Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, February 10, 2012

Zarina Anjoulie Dakwa Memiliki Video Aliff Aziz Ketika Mabuk, Bergaduh Kerana Anne Ngasri?



Pasti’nya semua tidak sabar sabar untuk mengetahui perkembangan kontroversi Zarina Anjoulie dan Aliff Azizhari ini.

Ini ada sesuatu yang baru untuk anda yang kami terlepas pandang dan juga gossipterbaru berkaitan Aliff Aziz danAnne Ngasri.

Beberapa jam sebelum kenyataan Zarina Anjoulie yang menjadi satu perhatian ramai di’tulis, kami dan ramai orang terlepas pandang akan sesuatu yang penting.

Menurut tulisan Zarina Anjouliedi Twitter, beliau memulakan ayat dengan berkata bahawa yang telefon bimbit beliau sudah hilang semua nombor telefon.

Dan, kemudian seakan menyindir Aliff Aziz dengan bertanya secara sinis sama ada jejaka itu bersama Anne Ngasri atau tidak — seterunya menyambung dengan berkata beliau ada menyimpan video Aliff Aziz ketika mabuk. Haa.

Menurut sumber kami yang boleh di’percayai, Aliff Aziz kini sudah sah bercinta dengan Anne Ngasri tetapi masih tidak lekang sikap mahu mencuba teman wanita baru dan sikap beliau itu nampaknya memakan diri.

BONUS: Ada sumber lain memberitahu yang mereka terserempak dengan Aliff Aziz & Anne Ngasri berpimpinan tangan di Genting Highland, Pahang pada Isnin yang lalu. Tetapi, mereka tidak berduaan. Hmm.

Aksi mesra Aliff Aziz dan Zarina An Julie?

Panas-panas... Model terkenal dan juga bekas pelakon kontroversi, Zarina An Julie kini dikatakan menjalinkan hubungan dengan penyanyi Aliff Aziz. Memang agak memeranjatkan namun itulah yang terjadi apabila gosip ini mula tersebar disebabkan beberapa keping gambar yang didakwa kemesraan mereka berdua di dalam sebuah kereta. Dan dikukuhkan lagi dengan bukti laman sosial Twitter milik akaun masing-masing yang saling bertwitt-twitt yang admin pon tak paham, mereka bergaduh ke ape ke, sampai main 'block2'. Hello..



Thursday, February 2, 2012

(HOLLYWOOD)Selena Gomez Buang Imej ‘Gadis Baik’ Untuk Kulit Hadapan Cosmopolitan Terbaru

Selena Gomez nampaknya sedang berusaha untuk menyisihkan imej ‘gadis baik’nya dengan muncul seksi di muka hadapan majalah Cosmopolitan. Dia baru saja melakonkan episod terakhir untuk siri televisyen terbitan Disney, Wizards of Waverly Place yang sudah bersiaran selama 5 tahun dan diminati oleh golongan kanak-kanak dan remaja.

Perihal artis terbitan Disney cuba untuk membuang imej baik zaman kanak-kanak mereka sebenarnya pernah berlaku sebelum ini. Kalau anda masih ingat, Britney Spears pernah melakukan perkara yang sama, begitu juga dengan Vanessa Hudgens.

Dalam cover majalah yang akan diedarkan di Amerika Syarikat pada 7 Februari akan datang, gadis berusia 19 tahun ini berpose ‘berani’ mempamerkan belahan dadanya. Mengenakan gaun bermotif bunga-bunga warna merah muda tanpa lengan dengan leher terbuka, Selena tampil dengan wajah segar.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Selena digambarkan seperti ingin menunjukkan bahawa dirinya bukan lagi seorang remaja biasa. Gadis yang akan genap berusia 20 tahun di bulan Julai ini, kini adalah gadis belia yang semakin dewasa. Sewaktu wawancara dengan Cosmopolitan, Selena juga mendedahkan rahsia di balik kejayaannya sebagai bintang.

Saya seperti gadis 19 tahun yang lain pada umumnya. Saya jatuh cinta sepenuhnya, dan bila saya jatuh cinta saya hanya ingin pergi ke pawagam, keluar bersama teman lelaki, dan melakukan perkara normal yang lain. Saya beruntung kerana telah menemui seseorang dengan falsafah yang sama.

Sewaktu menyanyi di sebuah konsert di Puerto Rico baru-baru ini, Selena tampil dengan gaun-gaun seksi. Kekasih Justin Bieber ini juga dilihat mengenakan hotpants yang digandingkan dengan gaun berwarna ungu bagi menonjolkan kakinya yang panjang.

Gambar Chomel Fana yang seksi

Pelakon dan pengacara Chomel Fana mengakui tidak lagi menjalinkan hubungan istimewa dengan Naib Presiden Produksi KRU Media, Russell Mark. Chomel berkata hubungan selama empat bulan itu hanya sebagai teman rapat. Hakikatnya dia menghormati lelaki kacukan Australia-Portugis itu sebagai ketua di bahagian penerbitan program yang di acarakannya iaitu Carta Blockbuster di KRU TV.

Kalau bab cinta, tak perlu lah kita persoalkan, memang banyak penafian daripada kejujuran. Hehe. Apa-apa pun kita enjoy dulu gambar Chomel dibawah ni.

gambar Budiey.com

Memang Saya Sudah Nikah- Watie Elite

Akhirnya tuan punya badan bersuara untuk mengesahkan berita pernikahannya dengan Joey. Selama ini merahsiakan atas sebab-sebab tertentu, menerusi Harian Metro hari ini, Watie berkongsi berita gembira tersebut dengan peminat-peminatnya. Watie dan Joey telah pun bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.

watie elite nikah

Kata Watie:-

Bukannya ingin berahsia atau menyembunyikan saat bahagia itu tetapi semuanya adalah permintaan Joey dan keluarganya. Saya harus menghormati dan melihat ikatan yang ada dari satu perspektif yang positif. Apa yang penting, perkara wajib sudahpun kami lakukan. Soal yang lain, biarlah kami fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Joey melamar saya secara mengejut di depan keluarganya. Saya sendiri tidak mengetahui mengenai majlis itu. Semuanya dirancang Joey dan adik-beradiknya. Kelakarnya, persediaan pun kelam-kabut dan saya hanya sempat untuk menempah nasi beriani di restoran berdekatan rumah saja bagi menjamu tetamu.

Jikalau anda kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka, jangan risau kerana menurut kata Watie, mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini:-

Apa yang boleh saya katakan, kami sudah selamat dinikahkan. Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang, kami berdua pasti akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun ini juga kerana Joey ingin sekali meraikan sahabat-handai dan peminat yang tidak henti menyokong. Tarikh dan lokasi masih belum kami tetapkan namun apa yang pasti, kami akan mengadakannya secepat mungkin.

Watie Elite juga bercadang untuk menimang cahaya mata dengan suami barunya ini secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Watie dan Joey. Perkara yang lepas tak perlulah dikenang. Biarlah ia disimpan dalam-dalam. Sekali lagi, semoga Watie, suami dan keluarga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Hattan Didakwa Mufliskan Penjamin Setelah Beli Mercedez, MPV Dan Banglo, Biar Betul??

Harian Metro dalam artikelnya bertajuk ‘Pokai Angkara Penyanyi’ baru-baru ini memuatkan kisah bekas vokalis kumpulan Baji iaitu Abang Yusuf Abang Daud dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar yang mendakwa menanggung hutang hampir RM1 juta selain diisytiharkan muflis akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal tanah air sejak lapan tahun lalu selepas nama mereka digunakan sebagai penjamin.

Nor Maszura dipetik berkata, kejadian bermula sejak Disember 2002 apabila dia dan suaminya dilantik sebagai pengarah syarikat rakaman milik penyanyi terbabit sebelum mereka diarahkan menjadi penjamin bagi beberapa urusan pinjaman bank berjumlah RM929,503.

Laporan itu berkata, alasan diberikan penyanyi terbabit kepada suami isteri itu adalah kedua-dua mereka selaku pengarah syarikat perlu menandatangani dokumen pinjaman sebelum dihalau daripada syarikat itu pada 2004.

Antara pinjaman bank penyanyi itu untuk kepentingan peribadinya adalah membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) pada 2003, pinjaman peribadi bernilai RM150,000, membeli rumah bernilai RM500,000 dan pinjaman RM477,000 yang dibuat atas nama syarikat.

Berikut penjelasan penyanyi terkenal Hattan dalam akhbar yang sama;

Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, dia tahu apa yang dia lakukan:

Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.

Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.

Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan membuat banyak kebajikan pada tahun ini:

Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.

———————————————————————————-

Wow ini cerita memang panas sehhhhhhhhh.

Nampaknya dua-dua pihak dah buat kenyataan, so kita tunggu episod seterusnya.

Penulis percaya, KEBENARAN akan terungkai juga suatu hari nanti.

Jumlah hampir RM1 juta itu bukan sedikit….harap-harapnya Hattan bukanlah sepertimana yang didakwa dan bekas penyanyi kumpulan Baji itu juga akan terbela nasibnya.

Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR

Wednesday, February 1, 2012

ELLA AND AWIE LIVE IN SINGAPORE 2012





Date: 25 March 2012
Venue:Max Pavillion, Singapore Expo
Time: 2000HRS - 2230HRS
Tickets: Cat 1 - SGD120, Cat 2 - SGD100, Cat 3 - SGD80

Presenting the king and queen of Malaysian Rock, Awie and Ella in a combined performance that will outmatched any others that you have seen. Hear them sing your favourite songs and enjoy with us the promised electrifying concert. Ticket sales starts from 8th February 2012. Early bird promotion of 10% off is valid till the 22nd February 2012.

10 Backstage passes are up for grabs for the first 10 ticket buyers and another 10 to be given out to the first 10 VIP Package ticket buyers. Only valid for buyers who purchase it from D'Touchz International Office.

Members from D'Touchz VIP Club is entitled for a 15% off ticket price till the day on concert. Discount is only valid for 2 tickets per member.

Tickets can be purchased at D'Touchz International Office, Muzika Records and Home Delivery (min charge of SGD5)

VIP PACKAGE TICKETS (FOR 100 PEOPLE ONLY) - SGD220
Package consists of the following:
- Press Conference
- Meal with the Artistes
- Category 1 ticket X 01 worth SGD120
- Photo taking with the artiste