VENUE PIALA MALAYSIA 2012 HARGA TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2012 RM40 VENUE DI STADIUM SHAH ALAM!
Harga tiket final Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober 2012 ini ditetapkan berharga RM40. Amaun ini telah dikurangkan daripada final Piala Malaysia edisi yang lalu iaitu dari RM50 kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin.
Menurut beliau, perubahan ini dilakukan selepas perbincangan bersama Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM selepas mengambil kira situasi semasa. Tahun lalu, tiket semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85, yang berlangsung di Stadium Shah Alam, ditetapkan pada harga RM50.
Bagaimanapun ia mencetuskan rasa tidak senang di kalangan peminat bola sepak. Ketika itu, Hamidin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.
“Sebenarnya perbincangan harga tiket final Piala Malaysia telah dilakukan ketika Mesyuarat Exco bilangan 4/2012 bagi sesi 2010-2014 pada 14 Februari lalu. “Dan setelah mengambil kira pelbagai faktor, kami peka dengan kehendak penyokong terutama selepas harga tiket dinaikkan sebanyak RM50 tahun lalu,” kata Hamidin. “Oleh itu, FAM sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan harga tiket kepada RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.”
Selain itu, FAM telah mengubah venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 dari Stadium Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam dengan alasan keadaan padang yang masih belum sempurna selepas proses penanaman rumput baru di Bukit Jalil september 2012.
Menurut Hamidin, bukan tidak mahu menggunakan Stadium Nasional sebagai medan neutral jika Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia nanti, Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, situasi itu tidak dapat dielakkan demi keselamatan pemain di samping tidak mahu menjejaskan kualiti padang untuk Piala Suzuki AFF.
Menurutnya, ini kerana terdapat gangguan daripada program yang dijalankan di saat akhir yang berada di luar penjadualan.
“Penggunaan stadium ini telah dijadualkan namun ada program yang dibuat pada saat-saat akhir dan ia menjejaskan kualiti padang, itu mengapa penanaman rumput baru perlu dilakukan, ” katanya.