Followers
Search This Blog
JOM LAYAN " OMBAK RINDU".
Sunday, March 6, 2011
Gambar Amanda artis baru tempatan
Gambar kekasih hati Fiq Mentor
Sebelum dikatakan bercinta dengan Fiq, Fiona pernah melayari bahtera cinta bersama dengan bekas finalis Pencarian Majalah Maskulin iaitu Ariey Mustapha. Mungkin jodoh sudah takde, maka Fiq lah pengantinya. Apa-apa pun hati mo ikhlas ma, kalau ikhlas Insyallah sampai ke jinjang pelamin. :) -Gambar Murai
Saturday, March 5, 2011
Maroon 5 – 29 April 2011 Live In Kuala Lumpur
Pernah dengar lagu hit seperti This Love, She Will Be Loved, Harder to Breathe, Sunday Morning dan Makes Me Wonder, ya mungkin anda sudah hafal dengan lirik-lirik lagu ini kan. Pengumuman kepada semua peminat Maroon 5 diluar sana, ada berita baik menanti anda bahawa kumpulan Maroon 5 yang telah memenangi Grammy Awards sebanyak 3 kali dan albumnya yang telah terjual sebanyak 15 million keping album diserata dunia.
Maroon 5 Live In Concert Kuala Lumpur bakal menemui peminatnya pada 29 April 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil dan tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga RM115, RM185, RM255, RM355, RM485 dan boleh dibeli/tempah melalui TiketPro Hotline ditalian 03-78807999 atau 03-74933010
Jangan ketinggalan, sebab ini adalah kali pertama kedatangan Maroon 5 di Malaysia dan pastinya konsert ini menjadi sejarah kepada semua peminat-peminat Maroon 5 di Malaysia.
PS : Tempahan tiket juga boleh dibuat melalui laman ini : http://www.prworldwidelive.com/index.php?id=48&page_id=127
* Kedit to mohdzaid.com
Justin Bieber My World Tour 21 April 2011 (Malaysia) – Tempat Duduk Dan Harga Tiket
Korang dah baca blogpost aku pasal konsert Justin Bieber My World Tour baru-baru ni tak?.. kalau korang belum baca, apa kata korang gi baca sekarang Tiket Konsert Justin Bieber Live In Malaysia Mula Dijual Sabtu Ini Khas Untuk Pelanggan TuneTalk, Bangsar Village 2 – Ticket Sales Justin Bieber My World Tour in Malaysia dan Justin Bieber Live In Malaysia (Kuala Lumpur). Kalau korang betul-betul peminat kipas sampai mati Justin Bieber mesti korang dah beli tiket konsert tu nanti kan, walaupun konsert lambat lagi tapi dah ramai yang dapatkan tiketnya takut last minit nanti melepas pulak.
Oh ye kalau sebelum ni aku ada bagi tahu pasal harga tiket dan tempat dapatkan tiket, tapi hari ni aku nak bagi tahu korang yang masih belum dapatkan tiket supaya pergi beli sekarang! dan pastikan korang beli tiket yang betul, maksud aku tempat duduk yang selesa untuk korang. Lagi mahal korang beli lagi dekatlah korang boleh bergambar dengan Justin Bieber
Dalam blogpost kali ni aku lampirkan harga tiket dan plan tempat duduk mengikut warna untuk korang. Harap sebelum beli tiket dapat tengok dulu seating plan ni ye.
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
Amy Search Bakal Pengetua AF9, Paknil Kembali Jadi Pengacara?
Setelah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, dengar ceritanya Astro telah membatalkan hasrat mereka untuk melantik Ahmad Dhani menjadi pengetua AF9. Mungkin terlalu banyak negatif feedback berkaitan dengan Ahmad Dhani dan mungkin juga pihak Astro menyedari yang masih ramai lagi artis-artis Malaysia yang berkaliber untuk dilantik menjadi pengetua AF9. Tahniah kepada Astro kerana berani membuat satu keputusan yang memuaskan hati ramai pihak.
Isnin depan barulah akan diketahui siapakah yang bakal menjadi Pengetua AF9 dan juga pengacara AF9. Tapi daripada apa yang didengar, khabarnya Amy Search bakal dilantik menjadi pengetua AF9 dengan Paknil akan kembali menjadi pengacara setelah berehat beberapa musim. Nampaknya AF9 yang merupakan AF terakhir memang akan jadi gempak gila kalau 2 berita ini betul-betul menjadi kenyataan.
So apa pendapat korang? Sesuai ke tak Amy Search jadi pengetua AF9? Dari segi kaliber, memang nampak gayanya Amy Search adalah satu pilihan yang tepat. Lagipun Amy Search sudah lama berkecimpung dalam dunia seni. Berkarisma, berwawasan dan stylo. Seorang rockers legenda yang hebat!. Memang ada tokoh seorang pengetua. Tak gitu?
Tengku Zawiyah, Bekas Isteri Datuk K Bakal Berkahwin Semula
Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Bekas isteri Datuk K, Tengku Zawiyah Tengku Izham bakal berkahwin sekali lagi setelah berpisah dengan Datuk K pada tahun 2005. Ada sesiapa yang tak kenal Datuk K? Datuk K ialah lelaki macho bermisai yang telah berjaya menyunting penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza menjadi permaisuri hatinya.
Tengku Zawiyah bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Sabah iaitu Datuk Joseph King atau nama Islam nya Rayyan JK Abdullah. Untuk maklumkan, Datuk Rayyan JK Abdullah telah memeluk Islam pada awal bulan Februari dulu. Majlis pernikahan mereka berdua akan berlangsung 12 Mei ini.
Tahniah diucapkan kepada mereka berdua atas perkahwinan ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Datuk K pun dah ucapkan tahniah kepada bekas isterinya atas berita gembira ini.
* Kredit to http://beautifulnara.com
