Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, May 28, 2012

Ini dia pemilik nombor plat "WWW 1"

Diakhir laporan ini disertakan senarai pemilik nombor plat dari WWW1 hingga WWW20 dan harga yang telah dibida mereka..

Berikut adalah laporan yang mendedahkan siapa pemilik nombor plat kenderaan "WWW 1",

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"

PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web" - mStar

Senarai penuh sila download dari SINI

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"

PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1.

Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.

Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.

Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.

Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.

Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.

Tak patut DS Nizar buat macam ni.. terkancing gigi depa tu..


Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.
Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata

Sumber laporan dan gambar : Ajijoi
Aku tak tahu nak komen apa bila melihat wajah DS Nizar yang tersengih kat meja penceramah tu... ha..ha..ha.. tak patut DS.. habis terkancing gigi depa tu...

Lepas ni aku rasa kalau dijemput buat ceramah kat situ.. mati hidup balikpun penceramah dari UMNO tu tak mahu pergi...

Kah..kah..kah.. malu weh!!!

Gabungan 4 Lagenda – Stadium Merdeka 30 Jun Ini

Afro Zapin Venture Sdn. Bhd. telah menggabungkan empat lagenda hiburan tanahair Jamal Abdillah, Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Amy Search untuk membuat persembahan di bawah satu bumbung dalam The Legendary Concert 2012-Dulu, Kini dan Selamanya.
Sememangnya bukan mudah menggabungkan kempat-empat mereka kerana faktor masa yang tidak menentu di kalangan mereka. Akan tetapi usaha Afro Zapin ini telah berjaya menggabungkan lagenda-lagenda ini di konsert pertama mereka di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah pada 5 Mei yang lalu. Walaupun hanya 2,000 penonton hadir, persembahan mereka amat memuaskan hati setiap penonton. Maklumlah otai!
Bertolak dari konsert pertama, pada 19 Mei lalu pula, konsert diteruskan di Stadium Pisa Pulau Pinang yang dihadiri lebih 5,000 penonton dan Johor Bahru pada 26 Mei ini.
Sebagai penutup tirai, empat figura berwibawa ini akan menggamatkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini. Bukan mudah untuk mengumpulkan empat nama besar dalam industri muzik tanah air di bawah satu bumbung dan pentas yang sama. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
Zainal Abidin melahirkan rasa terujanya kerana sudah lama tidak muncul di konsert besar seperti ini.
“Selain bertujuan untuk menggabungkan empat legenda, saya juga ingin kembalikan nostalgia konsert berbayar yang sudah jarang dilakukan artis tanah air. Sebagai konsert berbayar, sudah pastinya banyak perkara akan dilakukan dan gabungan sebegini bakal memberi kepuasan dan pulangan yang berbaloi kepada peminat.
“Malah paduan tenaga empat legenda ini dapat mengumpulkan setiap peminat masing-masing yang tentunya sudah lama menunggu kami untuk bergabung di atas satu pentas,” katanya sambil memberitahu sambutan yang diterima cukup menggalakkan.
Menurut Ratu Jazz, Sheila Majid, dia menerima pelawaan tersebut kerana diberitahu, sebahagian daripada hasil kutipan konsert akan disalurkan kepada rumah kebajikan.
Biarpun sering melakukan konsert-konsert solo, namun Jamal tidak dapat menyangkal keterujaannya untuk bergabung dengan legenda yang cukup disegani.
“Peluang untuk menyanyi bersama dengan tiga lagi legenda yang masing-masing cukup hebat membawakan genre mereka sendiri tidak harus saya lepaskan.” – Jamal
Seorang lagi legenda yang cukup terkenal, Amy pula merumuskan gabungan keempat-empat mereka bakal mencipta fenomena memandangkan masing-masing adalah daripada latar belakang muzik yang berbeza.
“Saya percaya kami masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang memang menunggu kami untuk bersama di atas satu pentas.”
Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual pada harga RM100, RM200, RM300 dan RM600. Untuk maklumat lanjut tentang konsert ini, sila layari www.legendary.my.

Sunday, May 27, 2012

Sejarah Kumpulan Rock Wings




Permulaan
1985; Bermula dengan minat yang sama dalam dunia muzik, sebuah band yang dianggotai 4 anak muda ditubuh berteraskan irama rock n roll. Ahmad Azhar Othman@Awie, Rodzane Mohamed@Jojet, Syam dan Zul mula memberikan komitmen untuk haluan kerjaya mereka. Mereka giat mengadakan persembahan kecil di majlis perkahwinan dan di kelab sekitar ibukota. Dengan melantik Bob Lokman sebagai pengurus mereka, anak2 muda ini mula menetapkan hala tuju mereka untuk menjadi sebuah band yang memperjuangkan rock n roll di tanahair yang akan dikenali ramai. WINGS ~ nama yang dipilih mewakili wajah wajah keempat-empat anak muda ini sebagai nama band mereka.
Malangnya Jojet mengundurkan diri dari Wings untuk bersama dengan kumpulan Gersang. Zul juga berundur atas sebab-sebab peribadi. Kedua-dua posisi drum dan bass diganti oleh Azmi Hashim@Black dari kumpulan Babylon sebagai pemain drum dan Shamsaidi Ulong Idris@Eddie dari kumpulan K.B.Blade sebagai pemain bass.
Mula terbang
1987; Wings telah menerima banyak tawaran untuk menjadi artis syarikat rakaman selepas mula memberikan persembahan mantap disetiap show mereka. Namun mereka memilih Atlantic Sound Production (ASP) sebagai syarikat rakaman mereka atas alasan mahu sebuah syarikat rakaman yang tidak mempunyai artis rock ketika itu.
Maka terbitlah album Belenggu Irama dibawah label ASP. Diterbitkan oleh M.Nasir, album ini mendapat sambutan luar jangkaan dengan terjual lebih 120,000 unit sehingga kini. Sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh sebuah band yang baru mengeluarkan album pertama ketika itu. Namun album ini telah digam penyiarannya oleh RTM atas sebab-sebab provokasi lagu-lagu dalam album itu sendiri. Ini tidak melemahkan semangat Wings untuk terus memperjuangkan irama rock n roll.
Wings mula mengorak langkah dengan menerima mana-mana jemputan pertunjukan di seluruh pelusuk negara. Syam, pemain gitar utama telah mengundurkan diri untuk mengembangkan kerjaya seninya dan telah diganti dengan seorang pemain gitar berbangsa cina, Tham Wing Kwan@Tham dari kumpulan H20.
Karma mereka berubah
1988; Tak lama bersama Wings, Tham mengundurkan diri dan Wings telah mengambil seorang pemain gitar kidal, Abdul Zamin Abdul Kadir@Joe dari kumpulan Scandals sebagai pemain gitar untuk mereka. Memenuhi syarat perjanjian kontrak dengan ASP dan juga ingin memberi sesuatu yang baru kepada peminat mereka, Wings ke King’s Studio untuk merakam album kedua mereka bersama-sama dengan pemain gitar baru mereka. Maka terbitlah album Hukum Karma yang telah disiapkan hanya dalam masa 2 minggu sahaja.
Dengan jualan yang telah mencecah ke angka 170,000 unit, Hukum Karma dianggap sebagai pemangkin untuk Wings terus melebarkan sayap kerjaya mereka. Undangan pertunjukan di seluruh negara cukup padat. Wings sudah mempunyai nama yang cukup kukuh ketika itu walaupun album Hukum Karma ini juga telah digamkan penyiarannya. Semangat untuk mempromosikan diri secara total melalui pertunjukan terus membakar.
Teori penguasaan yang berjaya
1989; Sekali lagi, Wings telah masuk ke studio untuk mengeluarkan album ketiga mereka yang berjudul Teori Domino. Dibawah label yang baru bersama BMG Pasifik, kreativiti 4 anak muda ini terus diperah dalam menghasilkan yang terbaik untuk album mereka. Jarang berlaku didalam sejarah sesebuah lagu itu dirakam secara live dan bukan secara track by track. Dan pertama kalinya 3 buah lagu dirakam secara live dan terus menerus melalui album ini. Lagu Potret Monalisa, Insaf dan Midnight Blues dirakam secara terus menerus secara live. Sesuatu yang diluar jangkaan apabila album ini telah mendapat sambutan hangat sehingga berjaya terjual sebanyak 220,000 unit sehingga kini. Diterbitkan sekali lagi oleh M.Nasir, Wings benar-benar mencapai satu standard yang jarang dicapai oleh mana-mana band di Malaysia. Walaupun terus menerus digam penyiarannya oleh RTM, Wings tidak pernah putus dari menerima undangan pertunjukan di seluruh pelusuk negara
Memasuki carta Muzik-Muzik 89 di TV3 merupakan suatu kejayaan untuk Wings dikenali melalui media elektronik. Dengan berbekalkan dua lagu Misteri Mimpi Syakila dan Taman Rashidah Utama, Wings berjaya masuk ke final pertandingan Juara Lagu 89. Dengan persembahan yang lain dari yang lain, Wings berjaya membolot tempat kedua dan ketiga untuk kategori Persembahan Terbaik pada malam itu.
Wings diberi penghormatan sebagai opening band untuk sebuah konsert di Singapura yang menampilkan kumpulan Europe yang ketika itu terkenal dengan lagu “Final Countdown”. Sambil memuji persembahan Wings, Europe juga tertarik dengan persembahan band tempatan yang mampu menarik perhatian penonton.
Namun berita pengunduran Black dari Wings sedikit sebanyak mengecewakan peminat Wings yang selama ini sudah sebati dengan pukulan drum yang padu darinya.
Antara gergasi rock
1990; Pengunduran Black telah memberi ruang kepada pemain drum asal Wings, Jojet untuk bersama Wings semula.
Sekali lagi berjaya memasuki Juara Lagu 90 melalui carta Muzik-Muzik, Wings berjaya menggondol kategori Persembahan Terbaik melalui lagu Sejati yang ber”hantu” ketika itu. Satu kejayaan yang amat manis buat Wings dan peminat-peminat mereka.
1991; Mereka terus ke studio rakaman untuk menerbitkan album keempat mereka yang berjudul Jerangkung Dalam Almari. Dengan satu penampilan idea yang segar, album ini lebih menunjukkan keagresifan Wings untuk terus memberikan yang terbaik kepada peminat mereka. Seolah-olah “bringing out the monster inside them”, album ini benar benar menepati citarasa muzik rock ketika itu. Dengan jualan mencecah 150,000 unit, Wings terus menerus mempromosikan diri mereka disetiap peluang yang ada.
1992; Pertama kali Wings membuat satu album kompilasi untuk peminat peminat mereka. Berjudul “Best of Wings”, mereka merakamkan semula lagu lagu dari dua album terawal mereka bersama ASP dan ditambah dengan sebuah lagu baru “Hutan Simpan”, Wings sekali lagi membuktikan yang mereka mempunyai semangat yang kuat didalam setiap penerbitan album mereka. Dengan jualan yang mencecah ke angka 80,000 unit, Best of Wings merupakan album kompilasi yang cukup berjaya ketika itu.
Namun arahan pengharaman artis lelaki berambut panjang untuk mendapat promosi di media elektronik sedikit sebanyak menjejaskan karier Wings untuk terus kukuh sebagai band rock ketika itu. Sehinggalah klimaks arahan pengharaman dimana mereka tidak dibenar mengadakan persembahan terbuka, Wings akhirnya akur dengan peraturan itu. Bersama-sama dengan kumpulan Search, kedua-dua band rock unggul di Malaysia ini akhirnya bersetuju untuk memotong rambut mereka hingga ke paras bahu seperti yang ditetapkan. Upacara memotong rambut ini ditayangkan secara langsung didalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat sendiri telah memotong rambut mereka semua. Secara simboliknya, kedua-dua band ini telah mengumumkan untuk bersama-sama dalam menerbitkan sebuah album yang diberi nama “Double Trouble”.
Setelah hampir 6 bulan berkurung didalam studio akhirnya “Double Trouble” menemui peminat dengan hasil jualan sebanyak 180,000 unit. Siri konsert jelajah Wings dan Search menerusi album ini terus rancak diadakan diseluruh negara.
1993; Wings terus melebarkan sayap mereka dengan penerbitan album studio mereka yang kelima. Terbang ke Australia, Wings memgambil langkah berani untuk menerbitkan album mereka sendiri kali ini. “Bazooka Penaka” menemui peminat dengan sesuatu yang segar dari imej Wings sebelum ini. Kematangan mereka dalam setiap satu lagu terus ditonjolkan. Terjual lebih dari 200,000 unit telah membuktikan yang sokongan peminat mereka tidak pernah luntur.
Masih lagi meneruskan jelajah konsert bersama kumpulan Search untuk siri “Double Trouble”. Kemuncak jelajah mereka di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Dua hari selepas konsert tersebut, sesuatu yang mengejutkan apabila Awie mengundurkan diri sebagai pengarah urusan Fly Wings sekali gus sebagai penyanyi utama kumpulan Wings. Liputan meluas mengenai berita itu terus mengisi ruang media elektronik dan media cetak ketika itu. Dengan wajah-wajah yang muram setiap ahli anggota Wings di press conference itu, jelas menunjukkan kesedihan mereka semua atas apa yang berlaku.
1994; Pencarian penyanyi baru untuk menggantikan Awie bukanlah sesuatu yang mudah. Sebanyak 69 orang penyanyi yang kebanyakannya “Awie wanna-be” telah menghadiri audition, namun pencarian itu menemui jalan buntu. Untuk membuktikan keutuhan Wings tanpa Awie, Joe, Eddie dan Jojet membuat keputusan untuk membuat satu album double dengan menjemput penyanyi-penyanyi yang cukup gah ketika itu dengan menyanyikan semula lagu-lagu Wings yang telah dirakam sebelum ini dan beberapa lagu baru mereka.
Terlahirlah album “wings and Superfriends” dengan menampilkan 2 siri album yang mana penyanyi seperti M.NasirRamli SaripAmy SearchMus MayYantzen, Nike Ardilla, Hattan, Ito, Azul yang dicungkil bakat nyanyiannya dari audition dan sebagainya. Album yang paling rare ketika ini berjaya dipasaran dan membuktikan yang Wings masih berdiri teguh tanpa penyanyi utama
1995; Pengunduran Jojet mengejutkan lagi peminat peminat Wings ketika itu namun satu berita gembira apabila Black bersetuju untuk kembali ke pangkuan Wings yang masih lagi belum mempunyai penyanyi utama. Setelah diperkenalkan oleh A.Romzie, Wings telah menemui seorang penyanyi yang cukup baik untuk diangkat sebagai penyanyi utama Wings ketika itu. Ismail Zainuddin@Mel telah diserap sebagai penyanyi utama Wings.
Mereka kemudian masuk ke studio untuk merakamkan album mereka yang berjudul “Orang Asing”. Jelas sekali formula Wings berhasil apabila jualan album itu mencecah kepada 150,000 unit. Sesuatu yang lain dari yang lain dipersembahkan dalam album ini membuatkan ia begitu berjaya ketika itu. Namun jodoh Mel dengan Wings tidak lama apabila dia mengundurkan diri dari Wings atas sebab-sebab peribadi.
Tempat Mel diganti oleh Mus dari kumpulan May yang ketika itu juga sudah berpecah. Kemantapan vokal Mus memang cukup serasi dengan muzik Wings. Menjadikan Wings bertambah mantap dari setiap sudut.
1996; Allahyarham Andi Rahman telah memberikan sebuah lagu kepada Wings untuk dirakam pada album baru mereka. Tanpa di sangka, lagu tersbut telah menarik perhatian setiap anggota Wings lalu mereka menerbitkan sebuah album baru bersama Mus yang judul “Biru Mata Hitamku” sempena dengan tajuk lagu yang diberikan kepada mereka oleh Andi Rahman. Album tersebut berjaya terjual dengan jumlah 150,000 unit.
Wings juga berjaya memasuki Juara Lagu 97 juga dengan membawa lagu “Biru Mata Hitamku”. Dengan persembahan yang tidak pernah mengecewakan peminat mereka, lagu itu berjaya dibawa dengan cukup menarik sekali walaupun tidak memenangi apa-apa anugerah.
1997; Idea untuk menerbitkan album sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri telah dihasilkan Wings. “Puisi Aidilfitri” menemui peminat Wings dengan menampilkan lagu hari raya yang segar berlandaskan konsep muzik Wings. Tidak cukup dengan itu, Wings sekali lagi menerbitkan album kompilasi sempena mengenang jasa JS Kevin yang banyak menyumbang lagu kepada kumpulan Wings. Album yang bertajuk “Masterpiece” menemui peminat mereka ditambah pula dengan sebuah lagu baru yang bertajuk “Pesona Sanubari”.
Mengukuhkan kedudukan sebagai antara band terbaik di Malaysia
1998; Wing dan Search sekali lagi bersatu dalam sebuah album yang berjudul “Double Trouble 2″ dengan menampilkan lagu lagu lama yang diberi nafas baru sesuai dengan irama muzik mereka. Juga menampilkan beberapa lagu baru untuk peminat peminat kedua2 gergasi rock di Malaysia ini.
Wings juga telah masuk ke studio sekali lagi untuk menerbitkan album studio mereka yang ke sembilan berjudul “Mencari Asal Usul”. Sesuatu yang menarik ditampilkan didalam album ini hingga berjaya mendapat jualan lebih 100,000 unit.
2000; Wing menerbitkan album yang ke-10 berjudul “Mr. Barbarik”. Album terakhir Mus sebagai anggota Wings. Mus telah keluar untuk menyertai semula MAY.
Kembalinya Awie
2001, Album kompilasi ketiga Wings berjudul “Trilogi”
2002, Awie yang baru kembali ke Wings menghasilkan album ke-11 untuk Wings dan yang ke-5 buat Awie bersama Wings berjudul “Naga Keramat”
2003 sehingga sekarang; Wing masih mendapat tempat bukan sahaja pada peminatnya malah pada media massa.
Sumber: sayap2wings

Muzik Video MOJO – Andai Ku Bercinta Lagi


Akhirnya muzik video rasmi “Andai Ku Bercinta Lagi” nyanyian kumpulan Superband “MOJO” telah dilancarkan semalam. Video ini telah dimuat-naik oleh KRUstudios semalam (21 Mei 2012) di laman Youtube.
Nama “MOJO” yang dianggotai oleh Aweera (finalis OIAM, vokalis), Edry KRU (komposer, pemain synthesizer), Johar Tilu (Pemain dram) dan Deny (gitaris) berada dibibir pendengar lagu tempatan apabila melancarkan single pertama mereka bertajuk “Andai Ku Bercinta Lagi”. Tidak sabar pula kami rasa untuk mendengar karya baru mereka.
So buat masa ini layan muzik video rasmi “Andai Ku Bercinta Lagi” dari MOJO.

Saturday, May 26, 2012

Concert Jason Mraz Live in Kuala Lumpur Stadium Merdeka


JASON MRAZ “TOUR IS A FOUR LETTER WORD” CONCERT IN KUALA LUMPUR – JUNE 19, 2012
The long awaited Jason Mraz concert is now confirmed to be held at the Merdeka Stadium this coming June 19, 2012. A performance with his band touted to be a great experience for his fans.
jason mraz
Mix FM leads the on air activity as the official radio station supported by sister network stations Hitz FM, ERA and My FM. Listeners are encouraged to keep their ears glued to these stations to get a chance to participate in contests to win concert tickets and exclusive ‘meet and greet’ passes. A live telephone interview with Jason Mraz in the US is on the cards and will be announced soon as it is confirmed.
Jason Mraz
Win Exclusive Backstage Passes
8 lucky concert goers will get to meet Jason Mraz in person. Every 200th up to 1600th (200th, 400th, 600th, 800th, 1000th, 1200th, 1400th, and 1600th) Jason Mraz concert ticket purchaser will each win ONE exclusive backstage ‘meet and greet’ pass. Tickets are on sale from May 10, 2012 via AirAsiaRedTix.
Ticketing details
Arena – RM345, RM295, RM185, RM95 (numbered seating)
Terrace – RM235, RM75 (free seating)
AirAsiaRedTix Hotline: 03-8775 4666
Get your tickets from:
1. www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:
• The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2283 4893)
• Mid Valley (TEL: 03 – 2284 1423)
• KLCC (TEL: 03 – 2161 9417)
• Subang Parade (TEL: 03 – 5636 9520)
• The Curve (TEL: 03 – 7729 6313)
• One Utama (TEL: 03 – 7725 5667)
3. Victoria Music outlets:
• Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)
• Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)
• Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)
• BSC (TEL: 03 – 2093 1093)
4. KL Life Centre (TEL: 03 – 2162 2570)
The Jason Mraz concert is organized by Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. and Live Limited, the regional promoter in collaboration with the music label, Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
jason mraz

Maher Zain kembali mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 16 Jun 2012 diskaun 5 % menanti pembeli awal



Venue:Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Date/Time:16 June 2012, 8pm
Ticket Prices:(numbered seat) VIP, RM298, RM238, RM138
(free seating) RM78
Ticketing Hotline/Website:(Marctensia)603-2092 1199
www.marctensia.com
(TicketCharge) 03 9222 8811
www.ticketcharge.com.my
19 April 2012: Selepas menggegarkan Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November lalu, penyanyi yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi lagu berunsur ketuhanan iaitu Maher Zain akan kembali mengadakan konsert di sini. Kali ini lokasi yang menjadi pilihan adalah di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012 jam 8 malam.
Menariknya konsert kali ini, penyanyi yang berasal Lubnan ini bukan saja menyanyikan lagu popularnya sebelum ini seperti Insha Allah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma tetapi juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul Forgive Me, termasuk single pertama yang sedang mendaki carta iaitu Number One For Me.
Malaysia adalah negara pertama konsert jelajah Maher untuk mempromosikan album terbarunya itu. Konsert yang dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment pastinya amat dinantikan oleh peminatnya di sini kerana kali terakhir Maher mengadakan konsert berskala mega adalah sekitar Februari tahun lalu iaitu Maher Zain Live in Concert - Mercy To Mankind di Stadium Malawati, Shah Alam yang mendapat sambutan hangat  dengan bilangan 7,000 penonton.
Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert itu, tiket boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811. Mereka yang membeli awal berpeluang mendapat diskaun sebanyak 5%  (kecuali tiket VIP) dan ia hanya boleh didapati jika peminat membeli pada tarikh 25, 26, 27, 28 dan 29 April. 
Harga tiket yang dikenakan adalah seperti berikut : VIP, RM298, RM238, RM138 dan RM78. Khusus untuk pemegang tiket VIP, mereka berpeluang untuk mengambil foto secara berkumpulan bersama Maher Zain. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman facebook Marctensia Concerts Facebook fan page.
Konsert istimewa ini ditaja bersama oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfumes, TV Stesen Rasmi: Astro, Penginapan Rasmi: Hilton KL dan Singesen pula bertindak sebagai Sokongan Teknikal.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di talian Marctensia Concerts - 03 2092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com /http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/
Maher Zain “Forgive Me” Live in Malaysia 2012
Kuala Lumpur, 19 April 2012- With his recently launched album, “Forgive Me”, Maher Zain is back in Malaysia for Maher Zain “Forgive Me” Live in Malaysia 2012.
Jointly Organized by Marctensia Concerts and Awakening Entertainment, Co Sponsored by Etiqa Takaful Bhd and One Drop Perfumes, Astro as the Official TV, Hilton KL as the Official Hotel and Technical Support by Singesen, Maher Zain “Forgive Me” Live in Malaysia 2012 will be held at Stadium Merdeka at 8:00pm on 16th June 2012. Concert tickets are priced at (free seating) RM78, (numbered seat) RM138, RM238, RM298 and VIP. Tickets will be launched nationwide on 25th April 2012. VIP ticket holders are entitled to have a group photo session with Maher Zain, exclusively! More details and information to be announced on Marctensia Concerts Facebook fan page. Public may also enjoy 5% discount from 25th April – 29th April 2012, discount is available for all ticket categories except VIP. Get your tickets through TicketCharge hotline at 03 9222 8811 or online purchase at www.ticketcharge.com.my. VIP tickets can also be booked through Marctensia hotline at 03 2092 1199 orticketing@marctensia.com.
Maher Zain’s debut album “Thank You Allah” was sold more than 250,000 copies in Malaysia itself. In 2nd April 2012, Maher Zain successfully launched his second album “Forgive Me” in 16 countries, and received 4 platinum sales record in Malaysia in just only 4 days after the album launched! There are total of 14 tracks in this new album, which include two Malay songs “Ku Milik-Mu” and “Tuntutan Kepada-Mu”. Additionally, the song title “Number One For Me” has become the first hit single with almost 1.5 million views on YouTube.
Since the success of last year’s Maher Zain Live di Kuching, Sarawak 2011, Marctensia Concerts is honored to jointly organize this concert with Awakening Records once again for Maher Zain “Forgive Me” Concert Live in Malaysia 2012.
Despite Maher Zain’s frequent visit to Malaysia, the fans here just simply cannot get enough of him! Anticipating fans can look forward to Maher Zain performing songs from his new album at this upcoming concert. Don’t forget to hurry and grab your tickets!
For further information, please visit www.marctensia.com /http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/ or contact hotline 03-20921199.




Monday, May 14, 2012

Shila Amzah, Ebi Dan Adira Tersingkir Di Mania Minggu Ini


Akhirnya 5 finalist ke konsert terakhir Mania telah pun diketahui. Setelah persembahan daripada kelapan-lapan peserta, Shila Amza, Ebi dan Adira telah tersingkir. 5 peserta yang layak ialah Jac, Stacy, Aril, Hafiz dan Hazama. Tentunya kejutan yang paling besar ialah penyingkiran Shila Amzah yang dilihat sebagai feveret.
shila amzah
Namun  pasti ramai yang bersorak gembira apabila nama Ebi tidak berjaya melangkahkan diri ke konsert final. Walaupun mendapat tempat kedua ketika undian diumumkan semasa permulaan konsert, nampaknya undian akhir tidak memihak kepada Ebi.
Pastinya konsert final minggu depan akan menjanjikan persaingan hebat dengan kelima-lima finalist bakal berentap untuk merebut wang tunai RM500,000. Siapakah yang bakal bergelar juara Mania? Sama-sama kita nantikan.

Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?


Hazayani Zakaria,14 Mei 2012

[Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite.
KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

WOW!! Tetiba DS Nizar hadir semasa ceramah mengutuknya


http://www.tranungkite.net,14 Mei 2012

1. Ceramah ini ditaja oleh UMNO utk memburukkan DS Nizar

2. Sedang sedap-sedap penceramah UMNO kutok DS Nizar, tetiba DS Nizar datang duduk kat meja ahli panel.

3. Semua ahli panel termasuk penceramah pucat lesi.

4. Dlm gambar ni terdapat DS Nizar tumpang sekaki dengar diri dia kena kutok.

5. lihat banner kat belakang tu.





persoalan timbul

1. Apa terjadi selepas itu ????Apa reaksi penceramah

2. Ada orang cakap gambar di atas adalah gambar superimposed. Cerita ini tak benar.

3. Kalau tak benar, SILA NYATAKAN BAHAWA INI TAK BENAR.


hehe

Panas...Kedah akan jatuh ke tangan Umno BN


http://omakkau.blogspot.com,14 Mei 2012

PANASSS MENDIDIH BEB!!!... KEDAH AKAN JATUH KETANGAN UMNO/BN SELEPAS PRU 13 SEPERTI DIJANGKAKAN OLEH PARA PEMIMPIN MEREKA.....PAS KEDAH LANGSUNG TIADA PASUKAN YANG MENGGERAKKAN KERJA PARTI NANTI!!!!.. PEMUDA PAS BOIKOT MB KEDAH YAB DS AZIZAN RAZAK!!!!


Pergolakkan dalam saf kepimpinan PAS Kedah yang dihebohkan baru-baru ini betul-betul mengancam peluang PAS/PR mengekalkan kedudukan parti itu pada PRU 13 nanti....

Pemuda PAS yang secara jelas dan terang dan menjadi rahsia umum kurang menyokong kepimpinan DS Azizan Razak....ini dibuktikan apabila satu himpunan Pemuda PAS sebagai mempersiapkan jentera parti menghadapi PRU 13 nanti di Stadium Guar Cempedak yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Azizan Razak telah diboikot oleh sayap parti itu....

Tak caya?....sila lihat foto-foto sebagai bukti bukan cakap pakai air liur basi....

Nampaknya kasyaf para pemimpin UMNO yang Kedah akan jatuh ketangan UMNO akan menjadi kenyataan...


PSST... WAHAI JUAK-JUAK UMNO.. OK TAK AYAT-AYAT BODEK SAYA INI...

Sunday, May 6, 2012

SEJARAH KEMUNCULAN AIR ZAM-ZAM DI MUKA BUMI

Lokasi letaknya telaga Zam-zam dan ukuran kedalamannya

Disebutkan oleh Imam Bukhari dalam Shahih Bukhari, dari hadis Ibnu ‘Abbas : "Suatu saat, ketika berada di Mekkah, Nabi Ibrahim menempatkan isterinya Hajar dan anaknya Isma'il di sekitar Ka`abah di suatu pohon besar yang berada di atas sumur Zam-Zam. Waktu itu, tidak ada seorang pun di Makkah melainkan mereka bertiga. Setelah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam meletakkan kantung berisi kurma dan air, beliau pun berganjak pergi. Namun, Hajar mengikutinya sambil berkata : "Wahai Ibrahim, ke manakah engkau akan pergi dengan meninggalkan kami sendiri di tempat yang tiada manusia lain atau yang lainnya?". 

Pertanyaan itu diulangi berterusan tetapi Nabi Ibrahim tidak melihat kepadanya. Sampai akhirnya Hajar berseru kepadanya : "Apakah Allah yang menyuruhmu melakukan hal ini?" 

"Ya" jawab Nabi Ibrahim. 

"Jika begitu, Allah tidak akan menyusahkan kami" seru Hajar. Kemudian kembalilah Hajar ke tempatnya, dan Nabi Ibrahim melanjutkan perjalanannya. 

Sesampainya di Tsaniyah - jalan perbukitan, arah jalan ke Kada`. Rasulullah ketika memasuki Makkah juga melewati jalan tersebut - dan keluarganya tidak dapat melihatnya lagi, Nabi Ibrahim menghadap ke arah Baitullah, lalu mengangkat kedua tangannya lantas berdoa : "Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka, dan berilah rezeqi mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur" [Surah Ibrahim, ayat 37] 

Ibunda Isma'il menyusui anaknya dan meminum dari kantung air tersebut. Hingga akhirnya air itu pun habis, dan anaknya kehausan. Dia melihat anaknya dengan penuh cemas, karena terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan. 

Pergilah dia menuju bukit terdekat iaitu bukit Safa dan berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, barangkali ada orang di sana. Akan tetapi, nyata tidak ada orang. 

Dia pun turun melewati lembah sampai ke bukit Marwah. Berdiri di atasnya dan memandang barangkali ada manusia di sana tetapi ternyata tidak ada juga. Dia lakukan demikian itu hingga tujuh kali. 

Ketika berada di atas bukit Marwah, dia mendengar ada suara, dia berkata kepada dirinya sendiri : "Diam!". Setelah diperhatikannya ternyata memang benar dia mendengar suara, kemudian dia pun berkata : "Aku telah mendengar, apakah di sana ada pertolongan?" 

Tiba-tiba dia melihat Malaikat Jibrail 'Alaihissalam yang mengais-ngais tanah dengan kakinya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain), kemudian memukulkan kakinya di atasnya. Maka, keluarlah darinya pancaran air. 

Hajar pun bergegas mengambil dan menampungnya. Diceduknya air itu dengan tangannya dan memasukkannya ke dalam tempat air. Setelah diceduk, air tersebut semakin memancar. Dia pun minum air tersebut dan juga memberikan kepada anaknya, Isma'il. Lalu Malaikat Jibrail berkata kepadanya : "Jangan takut terbiar. Sesungguhnya di sinilah Baitullah yang akan dibangun oleh anak ini (Isma'il) bersama ayahnya. Dan sesungguhnya, Allah tidak akan membiarkan hambanya" 

Selang beberapa waktu kemudian, datanglah orang-orang dari qabilah Jurhum turun di lembah Makkah. Mereka turun kerana melihat burung-burung yang berputar-putar. Mereka berkata : "Burung ini berputar-putar di sekitar air. Kami yakin di lembah ini ada air" lalu mereka mengirim utusan. Ternyata benar mereka mendapatkan air. Utusan itu pun kembali dan memberitahukan kepada orang-orang yang mengutusnya tentang adanya air. Mereka pun kemudian mendatanginya dan meminta izin dari Ummu Isma'il [Siti Hajar] bahawa mereka akan bertandang ke sana. Ummu Isma'il pun mempersilakan dengan syarat, bahawa mereka tidak berhak memiliki (sumber) air tersebut dan qabilah Jurhum pun bersetuju"

KANDUNGAN MINERAL AIR ZAM-ZAM
Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zam-zam in memang unik mengandungi elemen-elemen 'alamiah sebesar 2,000 mg per liter. Biasanya, air mineral 'alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter. 
Elemen-elemen kimia yang terkandung dalam air Zam-zam :-

Ion-ion Positif (+) 
Sodium (250 mg per liter)
Calcium (200 mg per liter)
Potassium (20 mg per liter)
Magnesium (50 mg per liter)

Ion-ion Negatif (-)
Sulphur (372 mg per liter)
Bicarbonates (366 mg per liter)
Nitrate (273 mg per liter)
Phosphate (0.25 mg per liter)
Ammonia (6 mg per liter)

MOLEKUL PARTIKEL AIR ZAM-ZAM

Cerah dan bersinar-sinar umpama berlian

KADAR pH AIR ZAM-ZAM

Air Zam-zam bersifat alkali yang dapat memberi tenaga yang luarbiasa kepada setiap peminumnya. Kajian yang telah dibuat Air Zam-zam ini nilai pHnya adalah pH7.8 – pH9.5 iaitu pH yang paling tinggi berbanding air mineral yang lain.


MANFA'AT AIR ZAM-ZAM

Ada dua belas (12) manfaatnya :-
  • Syaba’ah – mengenyangkan
  • Nafi’ah – memberi manfaat
  • Maimunah – keberkatan
  • Mahmudah – kebaikan
  • Mu’dzibah – mencegah rasa dahaga
  • Hazmatu Jibrail – keluarnya dari pijakan tumit Jibril
  • Murwiyah – menyegarkan
  • Afi’yah – menyihatkan
  • Barrah – memiliki kebaikan
  • Kaafiyah – mencukupkan
  • Syifa' Saqamin – menyembuhkan penyakit
  • Maghfirah – keampunan

Menangi Tiket Super Spontan

Menangi Tiket Super Spontan 
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2012: Bermula minggu ini, anda berpeluang untuk memenangi lima pasang tiket untuk menonton Super spontan (SS) yang disiarkan secara langsung di Astro Warna saluran 132 dalam pakej Mustika.
Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu menonton program di sebalik tabir SS iaitu Apa Kata M?( AKM) yang ditayangkan setiap Jumaat jam 9.55 malam di Astro Warna dan Astro Prima (Saluran 105)
Anda juga boleh menjadi individu yang pertama menonton AKM kerana portal hiburan rasmi SS, murai.com.my akan menayangkan progam ini setiap Khamis mulai jam 6 petang.
Dengan hanya menjawab satu soalan dengan berserta slogan menarik, anda berhak untuk memenangi sepasang tiket ke SS. Anda juga perlu melengkapkan infomasi yang diperlukan portal murai.com.my.
Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan slogan yang paling kreatif. Keputusan adalah muktamad dan pemenang akan dihubungi sehari sebelum program berlangsung.

Soalan minggu ini:
1. Berapa kalikah pengacara Apa Kata M?, Ajieb menyebut perkataan Super Spontan dalam episod pertama AKM?
Lengkapkan slogan berikut:
Apa Kata M membantu Super Spontan kerana......(tidak lebih 200 patah perkataan)
Sila lengkapkan info berkenaan dan hantarkan ke webmaster@murai.com.my
1. Nama:
2. No kad Pengenalan:
3. Asal:
4. Foto terbaru anda:
5. Nombor telefon:
6. Emel dan facebook:
 

Mania: Alyah Mantap Namun Tersingkir

Mania: Alyah Mantap Namun Tersingkir 
SHAH ALAM, 5 MEI 2012: Persembahan Alyah mungkin hebat, namun ianya tidak dapat membantu anak didik Aubrey Suwito ini dari tersingkir di minggu kelapan Konsert Mania yang berlangsung sebentar tadi.
Menyampaikan lagu Jauh Di Sudut Hati dan Kasih dari Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Alyah yang berada di bawah Empayar Biru terpaksa meninggalkan Galaksi Mania kerana mendapat undian SMS terendah dari penonton.
Minggu ini, semua peserta Mania dikehendaki menyampaikan medley lagu-lagu malar segar sempena memperingati lagenda-lagenda muzik tanah air juga luar negara.
Selain Alyah yang tersingkir, 8 peserta lain yang membuat persembahan ialah Shila Amzah yang menyanyikan lagu Anggapanmu nyanyian Ziana Zain dan I'm Alive dari Celine Dion, Stacy - Fantasia Bulan Madu (Search) & Proud Mary (Tina Turner), Jaclyn Victor - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay) & Terasing (Sudirman), Hafiz - Sinaran dan Lagenda (Dato' Sheila Majid), Hazama - Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi & Kisah Kau Dan Aku (Alleycats), Adira - Janji Manismu (Aishah) & Balqis (Dato' Siti Nurhaliza), Ebi - Tunggu Sekejap (Tan Sri P. Ramlee) & Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah) dan Aril - Biarlah Bulan Bicara (Brorey Marantika) & Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah).
Konsert Mania telah dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi yang turut mengumumkan bahawa hanya 5 peserta sahaja yang akan beraksi pada Konsert Akhir Mania, dua minggu dari sekarang. Ini bermakna minggu hadapan bakal menyaksikan tiga penyingkiran sekali gus dilakukan.
Lagenda rock, Ramli Sarip serta Astrid dari Indonesia tampil sebagai artis undangan untuk minggu ini.
Konsert Mania telah bersiaran dari Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dan turut dipancarkan secara langsung di Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.

Akma AF Bakal Nikah 30 Jun Ini

Akma AF Bakal Nikah 30 Jun Ini 
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR 6 MEI 2012: Seorang lagi bintang Akademi Fantasia yang terkenal dengan tagline Konnichiwa iaitu Akma telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.
Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.
"Bagi saya dia seorang yang matang dan mengutamakan keluarga. Hubungan dia bersama keluarga membuatkan saya tertarik kerana saya juga begitu. Bila hubungan keluarga ini kuat, kemesraan itu wujud," ujar Akma yang memaklumkan bahawa pertemuan pertama mereka bertempat di KLCC.
Bagi Farih pula, Akma seorang wanita yang begitu lemah lembut dan dia terkenangkan sifat dan pekerti penyanyi ini dan keluarganya juga turut menyenangi kehadiran Akma dalam hidupnya.
"Selepas berkenalan saya lihat Akma ini seorang yang tinggi budi pekertinya. Walaupun dia bergelar seorang selebriti namun dia pandai menjaga nama baik keluarganya, itu yang paling penting,"ujar jejaka yang berasal daripada Kelantan ini.
Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .
Rombongan pihak lelaki pada petang ini membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.
Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu RM300.
Menurut Akma lagi, dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan statusnya dan apabila sampai masa dia akan mengumumkan kepada rakan media khususnya.
"Sudah sampai masa saya akan jemput rakan media datang, dan hari ini sudah tertunai impian saya itu dan saya merasa lega," ujar anak keempat daripada enam orang adik beradik ini.
Pasangan ini telah memilih untuk menyarungkan busana rona merah jambu hasil daripada rekaan Boutique Chantek manakala tatarias oleh jurusolek terkenal, Famee Abdullah Radzi. Perancang perkahwinan ini juga telah mempersiapkan keseluruhan majlis pada petang itu daripada pelamin indah hingga ke hidangan buat para hadirin yang hadir.
Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture.
Ditanyakan perancangan untuk berbulan madu, Akma menjawab dia teringin mahu ke Bali kerana belum berkesempatan untuk bercuti ke pulau indah tersebut.
Turut kelihatan pada majlis tersebut adalah Edlin Af dan Zehra Zambri.