 1.2 juta Won atau RM 3,200 setiap episod.

Sudah berjaya dalam negeri sendiri, Byung Hun juga telah pun melebarkan sayap ke Hollywood. Pada tahun 2009, bekas kekasih jelitawan Song Hye Kyo ini berlakon dalam filem Hollywood, ‘G.I. Joe: The Rise of Cobra’ bersama dengan aktres Sienna Miller dan aktor Joseph Gordon-Levitt.

(GAMBAR)Inilah Rahayu Rosli, Isteri Roslin Hashim

Bukan senang untuk mengahwini seorang lelaki yang sudah pun bercerai untuk 2 kali, namun bagi Rahayu Rosli, Roslin Hashim adalah lelaki terbaik yang pernah dijumpainya. Semalam di Ukay Perdana, majlis persandingan 2 mempelai baru yang bernikah pada 28 Disember ini telah selamat dilangsungkan. Kedua-duanya nampak cantik bergaya.

isteri roslin hashim

Berikut ialah kata-kata Rahayu Rosli yang ditemui oleh wartawan Metro semalam:-

Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini. Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya. Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu.

Kita doakan kebahagiaan Roslin Hashim dan isteri. Perkara yang lepas jangan dikenang. Mungkin ada sebabnya yang kita sendiri tidak ketahui. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dan semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

Beberapa keping lagi gambar Roslin Hashim dan isteri, Rahayu Rosli dengan membaca entri ini sepenuhnya.

isteri roslin hashim

isteri roslin hashim

isteri roslin hashim

isteri roslin hashim

Fenomena SEARCH Melanda Kuala Lumpur

Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR

Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR

Setelah jelajah Konsert Fenomena 30 Tahun Search bermula di Pulau Pinang dan singgah di negeri kelahiran mereka di Johor Bahru , kini tiba masanya untuk Kuala Lumpur , tempat yang mula-mula Search mencipta nama dan seterusnya menghasilkan gelombang fenomena Rock ! Penukaran lokasi ke kawasan tertutup Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Mines Resort City sebenarnya memberikan keselesaan yang begitu bermakna kepada ribuan peminat Search yang hadir . Apatahlagi pada sebelah petang sebelum konsert bermula beberapa kumpulan telah membuat persembahan antaranya Bittersweet dan Pesawat dalam menyambut gerombolan peminat rock yang sedang memenuhi kawasan yang sangat selesa Dalam masa menunggu juga mereka turut dihangatkan oleh beberapa pengacara seperti Nana , Burn AF dan Johan

Pada hari tersebut kelihatan ramai peminar rock yang amat gembira dengan layanan penganjur . Search berjaya meletakkan muzik rock pada kelas yang tersendiri , dan kejayaan mereka menarik beribu-ribu peminat adalah dijangka dengan barisan album yang menjulang lagu-lagu mereka dan memberikan nilai-nilai penuh nostalgia , inilah Search , anda boleh katakan itu semuanya lagu lama , tapi lagu lama inilah yang menghidupkan dan memberi seribu kenangan kepada 15000 ribu peminat yang hadir .

Konsert pada malam tersebut dimulakan oleh kumpulan Koffin Kanser , mereka memulakan intro yang sangat dikenali , iaitu daripada lagu “Isi dan Kulit” sebelum pantas membuka lagu mereka iaitu “Virus” , “Gott” , “Perjalanan” , “Positive” . Aru dengan gaya rambut dreadlock membuatkan ramai mula memberikan perhatian , ‘musicianshipKoffin Kanser memang kental . Mereka meneruskan dengan lagu cover daripada Search dengan lagu yang sangat dikenali oleh mat rock iaitu “Balada Pemuzik Jalanan” , peminat yang tidak sabar menanti Search kelihatan rancak menyanyi bersama-sama , sebelum menutup dengan lagu “Zionis

Tepat jam 9 malam , Yazit (dram), Nordin (gitar), Nasir (bass) dan Kid (gitar) mula naik ke pentas , sorakkan mula bergema , mereka memulakan intro , Amy mula naik ke pentas lantas terus memainkan lagu pertama daripada album “Rock N Roll Pie” iaitu “Panggung Khayalan” sebuah lagu rancak yang membuatkan peminat terus melonjak , seterusnya lagu “Ghotik Malam Edan” terus menghangatkan suasana rock , peminat yang ramai menunggu semenjak petang seolah menghembus nafas lega dengan pembuka yang rancak apatah lagi seterusnya lagu “Fenomena” antara lagu unggul kumpulan Search yang mencipta fenomena ketika itu , buat para peminat yang melebihi usia 30 tahun ia bagaikan berjalan ke suatu era. Tidak sempat para peminat memahat ingatan kesyahduan lagu “Fenomena” , lagu rancak “Musnah” dan “Metropolitan” memecah suasana dengan produksi yang cukup berkualiti , gitar distortion yang jelas memenuhi setiap ruang , dengan lagu “Berlayar Bahtera” mula mengambil perhatian , peminat kelihatan begitu berpuas hati , sambil sing-a-long dalam kebisingan . Intro daripada keyboardist Firdaus dengan efek laungan serigala adalah pembuka kepada lagu “Serigala Segalanya” dan tentunya penutup set pertama adalah daripada album klasik mereka “Cinta Buatan Malaysia” dengan lagu “Balada Pemuzik Jalanan” , solo Kid yang bersolo panjang memberikan kenangan kepada lagu rock yang terus menjadi pujaan dari dahulu sehingga kini.

Lagu “Isabella” terus mencengkam suasana , dinyanyikan sambil screen diatas pentas memaparkan scene daripada filem “Isabella” lakonan Amy sendiri dan meneruskan dengan lagu “Melastik Ke Bintang” dan lagu rancak “Cakap Memang Murah” .

Sebagaimana di 2 lokasi sebelum ini , promo video Search dipaparkan kepada penonton yang menemuramah daripada orang muda hingga ke yang tua dalam menceritakan pengaruh muzik Search yang amat signifikan kepada masyarakat pada tahun 80an , tiada siapa yang tidak mengenali Search, mereka mendominasi stesen TV dan radio ketika itu .

Lagu-lagu balada yang telah menaikkan nama Search , “Rozana” dan “Bisa” mula mengambil tempat dan terus bergema dengan peminat yang turut menyanyi bersama-sama dan Search meneruskan dengan lagu balad terkenal mereka dengan “Laila Namamu Teratas” , “Kejora” dan “Gadisku” , ia bagaikan saat yang tidak dapat dilupakan , sememangnya penganjur menepati janji mereka dengan sound yang berkualiti , ini cukup memberikan impak yang sangat besar kepada lagu-lagu dan seterusnya memberikan keterujaan kepada peminat .

Search sempat menghadiahkan beberapa biji bola kepada para penonton , sebelum mula menjemput M.Nasir iaitu antara orang yang bertanggungjawab dan penting dalam kerjaya mereka dan seterusnya menaikkan nama Search . Amy dan M. Nasir berduet dalam 3 lagu iaitu “Mat Rock” , “Paranoid” dan “Titian Usang” . Walaupun M.Nasir adalah penulis dan pencipta untuk ketiga-tiga buah lagu tersebut , ia seperti tidak bersesuaian dengan vocal M.Nasir yang lebih bass . Apapun ini sebagai satu penghargaan Search kepada mentor mereka sempena konsert ulangtahun yang ke 30 .

Amy berehat seketika dengan Kid dan Din memaparkan kemahiran gitar mereka . Apabila Amy mula diatas pentas, lagu “Isi atau Kulit” membuka set ke-3 , dengan konsert lebih 2 jam peminat bagaikan tidak berasa letih langsung, suasana tetap gemuruh . Lagu “Langit Dan Bumi” dan “Menara Kesesatan” membuat konsert ini sentiasa hangat dengan kerancakan . Mengambil tempat adalah antara lagu mereka yang sangat klasik “Mentari Merah Di Ufuk Timur” , lagu perlahan yang sangat memorable daripada Search .

Dan seterusnya lagu “Pelesit Kota” dan “Pawana” memberikan energi saat terakhir sebelum jelajah Konsert Fenomena 30 ditamatkan dengan lagu “Fantasia Bulan Madu” daripada album “Mentari Merah Di Ufuk Timur” yang mencatatkan penjualan terbanyak dalam sejarah album Search .

26 buah lagu dengan jangkamasa 3 jam , Search membuktikan yang mereka masih utuh dan lagu-lagu mereka terus relevan dan diminati sepanjang zaman . Search juga menunjukkan stamina yang meyakinkan .

Tidak banyak percakapan Amy yang boleh dicoretkan , ia hanya interaksi biasa antara peminat . Namun daripada segi ekspresi wajah Amy , beliau jelas kelihatan sangat gembira dan menyaksikan Amy hampir menangis dalam kegembiraan . Kuala Lumpur sememangnya antara yang paling ramai dalam 2 lokasi sebelum ini . Bukan sahaja Amy malah Kid, Nasir , Nordin dan Yazit jelas memaparkan wajah kegembiraan dan kepuasaan . Melihatkan 15000 peminat yang sentiasa bersama mereka , dan ribuan lain lagi di Utara dan Selatan tanahair .

Dengan ini berakhirnya Konsert Fenomena 30 Tahun Search, antara rumusan yang dapat kami berikan sepanjang mengikuti jelajah mereka , ini adalah antara yang konsert terbaik Search untuk ketiga-tiga lokasi , segala masalah dapat diatasi dengan mudah dan produksi serta stage yang sangat berkualiti.

Selepas ini Search akan menakluk Borneo pula . Pada 24 Disember di Kompleks Sukan Tawau , Sabah dan 31 Disember di Stadium Negeri Kuching , Sarawak . Tiket untuk kedua-dua lokasi hanya RM25 sahaja .

Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR
Konsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPURKonsert Fenomena 30 Tahun Search KUALA LUMPUR


AARON AZIZ DIMINATI WANITA STATUS VIP?

Gara-gara filem Ombak Rindu, heronya Aaron Aziz menambah kumpulan peminat. Kalau selama ini anak dara meminatinya kerana tampan, Ombak Rindu membuatkan golongan VIP turut menggemari lakonannya.

Ada yang sanggup menonton Ombak Rindu berulang kali kerana pengaruh Aaron dalam filem itu. Tak cukup di panggung, mereka turut melanggan filem itu di Astro First.

Aaron Aziz Pelakon Hot Filem Malaysia
Aaron Aziz Pelakon Hot Filem Malaysia

Baru-baru ini sekembali dari Jepun kerana urusan kerja Aaron dan isteri yang merangkap pengurusnya, Diyana sempat meluangkan masa makan malam dengan sekumpulan wanita VIP yang kini menjadi peminat Ombak Rindu.

Makan malam di sebuah hotel terkemuka itu di hoskan oleh Datuk Paduka Toh Puan Seri Di Raja Noor Aini Abdullah yang turut dihadiri beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat. Aaron memenuhi undangan itu demi menghormati peminatnya.

Aaron Aziz Disponsor Makan Malam VIP Peminat Wanita
Aaron Aziz Disponsor Makan Malam VIP Peminat Wanita

"Aaron sangat mesra dengan peminat barunya itu walaupun itulah kali pertama mereka bertemu. Saya rasa mereka seolah-olah sudah kenal lama. Saya perhatikan Aaron tak berkira untuk meluangkan masa bersama peminat.

"Caranya membuatkan orang semakin menyukainya. Aaron dan isteri sangat ramah bersama peminat walaupun sebenarnya dia mungkin kepenatan kerana baru pulang dari luar negara.Saya nampak dia seorang yang profesional," kata Iskandar yang mengatur undangan makan malam tersebut.

Aaron Aziz Makan Malam Bersama Peminat Status VIP
Aaron Aziz Makan Malam Bersama Peminat Status VIP

Difahamkan hos dan tetamu bukanlah peminat fanatik Aaron Aziz sebelum ini. Malah mereka tidak mengikuti perkembangan Aaron. Tapi dek penangan Ombak Rindu, mereka mula nampak bakat besar pelakon kacak itu.

Malah topik pasal penangan Ombak Rindu antara yang dibualkan malam itu. Ada yang membuka cerita pasal kesanggupan mereka menonton filem arahan Osman Ali itu berkali-kali. Lebih manis mereka menonton bersama suami masing-masing. (Sumber: Portal Gua)

Comeblack Legasi Terakhir Scorpions

Scorpions

Sebagai kumpulan Hard Rock yang paling berjaya dalam sejarah , Scorpions secara dasarnya amat dikenali dengan lagu-lagu ballad mereka yang menguasai ruang-ruang radio diseluruh dunia , melewati muzik psydelic dan Heavy Metal pada album-album awal mereka , siapa tak kenal dengan guitarist hebat mereka waktu itu , Uli Jon Roth yang mendefinasikan solo gitar Scorpions dengan pengaruh Jimi Hendrix.

Scorpions ComeblackAmat memeritkan ialah apabila mereka mengumumkan album “Sting In The Tail” (2010) sebagai album terakhir , ia bagaikan tragedi kerana dengan 18 album mereka masih kukuh dan mampu memukau para peminat . Album “Humanity:Hour 1” (2007) membuka mata ramai peminat muzik Rock , ia merupakan album yang sangat hebat dan padu , gabungan muzik ballad Scorpions dan Hard Rock yang seimbang dan menyerlah antara satu sama lain .

Album terakhir “Sting In The Tail” bagaikan kehebatan yang berterusan dan meneruskan kejayaan sebagaimana album “Humanity:Hour 1” . Album “Sting In The Tail” memberikan lambaian terakhir yang begitu klasik untuk para peminat . Dengan rilisan terakhir tersebut, Scorpions berada di jalanan di seluruh dunia dengan rangka konsert jelajah “Farewell Tour”.

Namun ketika dalam keseronokan dalam siri konsert di Eropah/Asia dan Amerika , Scorpions mengambil keputusan yang tidak dijangka untuk merakamkan lagu-lagu lama mereka semula dengan beberapa lagu cover dan lagi sekali ‘encore-album’Comeblack” telah menemui peminat semenjak November lalu dibawah Sony Music . Walaupun ramai yang memberi pendapat mereka seharusnya mengeluarkan album baru dan bukannya merakamkan semula lagu-lagu lama tapi secara jujurnya saya melihat album “Comeblack” bagaikan sesuatu yang personel buat Scorpions kerana pemilihan lagu-lagu cover yang popular pada tahun 60 dan 70an yang tentunya banyak memberikan kenangan semasa Scorpions mula-mula ditubuhkan dengan kumpulan seperti The Beatlles . Rolling Stones , The Kinks , Small Faces , T.Rex dan Gloria jones.

Tidak banyak yang dapat dikatakan mengenai lagu-lagu mereka didalam album ini kerana ia adalah lagu lama yang dirakamkan semula dengan teknologi masa kini dan apatah lagi ia adalah lagu-lagu hit Scorpions , teknologi terkini memberikan lagu-lagu hit Scorpions dengan sounds yang lebih besar dan tersebar tapi gitar distortion diperlahankan , mungkin ramai akan lebih suka dengan versi live dan kompilasi mereka yang lain .

Namun album “Combeblack” sangat essential , ia adalah sentuhan terakhir mereka distudio dan membuktikan Klaus Meine , Rudolf Schenker dan Matthias Jabs masih mempunyai sentuhan yang berbisa. Berakhirnya legasi lebih 40 tahun kumpulan rock terbaik dunia daripada Jerman . Au Revoir Scorpions …

Track List

1. "Rhythm of Love" - 3:39
2. "No One Like You" - 4:06
3. "The Zoo" - 5:38
4. "Rock You Like a Hurricane" - 4:15
5. "Blackout" - 3:48
6. "Wind of Change" - 5:08
7. "Still Loving You" - 6:43
8. "Tainted Love" (Gloria Jones cover) - 3:27
9. "Children of the Revolution" (T. Rex cover) - 3:33
10. "Across the Universe" (The Beatles cover) - 3:17
11. "Tin Soldier" (Small Faces cover) - 3:14
12. "All Day and All of the Night" (The Kinks cover) - 3:15
13. "Ruby Tuesday" (Rolling Stones cover) - 3:54