Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 28, 2012

LEFTHANDED Reunion Khas Buat Peminatnya

Penyerahan Kontrak Antara Lefthanded dan En Mansur daripada PM Studio

Lefthanded Live In Borneo Lefthanded Live In Borneo
Lefthanded Live In Borneo

Nama Lefthanded seakan sudah sebati buat penggemar rock ‘kental’. Kewibawaan, kerakusan mereka ketika berada diatas pentas, energi dan lagu-lagu yang sentiasa mendapat tempat di hati para peminat mereka khasnya peminat wirama rock 80an. Sekitar tahun 1979 ‘THE LEFTHANDED’ mula ditubuhkan, namun setelah mengambil kira pelbagai faktor perkataan ‘THE’ telah digugurkan. Man Kidal, Yan, Samad, Nash, Man Dayak, Firdaus, Ramli Sarip (Fanatisme) dan Arab (Nafas) adalah nama-nama yang pernah berada dibawah lembayung LEFTHANDED. namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui sebelum Nash menjadi pelantun vokal, Rahim Maarof terlebih menjadi vokal kumpulan ini. Setelah Lefthanded mula memasuki studio untuk merakamkan album pertama yang berjudul “Keadilan” barulah Nash bersama dengan Lefthanded


Battle Of The Bands 1 & 2 - Pelbagai Artis (1986), Keadilan (1986) Seruan (1987)Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme, bersama Ramli Sarip (1990), Nafas, bersama Arab (1996) Dimensi Baru (1998), Syurga & Neraka (1999), Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006) adalah antara album-album yang pernah diriliskan oleh Lefthanded.

Sejak kebelakangan ini, telah timbul pelbagai persepsi mengenai kumpulan ‘otai’ rock yang telah lama menempa kegemilangan dalam industri muzik tempatan. Namun begitu ianya bukanlah halangan untuk Lefthanded terus berada di paksi seni apatah lagi untuk kembali mewarnai semula persada seni tanahair. Faktor usia serta komitmen terhadap tugas bukanlah menjadi alasan lagi untuk Lefthanded kembali menemui para peminatnya. Tahun 2012 pastinya bakal menyinar dengan kehadiran serta penyatuan semula anggota Lefthanded.


“Sebenarnya kita dah buat comeback di TV dan ianya telahpun ditayangkan kepada umum. Ketika itu Lefthanded, MAY dan XPDC telah disatukan dalam sebuah rancangan tv. Bertitik tolak dari situlah kami mendapat feedback yang bagus dari para peminat Lefthanded. Bermula dari situ semangat kami mula berkobar-kobar tambahan pula kami mendapat “offer” yang begitu unik untuk meneruskan perjuangan Lefthanded”. Ujar Man Kidal ketika ditemui di salah sebuah hotel di Ibu Negara baru-baru ini.

“Apa yang menarik mengenai tawaran tersebut bukanlah sekadar membuat rakaman album tetapi kami telah diberi kepercayaan untuk mengadakan konsert di Tawau, Sabah. Namun semuanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Faktor utama yang kami perlu lakukan ialah tampil dengan sebuah album baru kemudian barulah menerima tawaran untuk membuat konsert, dimana kami melihat ianya satu peluang yang cukup menarik selain dari membuat persembahan kami juga boleh mempromosikan album terbaru.” Katanya

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mansur iaitu orang yang bertanggungjawab untuk merialisasikan impian tersebut selain memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh beliau kepada kami. Saya telah diberi peranan untuk melengkapkan ‘pakej’ studio rakaman milik beliau yang berada di Tawau, disamping itu juga saya akan membuat penambahbaikan terhadap studio milik beliau. En Mansur juga berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan miliknya yang lebih ke arah ‘hiburan’ agar ianya berdaya saing sepertimana syarikat rakaman yang ada di Malaysia”. Tambah beliau

“PM Studio adalah lokasi dimana segala kerja-kerja rakaman album terbaru Lefthanded akan di buat manakala proses mastering akan dilakukan di Australia memandangkan sebelum ini saya pernah melakukan kerja-kerja tersebut disana dan ianya memberikan hasil terbaik. Dimasa yang sama juga saya menjadi ‘penasihat’ kepada PM Studio dimana modus operandinya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang ada di Malaysia khasnya buat mereka yang ada di Sabah”

“Nash akan kembali bersama Lefthanded, rasanya kami akan mengeluarkan mini album dahulu dimana ianya bakal memuatkan 2 buah lagu baru dan 3 buah lagu lama yang akan diberi ‘nafas baru’ samada ianya dibuat secara semi orchestra ataupun ‘unplugged’, segalanya masih dalam peringkat perbincangan”.

“Lefthanded memilih Sabah, kerana disana masih terdapat ‘die hard fan’ yang masih suka kepada irama rock, lagipun sebelum ini Lefthanded pernah menggegarkan Sabah jadi sedikit sebanyak ianya akan mengembalikan memori kepada kami”.

Kepada semua peminat Lefthanded, pastinya berita kedatangan Lefthanded di Tawau, Sabah adalah sesuatu yang amat dinantikan apatah lagi mereka akan ‘berkampung’ di Tawau untuk merakamkan album sekaligus ‘menjajah’ Sabah dalam siri konsert Lefthanded yang akan berlangsung pada bulan Mac 2012 nanti. Segala informasi terkini mengenai Lefthanded pasti akan kami wartakan di MEPORTAL. Rock On!!

KONSERT AVRIL LAVIGNE LIVE IN MALAYSIA STADIUM MERDEKA

Konsert The Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia Di Stadium Merdeka.

Malaysia bakal digegarkan dengan konsert penyanyi rock wanita terkenal yang berasal dari Kanada, Avril Lavigne dalam The Avril Lavigne Black Star Tour Live In Malaysia di Stadium Merdeka pada 18 Februari depan.

Konsert anjuran Tune Talk dan dibawakan oleh JS Concert itu merupakan siri konsert jelajah, Avril Lavigne di negara-negara Asia, Amerika dan Eropah.

Concert Avril Lavigne Live In Malaysia 2012
Concert Avril Lavigne Live In Malaysia 2012

Pastinya konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam itu akan memberi kepuasan kepada penonton kerana Avril dijangka akan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Complicated, Sk8er Boi, I'm with You, My Happy Ending, Girlfriend dan banyak lagi.

Menariknya, JS Concert telah mengadakan promosi istimewa iaitu dengan membawa peminat dan penonton yang bakal menyaksikan konsert Simple Plan pada 14 Januari depan untuk menyaksikan konsert Avril secara percuma.

Caranya mudah, penganjur menawarkan tiket Avril Lavigen untuk Rock Zone yang berharga RM198 dengan percuma bagi setiap dua tiket Simple Plan yang ditebus pada koncert Simple Plan, 14 Januari ini.

Beli Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia

Walau bagaimanapun bagi yang berminat untuk menonton konsert Avril Lavigne ini sahaja boleh mendapatkan tiket di beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store outlets dengan harga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket, sila hubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999 atau membeli tiket secara online di laman web www.ticketpro.com.my.

Namun untuk mendapatkan harga istimewa dengan potongan harga tiket sebanyak 20 peratus, boleh diperolehinya apabila anda membeli tiket pada setiap hari Rabu mulai 14 Disember lalu hingga 31 Januari ini. (Sumber: Portal Murai)


Video Latest Avril Lavigne "Wish You Were Here" Live in Malaysia.

AVRIL LAVIGNE Black Star Tour Live In Malaysia

Avril live in Malaysia

TUNETALK dengan kerjasama JS Concert Productions mempersembahkan Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia! Konsert tersebut yang merupakan siri jelajah dunia, akan menjadikan negara kita sebagai persinggahannya pada 18 Februari 2012 nanti di Stadium Merdeka, Kuala Lumpurbermula jam 8.30 malam.

Avril Lavignemula menapak masuk ke dalam industri muzik internasional seawal usia 17 tahun lagi melalui album sulung beliau “Let Go”. Melalui album tersebut, Lavigne menjadi artis solo wanita pertama yang berjaya menduduki #1 di carta UK. Selain daripada itu, album tersebut juga telah berjaya mendapat pengiktirafan 4 kali platinum dari segi jualannya oleh Recording Industry Association of America. Setibanya tahun 2009, lebih 18 juta unit album tersebut telah laris di seluruh dunia. Single beliau “Complicated” pula menduduki tangga teratas carta di beberapa negara.

Lavigne turut berjaya mencapai kejayaan peribadi beliau dengan buat pertama kalinya menduduki #1 pada carta jualan album di U.S. Billboard 200 menerusi album kedua beliau, “Under My Skin”. Album yang dikeluarkan pada tahun 2004 itu akhirnya berjaya mencecah jualan melebihi 10 juta unit pada pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2007, “The Best Damn Thing”, album ke-3 Lavigne pula, menjadi album ketiga beliau yang menjejaki #1 di UK Albums Chart yang turut menampilkan single “Girlfriend” yang menduduki #1 pada carta BillboardHot 100.

Album ke-4 Lavigne, “Goodbye Lullaby” telah dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini dan membuktikan keunggulan beliau sebagai artis dengan album tersebut sekali lagi menjadi album top 10 pada carta U.S. Billboard 200 dan UK Albums Chart.Pada carta jualan album di Jepun dan Australia, “Goodbye Lullaby” menjejaki #1! Setiap lagu di dalam album tersebut adalah hasil komposisi Lavigne sendiri dengan separuh daripadanya adalah dengan bantuan co-writers. Album tersebut turut langsung menduduki top 5 pada carta-carta di 15 buah negara seperti U.S. dan Canada serta menduduki #1 pada carta-carta utama di Jepun, Australia, Jerman, Yunani, Taiwan, Korea, Singapura, Hong Kong and Republik Czech. Single “What The Hell” dari album tersebut menjadi top 20 di USA, top 10 di Eopah dan Australia serta top 5 di Asia. Album tersebut turut memuatkan versi lanjutan soundtrack bagi filem “Alice In Wonderland” terbitan tahun 2010. Lagunya berjudul “Alice”.

Selain bidang nyanyian, Lavigne turut mencuba bidang lain di dalam profil beliau yang mengkagumkan. Pada 2006, beliau telah merakamkan suara bagi filem animasi “Over the Hedge” dan turut mencuba bakat dalam bidang lakonan buat pertama kalinya dalam filem “Fast Food Nation”.Dalam bidang perniagaan pula, Lavigne telah mengeluarkan minyak wangi beliau sendiri jenama Black Star pada 2008 dan ini diikuiti pula oleh jenama Forbidden Rose dua tahun berikutnya. Pada tahun ini, beliau telah mengeluarkan jenama minyak wangi ketiga beliau – Wild Rose. Abbey Dawn pula merupakan jenama pakaian yang beliau keluarkan pada tahun 2009.

Walaupun mengecapi kejayaan pada bidang nyanyian dan perniagaan, namun lain halnya pula bagi kisah rumah tangga beliau. Rumah tangga beliau bersama gitaris merangkap vokalis Sum 41 iaitu Deryck Whibley pada Julai 2006 hanya mampu bertahan selama 3 tahun. Namun begitu, pasangan tersebut masih bekerjasama dalam penerbitan album ke-4 Lavigne serta single “Alice”.

Sepanjang karier nyanyian beliau, Avril Lavigne telah mengecapi kejayaan #1 secara global bagi single-single "Complicated", "Sk8er Boi", "I'm with You", "My Happy Ending" dan "Girlfriend". Dengan lebih daripada 30 juta unit jualan bagi album-album beliau, Lavigne merupakan artis yang top-selling di U.S. – satu fakta yang telah disahkan oleh RIAA (Recording Industry Association of America).

Untuk menyaksikan Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia,anda bolehlah membeli tiket-tiket konsert tersebut di cawangan-cawangan berikut:-
-Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

Tiket-tiket berharga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular). Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999 atau dapatkan tiket secara online melalui www.ticketpro.com.my

Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia is dipersembahkan oleh TUNETALK dan dibawakan kepada anda olehJS Concert Productions.

Tiket-tiket telah mula dijual pada 14 Disember yang lalu dan pembelian awal (early birds) akan mendapat diskaun sebanyak 20%. Diskaun ini sah hanya sehingga 31 Januari 2012.

Untuk bacaan lebih lanjut mengenai Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia silalah layari www.jsconcert.comdan https://www.facebook.com/JSConcertProductions

Avril Lavigne Live in Malaysia 2012

When: Feb 18, 2012

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur


presents

AVRIL LAVIGNE BLACK STAR TOUR LIVE IN MALAYSIA

Avril Lavigne will perform Live In Malaysia for a concert at Stadium Merdeka on Saturday, 18th February at 8.30 pm. The Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia is presented by TUNETALK and brought to you JS Concert Productions. The Black Star Tour concert tour runs through Asia, the Americas and Europe.

Avril has scored five number-one singles worldwide, including "Complicated", "Sk8er Boi", "I'm with You", "My Happy Ending" and "Girlfriend". With more than 30 million copies of her albums sold worldwide, Lavigne is one of the top-selling artists releasing albums in the U.S., with over 10.25 million copies certified by the RIAA.

To watch Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysiaone can purchase concert tickets at the following outlet; Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre and The Guitar Store outlets and is priced @ RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Rock Zone) ; RM 98 (Regular) For enquiries call Ticketpro Hotline : +603-78807999 or get your tickets online @ www.ticketpro.com.my

Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia is presented by TUNETALK and brought to you by JS Concert Productions.

To know more about Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia go to www.jsconcert.com and https://www.facebook.com/JSConcertProductions

Avril Lavigne Black Star Concert Live In Malaysia is presented by TUNETALK and brought to you by JS Concert Productions

Venue Layout:

Price:

Terms and Conditions:

  • Ticket prices include RM3 Ticketing Fee
  • Once tickets are sold, no exchanges or cancellations will be entertained.
  • 1 ticket admits 1 person only
  • Strictly NO Photography, Video recording and Audio recording is allowed
  • Please read and understand the Conditions of Sale before purchasing ticket

Penawaran Tiket Konsert Avril Lavigne

2011 merupakan tahun yang gemilang buat JS Concert Productions dengan penganjuran konsert-konsert Justin Beiber, Westlife, Whitesnake and Pitbull... Dan kegemilangan tersebut bakal diteruskan di mana 4 konsert anjuran JS Concert bakal menggegarkan Malaysiapada suku pertama tahun 2012

Dimulakan dengan konsert Simple Plan di KL Live pada 14 Januari ini, disusuli pula dengan extravaganza berkembar pada bulan Februari - Avril Lavigne di Stadium Merdeka pada 18 Februari dan Evanescence pada 23 Februari juga di KL Live. Jessie J pula bakal menghiburkan para peminat beliau di SurfBeach, Sunway Lagoon pada 16 Mac. Melihat pada jumlah 30 000 *Like pada facebook JS Concerts, ternyata mereka kian mendapat sokongan hebat dari penggemar muzik.

Sebagai tanda penghargaan, JS Concerts kini menawarkan penggemar-penggemar konsert di seluruh Malaysia dengan tawaran yang "tiada sesiapa akan mahu menolaknya" ... tawaran tersebut merupakan bagi setiap pembelian 2 tiket ke konsert Simple Plan (semua kategori), pembelinya secara automatik akan menerima juga sekeping tiket Avril Lavigne Rock Zone berharga RM198 secara PERCUMA untuk menyaksikan konsert Avril Lavigne di Stadium Merdeka nanti. Caranya mudah sahaja... bawa 2 tiket konsert Simple Plan ke konsert mereka pada 14 Januari nanti untuk mendapatkan satu tiket percuma ke konsert Avril Lavigne pula.