Belum selesai isu disaman RM2 juta oleh syarikat filem SDAF Pictures, pelawak popular, Nabil kini berhadapan pula dengan kontroversi beliau dikatakan berkhalwat dengan kekasihnya yang juga pelakon, Irma Hashmie.
Pasangan itu bercinta sejak akhir 2008 didakwa sering dilihat di apartmen Irma di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 27, tampil menafikan tohmahan itu dengan menegaskan, beliau sama-sekali tidak akan melakukan perbuatan yang memalukan diri dan keluarga.
Juara Raja Lawak musim kedua itu bagaimanapun mengakui beliau sering mengunjungi rumah Irma kerana menghantar makanan atau membawa keluar pelakon itu.
sumber: Kosmo
Lu Pikir lahs sendiri ok!
No comments:
Post a Comment