Pages

Friday, April 30, 2010

Malam ini 1 Mei 2010 - Search & Wings Konsert Double Trouble 2010




Selepas 17 tahun berlalu, para peminat otai rock Malaysia kini berpeluang mengimbau kembali zaman kegemilangan era Rock dulu-dulu. Ini kerana kumpulan dua nama besar dalam muzik rock tanah air Search dan Wings akan bergabung untuk menjayakan konsert Double Trouble 2010 buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada tahun 1993 yang lalu. Konsert Double Trouble 2010 ini akan berlangsung di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2010, kebetulan jatuh pulak pada cuti hari buruh.

Sumber dari laman1malaysiaticket.com menjelaskan “Populariti serta pengaruh yang dicipta bersama Search dan Wings menjalar kepada pembikinan kolaborasi pertama mereka melalui album, Double Trouble pada 1992. Usaha itu disusuli dengan penerbitan Double Trouble 2 pada 1998 membantu melancarkan lagi perjalanan serta mengukuhkan pengaruh empayar muzik rock di negara ini.

Lantaran pengaruh yang masih utuh itu, Adeptnet Sdn Bhd memberanikan diri untuk menyatu kembali kehebatan dua gergasi rock itu menerusi Konsert Double Trouble Search & Wings. Konsert bakal berlangsung di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 1 Mei ini, bermula jam 8.45 malam.

Dijadualkan berlangsung selama dua jam, keampuhan dua legenda rock dapat disaksikan pencinta muzik menerusi lebih 20 lagu hits yang dipersembahkan Wings dan Search termasuk Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Derap Komando. “

Perkembangan kedua-dua band ni seiring dengan zaman aku membesar lewat tahun 80-an dan awal 90-an dulu, memang lagu diaorang banyak memberikan kenangan dan nostalgia zaman remaja dulu.

Pendek kata zaman tu kalau ada kawan-kawan yang tak kenal atau tak tahu pasal search dan wings ni memang pelik betul lah member tu.

Ada jugak antara kawan yang syok habis dengan kumpulan Search hingga sanggup lompat pagar semata-mata nak pergi tengok konsert deme tu, kantoi pulak tu dengan warden. huhuhu.

Dek kerana peristiwa tu nama dia terus lekat jadi Mat Search, sampai sekarang pun kalau jumpa mesti panggil Mat Search walaupun dia dah berjawatan tinggi dalam organisasinya.

Konsert ni jugak amat dinanti-nantikan oleh otai-otai rock, banyak kenangan kot dengan lagu-lagu kumpulan tu. Radio Sinar FM juga aku dengar sudah mula membuat hebahan dan promosi rancak pasal konsert ni dan sering memutarkan lagu-lagu popular kedua-dua kumpulan tersebut.

Kalau ada sesiapa yang masih belum pasti kat mana lokasi Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort ni boleh cuba tanya Google Earth, ataupun rujuk dekat peta ni, Landmark dia senang aje, INTAN Bukit Kiara, Pusat Sains Negara ataupun Suruhanjaya Sekuriti, setompok je kawasan tu, mesti jumpa lah, jalan nak pergi ke Sri Hartamas:


Err dulu masa aku tengah study sempat jugak la aku buat part time jadi waiter kat Coffee House Bukit Kiara Equestrian & Country Resort ni bila cuti semester( ..eh ada kaitan ke dengan konsert ni?)…nostalgia tempat ni woo

Tiket berharga RM70 mula dijual sejak 26 Mac lalu dilokasi seperti Viva Sport, Kompleks Pertama; Triways Travel Network, KLCC; Triways Travel & Tours, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail; pejabat Ticket2u, Wangsa Melati; Istana Budaya, Jalan Tun Razak; Sri Amera Holidays, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan HTO De Futsal, Dataran Sunway.

Sebarang pertanyaan berkaitan tiket boleh hubungi talian 03-78850348.

Thursday, April 29, 2010

Gambar seksi Anggun semasa menyanyi di pentas


Still remember dengan tuan punya badan yang bernama Anggun?? Mungkin ada diantara you all yang dah lupa rite, tapi MM tak hairan kalau you all kata tak kenal dengan minah tue. Sebabnya MM sendiri pun dah tak berapa ingat artis kelahiran jiran kita nie. Hehe~ kesian delo. Whatever… MM malas nak tulis entri pepanjang, just nak touch up sikit dan up-to-date blog hampeh yang dah lama tak dibersihkan nie. So apa kata you all layan jer gambar seksi Anggun kat bawah.

Anda mungkin juga meminati:

KTM perkenal koc khas untuk wanita

KUALA LUMPUR: Pengguna komuter terutama wanita boleh menarik nafas lega berikutan pelaksanaan sebuah gerabak dikhaskan untuk golongan itu mula beroperasi, semalam.

SELAMAT...penumpang wanita kini tidak perlu bimbang gangguan seksual melalui pengasingan gerabak khas komuter untuk mereka.
SELAMAT...penumpang wanita kini tidak perlu bimbang gangguan seksual melalui pengasingan gerabak khas komuter untuk mereka.
Kebanyakan pengguna memberi reaksi positif dengan pendekatan itu dan menyifatkan ia tepat pada masanya.


Penumpang, Shahirah Mohd Shariff, 24, berkata pengasingan gerabak boleh mengelak berlaku gangguan seksual terhadap penumpang wanita terutama dalam keadaan sesak pada waktu puncak.


“Sebelum ini, rakan baik saya pernah diraba seorang lelaki ketika berhimpit-himpit dalam tren dan pengalaman ngerinya itu membuatkan saya trauma menggunakan perkhidmatan ini.


“Bagaimanapun, saya lega kerana gerabak khas wanita disediakan dan kini saya boleh ke tempat kerja tanpa perlu berasa bimbang kejadian sama berlaku,” katanya.


Bagi Aishah Omar, 42, dengan adanya gerabak yang khusus untuk kaum wanita, peluang warga emas, wanita mengandung dan yang membawa anak kecil mendapat tempat duduk lebih cerah.


“Pendekatan KTM ini sangat bertepatan berikutan ramai rakan wanita yang merungut tidak selesa kerana terpaksa bersentuhan dengan lelaki jika tren terlalu sesak selain pengalaman melihat sendiri seorang gadis diraba warga asing,” katanya.


Pekerja swasta, Ruby Hanim Sohana Ariffin, 45, pula menyifatkan pengasingan itu memberi kemudahan kepadanya malah dia kini tidak perlu berebut dan berdiri lama dalam tren berikutan bilangan penumpang berkurangan kerana gerabak itu tidak mempunyai penumpang lelaki.


Bagi seorang penumpang, Nor Amirruddin Nordin, 24, pengasingan gerabak itu langkah tepat bagi mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual dan penyeluk saku.

“Ia memberi kelebihan kepada wanita kerana mereka tidak perlu bimbang bersentuhan dengan berlainan jantina. Begitu juga lelaki kerana tak semua antara kami selesa jika terpaksa berhimpit dengan wanita,” katanya.


Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata gerabak khas itu boleh dikenal pasti melalui pelekat merah jambu ditampal di setiap cermin tingkapnya dan kain rentang dipasang di setiap platform selain pengumuman mengenai pengasingan itu dibuat di beberapa stesen.


“Bagaimanapun beberapa penumpang lelaki agak keliru dan ada masih menggunakan gerabak khas itu hari ini (semalam),” katanya mengiringi wartawan membuat tinjauan, semalam.


Mohd Hider berkata, ia akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk melatih orang ramai mematuhi arahan kerana pihaknya akan selaraskan peraturan baru itu dimulai laluan dari stesen Sentul ke Port Klang dahulu.

Katanya, tempoh percubaan akan dilakukan selama seminggu untuk mendapatkan reaksi orang ramai mengenai pengasingan gerabak itu manakala operasi gerabak wanita bagi laluan Rawang ke Seremban dijangka dilaksanakan 15 Mei ini.


Wednesday, April 28, 2010

Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi, Thalia Peserta Mentor 4

NANI, AYIM, ILA, SHAQ, ADI, THALIA:

6 Protégé Terpilih Semarakkan Mentor Musim Baru

Baru-baru ini, bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, 6 orang protege untuk Mentor musim baru telah diperkenalkan kepada media dan peminat. Budiey nak ucap tahniah kepada semua protege yang terpilih.

Biarpun telah melalui pebagai cabaran dan kesukaran, namun misi pencarian protégé yang bermula dari Sabah dan Sarawak dan berakhir di Kuala Lumpur pada bulan lalu nampaknya telahpun membuahkan hasil. Kini, tibalah masa kesemua Mentor musim ke-4, Azmeer, Mus (May), Joe Flizzow, Mas Idayu, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain untuk memperkenalkan protégé masing-masing iaitu Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia!

Serentak dengan majlis memperkenalkan protégé untuk musim ke-4 yang berlangsung di Berjaya Times Square pada hari ini, bermulalah peranan kesemua Mentor untuk memberikan tunjuk ajar kepada protégé masing-masing segala ilmu berkaitan dengan bidang nyanyian dan seni persembahan bagi memperlengkapkan diri sebagai penghibur.

Selain itu, Mentor juga bertindak sebagai idola yang memberi inspirasi kepada anak didik mereka. Mentor dan protege manakah yang bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 kali ini?

Mengulas mengenai sesi ujibakat yang telah diadakan baru-baru ini, Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor musim ke-4, Mohamad Sufian Isa berkata, “Sejak diperkenalkan pada musim ke-3, pihak kami berpendapat pemilihan peserta Mentor kali ini lebih sistematik kerana peserta boleh menjalani uji bakat berdasarkan penyanyi kegemaran pilihan masing-masing dan Mentor dapat melihat sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki seseorang itu memandangkan mereka yang akan bertanggungjawab mengasah bakat protégé yang menjadi pilihan mereka. Jadi dengan pemilihan bakat-bakat baru seperti Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia, kami berharap agar hubungan antara mentor dan protégé akan lebih serasi setelah mengadili sesi saringan penilaian dan uji bakat yang dilakukan dari kacamata mereka sendiri.”

“Sudah pasti musim ke-4 bukan sahaja bakal menyerlahkan lagi daya kreativiti di antara Azmeer, Ziana, Joe Flizzow, Mas Idayu, Dayang dan Mus di samping memupuk persaingan sihat di antara mereka, malah, pihak kami juga teruja untuk menyaksikan pencapaian dan potensi ke enam-enam protege yang terpilih ini sama ada mampukah di antara mereka untuk mengikuti jejak langkah seperti juara-juara sebelum ini terutamanya Black.”

“Selain dari itu, musim ini turut mengekalkan format pemarkahan di mana markah akan diberikan kepada 3 bahagian iaitu 50% dari juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% lagi melalui juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam bidang industri muzik. Mengikut format Mentor keenam-enam protege ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Ziana Zain bersama protegenya, Thalia

Mus May bersama protegenya, Ayim

Joe Flizzow bersama protegenya, Ila

Dayang Nurfaizah bersama anak didiknya.

Ehem ehem… Mas Idayu bersama anak didiknya…

Setiap protege akan diberi peluang membuat persembahan sebanyak 3 kali mengikut kumpulan masing-masing melalui konsert yang diadakan secara berselang-seli antara kumpulan A dan B. Markah dari ketiga-tiga persembahan ini akan digabungkan bagi menentukan 2 peserta yang mendapat markah tertinggi dari setiap kumpulan untuk ke semi-final. Protege yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. Kedudukan kumpulan akan diumumkan pada konsert pengenalan yang akan diadakan pada 2 Mei 2010. Pada peringkat separuh akhir, 2 protege dari kumpulan A dan B ini akan digabungkan semula untuk berentap selama 2 minggu dan selepas itu kita akan tentukan samada 2 atau 3 protege akan ke peringkat akhir,“ tambah Sufian lagi.

Untuk makluman, seramai 400 peserta telah datang untuk menjalani uji bakat pada 21 Feb 2010 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah manakala lebih kurang 300 peserta hadir ke lokasi ujibakat Sarawak, Merdeka Palace, Kuching pada 28 Feb. Sesi uji bakat tersebut telah dirakam dan dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk penilaian kesemua Mentor. Antara hampir 700 peserta di Malaysia Timur, hanya 2 calon yang dipilih untuk hadir ke sesi uji bakat di Kuala Lumpur yang masing-masing dikendalikan oleh Mus May, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow dan Azmeer.

Manakala, lokasi terakhir yang bertempat di Sri Pentas, Kuala Lumpur pula telah menerima sebanyak lebih 1,500 penyertaan dari peminat yang datang dari seluruh Semenanjung di sepanjang 3 minggu (6 – 21 Mac) berlangsungnya sesi ujibakat untuk kesemua Mentor yang terlibat.

Mentor 4 ini juga turut menampilkan pengacara terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program dan juga Jurnal Mentor. Selain dari itu, wartawan sensasi Nas Ahmad juga kembali dalam program sewaktu konsert mingguan bagi mencungkil kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas.

Turut sama-sama memeriahkan Mentor 4 ialah penglibatan komposer terkenal Malaysia yang juga bekas Mentor musim ke-3, Faizal Maas atau Ajai yang bertindak sebagai Penasihat Vokal, Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan dan Faizal Uzir (Loq-U) sebagai Pengarah Muzik. Mentor kali ini juga turut menjemput peserta-peserta yang pernah datang ke ujibakat dan dirasakan ‘unik’ untuk membuat persembahan pada setiap minggu.

Program realiti musim ke-4 ini turut mendapat sokongan dari Ribena dan Dequadin selaku penaja utama. “Mentor adalah gabungan yang paling sesuai dengan personaliti jenama Ribena iaitu keceriaan, kebaikan semula jadi, keriangan dinamik. Kombinasi blackcurrant dan lemon di dalam Ribena yang lazat ini boleh didapati dalam format sedia untuk diminum, membolehkan muda-mudi bandar dengan gaya hidup yang aktif seperti penyanyi terkemuka dan yang baru hendak bertapak, berasa segar ketika menjalani kehidupan seharian mereka yang sangat sibuk ke sana ke sini,” kata En. Raymond Khor, selaku Pengurus Kategori Ribena. Beliau juga menyatakan bahawa Ribena Lemon adalah kaya dengan Vitamin C dan mengandungi kurang daripada 25% gula, yang turut memenuhi keperluan mereka yang menjaga kesihatan.

Manakala Cik Junie H’ng, Pengurus Jenama untuk Dequadin pula berkata, “Selaras dengan fokus dan visi program Mentor yang mementingkan bakat dan suara, produk Dequadin pula sememangnya dapat membantu para peserta dalam mengekalkan kesegaran dan keselesaan tekak untuk melancarkan lagi lontaran vokal. Dengan Dequadin, pastinya masalah seperti kehilangan suara, tekak perit atau gatal-gatal dapat dikurangkan dengan kandungan mantap bahan-bahan seperti menthol, eucalyptol dan thymol yang akan bertindak mujarab terutama sekali kepada protege kita yang baru meningkat naik.”

Program Mentor ini telah menemui penonton TV3 mulai 11 April 2010 yang lalu dengan rangkuman sesi ujibakat, manakala, konsert Mentor akan bermula pada 2 Mei 2010 dengan konsert pengenalan bagi memperkenalkan protégé sebelum berentap pada minggu seterusnya (9 Mei 2010) dalam konsert mingguan. Program ini akan bersiaran setiap Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam siaran langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Selain dari itu, penonton juga boleh menyaksikan sorotan persedian serta aktiviti-aktiviti protégé bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor, setiap Ahad bermula 25 April, jam 7.00 hingga 7.30 malam manakala, Jurnal protégé yang memaparkan diari harian protégé akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.28 malam. Stesen radio popular HOT FM adalah stesen radio rasmi untuk Mentor 4. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Mentor 4, boleh melayari laman web di www.tv3.com.my/mentor4.

TOYOTA VIOS MAKIN LAMA MAKIN MANTAP

Punyalah minat giler nak beli Toyota Vios, masuk ni, dah 3 kali Budiey pergi test drive kereta Toyota Vios kat showroom UMW Toyota.

Asalkan ada ‘minor change’ atau timbul model terbaru, Budiey pasti tak ketinggalan untuk melihat dan merasai sendiri kereta idaman ramai ni.

Sekarang, tagline atau motto Vios masih mantap… sama macam dulu… yea… VIOS DESIRABLE!

Dalam 2-3 hari kebelakangan ini, Budiey ada tonton iklan TV komersial Toyota VIOS 1.5G. Mmm… lecur air liur! Tertarik, Menarik, kau memang da boom!

Budiey perhatikan, 7 tahun selepas Toyota Vios dilancarkan kali pertama pada 2003, sampai sekarang ini, kereta ini sangat popular di mana sebanyak 159,000 unit telah terjual. Memang antara kereta yang paling laris kat Malaysia.

Pada hari ini, kereta yang trendy & elegan ini telah melalui perubahan minor (minor change). Kalau korang masih ingat, tahun 2007, kereta ini dah melalui diubah pertama kali dan sekarang… Budiey rasa evolusi Toyota VIOS dah nampak sangat sempurna sehingga terliur dan ‘mengidam’ untuk memilikinya.

Kawan Budiey ada cakap, sepanjang dia guna Toyota Vios, dia berpuas hati sebab tak delah banyak pakai minyak. Jadi, ia menjimatkan duit saku kita. Budiey juga ada menerima komen daripada pembaca budiey.com yang sudah guna Vios sejak setahun lalu:

“Wah, teruja la baca blog abg budiey pasal vios baru..desirable tul kan? Saya dah pakai Vios setahun dah, memang jimat minyak.. Just bayangkan dari Penang to Pahang, balik rumah mertua just took petrol about RM65 jer… Go Vios, go Abang Budiey.”

Tahun lepas, selepas Budiey siarkan gambar-gambar dan review sepanjang sesi test drive, ramai yang ingat Budiey akan beli kereta tu. Tapi bukan apa, Budiey masih menangguh untuk membelinya. Tunggu dulu lah.

Yea, betul kata orang, test drive tak bermakna kita akan membelinya. Seperti orang kata: “Acu-Cuba-Try-Test…” Ya, kita kena cuba dulu. Kalau puas hati, barulah beli. Kata orang, tepuk dada, tanya selera.

Pada 16-18 April yang lalu, Toyota telah mengadakan Toyota Weekender Showroom Event untuk seluruh cawangan di Semenanjung Malaysia di mana kita boleh merasai & mencuba kereta Vios Terbaru.

Budiey dapat info ni dari laman web Toyota iaitu: www.toyota.com.mydan juga kat Facebook rasmi Toyota. Korang jangan lupa add dan jadilah fan untuk www.facebook.com/ToyotaViosMy sekarang. Banyak info & event terkini akan disebarkan melalui Facebook ni.

Akhirnya, Budiey telah berjaya untuk mencuba Toyota Vios pada 18 April dan ternyata memang best! Wuuhuuuu!

Oleh kerana sambutan yang menggalakan, event ini akan diteruskan untuk anda yang berada di Sabah & Sarawak iaitu pada 23 hingga 25 April yang lepas. Korang bolehlah singgah di mana-mana showroom Toyota yang berdekatan dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Di situ, anda boleh tengok sendiri minor change yang dibuat untuk semua jenis Vios iaitu Vios TRD Sportivo, Vios G (A/T), Vios E (A/T), Vios J (A/T) and Vios J (M/T).

Terus terang cakap, Budiey rasa sudah tiba masanya untuk membeli kereta Toyota Vios. Ini kerana Toyota telah melakukan ‘make-over’ bagi menepati citarasa baru yang lebih segar sesuai dengan jiwa muda & para remaja.

Sesuai dengan gaya hidup seorang blogger sepenuh masa seperti Budiey. Terpaksa kejar ke sana ke mari untuk mencari bahan dan menghadiri event. Setiap hari, jadual penuh dengan event. Kadang-kadang, sampai tak terkejar pun.

Macam Budiey cakap dulu, bila ada kereta ni, senang nak ke mana-mana event. Jadi, insyaallah, lepas ni tak payah lagi naik teksi. :)

Memang sekarang ni, Budiey ‘demam’ dan ‘gian’ nak beli sebuah kereta berjenama Toyota Vios ni. Target Budiey, ingat nak booking jenis G. Sebab design model G sangat stylish & menarik. Betullah orang cakap, sekali pandang terus terpikat. Mengikut salesman, selepas booking, kereta akan siap dalam masa sebulan. Tengok pada keadaan.

Toyota Vios kali ini tersedia dalam pelbagai warna yang sedap mata memandang. Antara warna yang boleh dipilih ialah Grey Mica Metallic, Silver Metallic, Medium Silver Metallic dan Coal Black. Untuk yang bukan jenis metallic, bolehlah pilih warna putih. Budiey suka dengan warna Grey Mica Metallic. Apabila terkena pancaran matahari, warna macam ni akan ‘naik seri’. Mengancam beb!

Bak kata dalam iklan dan juga brochure Vios 1.5G… THE LOOKS THAT WILL LURE YOU.

Budiey juga suka dengan rekabentuk baru bumper kereta ni. Sangat besar dan luas. Lebih sporty & trendy kan? Tapi apa-apa pun, masih mengekalkan style yang elegan.

Paling ketara ialah lampu belakang. Budiey rasa, rekaan ini lebih cantik berbanding yang sebelum ini.

Dan yang mantapnya, new Vios juga didatangkan dengan 15’ six twin-spoke new alloy rim.

Budiey juga suka dengan steering baru ni. Sebab kalau korang perasan, reka bentuk steering dulu macam style zaman 90an sikit. Steering di Vios baru ni dibalut dengan leather dan grip yang nampak sporty.

Bukan apa, nak beli kereta ni nak kena tengok juga gaya hidup kita, kemampuan kita dan siapa kita. Kena ukur baju tu pada badan sendiri.

Tapi kalau nak guna Vios ni tak semestinya yang dah berumur kerana Vios pun sekarang ni dah sesuai untuk orang yang berjiwa muda, ada gaya hidup yang mementingkan gaya dan jiwa yang fresh.

Jadi ramai pembaca yang tanya Budiey, apa yang bezanya Toyota Vios 2010 sekarang ini dengan yang sebelumnya?

Perubahan dibuat untuk ke semua jenis Vios iaitu Vios TRD Sportivo, Vios G (A/T), Vios E (A/T), Vios J (A/T) and Vios J (M/T) yang mana kali terakhir minor change dibuat dalam bulan Julai 2008.

Secara keseluruhannya, Toyota Vios mempunyai reka bentuk yang sangat advanced iaitu:

1. Rear flat door, centre meter position, cupholder, concealed front centre storage
2. Fuel Economy – VVT-I engine
3. Ride comfort

Secara eksklusif pula Vios 1.5 TRD Sportivo mempunyai reka bentuk yang sporty di mana bentuknya adalah aerokit dan fabric seatnya juga memang eksklusif untuk model ini sahaja.

Dari segi performance, TRD Sportivo ada suspension kit yang boleh dipilih.

Untuk minor change dalam Vios 1.5:
General:
1. New grille, new rear combi lamp
2. New steeting wheel, new centre instrument panel (gloosy black finish with new airond control dials.

Exclusive:
1. All-new chrome package (interior).
2. All-new combination leather seat
3. Ashbrown trim (colour)

Budiey percaya, ramai yang suka dengan reka bentuk sporty & imej muda untuk Vios 1.5 TRD Sportivo. Sesuai korang yang suka ubah suai dan ronda-ronda di jalan raya.

Untuk minor change dalam Vios 1.5 TRD Sportivo:
Exclusive:

1. New TRD Sportivo seat fabric
2. New sports panelling
3. Steering wheel with all-new red stiching

Reka Bentuk Bahagian Depan Yang Elegan.

Wow, sangat smart…

Perubahan paling ketara, kita boleh dilihat pada bahagian depan. Memang lain dengan yang sebelum ini.. Siap dengan chrome. Fog lamp pun dah baru direka pada bumper depan dan lampu tingginya pun diperbaharui.

Antara ciri lain yang menarik:

1. Enjin Yang Mantap!
Menggunakan enjin VVT-I (Variable Valve Timing With Intelligence)

Kiranya ini adalah trademark kepada teknologi yang dibuat melalui pelbagai kajian dan penyelidikan.

2. Super ECT (Electronic Controlled Transmission)

Ciri ini adalah untuk penukaran gear yang sangat lancar.

3.EPS (Electric Power Steering)

Speed sensitive power steering that is light during low speeds and gradually stiffens according to vehicle spped for better stability.

Ini akan menjimatkan penggunaan minyak!

Lihat juga di bahagian steering di mana telah diubah untuk memberikan keselesaan dan mempertingkat citarasa dengan kualiti tinggi.

Tayar juga ditukar kepada 12-spoke design alloy.

Dan lihat… tempat duduk juga sekarang dibuat dari kombinasi genuine & synthetic leather.

Budiey rasa Toyota Vios yang baru ini begitu sesuai dengan orang muda. Budiey masih boleh dikategorikan sebagai ‘remaja’ walaupun dah beristeri. Hehe… tapi memang betul, lihat pada reka bentuk terkini ni, memang buat Budiey rasa macam remaja!

Bukan setakat reka bentuknya, namun ciri-ciri yang dipertingkatkan begitu versatile dan mementingkan keselamatan.

Mekanikal utama masih lagi dikekalkan seperti:

1.5 litre 4-cylinder DOHC engine is well proven, producing 109PS at 6,000 rpm and 141 Nm of torque at 4,200 rpm.

Coupled to this is a 4-speed automatic or a 5-speed manual transmission.

All models are equipped with ABS, BA and EBD. Dual airbags are standard for all variants except for the J models which feature only one airbag for the driver.

Nak tahu harga? Apa kata dapatkannya di showroom Toyota yang berdekatan. Ataupun, korang boleh layari:

Laman web Toyota: www.toyota.com.my

Facebook Toyota : www.facebook.com/ToyotaViosMy

Twitter: www.twitter.com/ToyotaViosMy

Dan jangan lupa tonton video menarik di Youtube:www.youtube.com/toyotamy

Dashboard yang sangat elegan & stylish! I like it!

Panelnya di tengah-tengah yang cukup senang mata memandang.

Seat leather Toyota Vios dengan kemewahan citarasa terkini! Nampak luas!

Dashboarc eksklusif Vios TRD Sportivo

TRD Sportivo – bahagian belakang

Steeringnya sungguh hebat!

*budiey.com

Thursday, April 22, 2010

Konsert Double Trouble - Search + Wings

Tarikh : 1 Mei 2010
Masa : 8.45 malam ( 2 jam )

Tempat : Bukit Kiara

Harga Tiket : RM70


Layari: www.1malaysiaticket.com dan www.ticket2u.biz

Kes Cerai Anne dan suami Wafi disebut 19 Mei

Tahun 2010 banyak kisah sedih mengenai artis di Malaysia khasnya, ada ramai artis yang pergi meninggalkan kita saban hari industri kita menurut beberapa orang kuat seni tanah air yakni industri kita semakin tenat.


Namun demikian kisah penceraian sering menjadi penghalang dan akan menghilangkan seni industri seni di Malaysia.


Yang terbaru kisah penceraian Wafi dan Anne yang akan didengar pada 19 Mei ini,kisah penceraian mereka masih menjadi tanda tanya masyarakat di luar sana.Mahligai indah yang dibina sejak 26 Mei 2006 akhirnya goyah dengan panahan misteri perisahan mereka.

Tiket Double Trouble Hangat!



Berita panas untuk peminat dua kumpulan rock gergasi Malaysia, tiket konsert telahpun terjual hampir 60 peratus. Bermakna anda masih ada masa untuk mendapatkan tiket sebelum konsert sebenar yang akan berlangsung 1 Mei ini di Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort bermula jam 8.45 malam.

Menariknya untuk konsert ini, perkhidmatan bas Rapid KL akan disediakan secara percuma di tiga kawasan antaranya LRT Bangsar, Pusat Bandar Damansara dan Taman Jaya. Peminat yang hadir boleh menggunakan alternatif yang disediakan untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Perkhidmatan ini akan disediakan setiap 20 minit bermula dari jam 5 petang hingga 9 malam dan jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

Selain itu, tiket konsert juga telah mula dijual di Gombak Rapid KL dan Pasar Seni.

Tiket boleh didapati dengan harga RM70 di lokasi seperti Viva Sports - Kompleks Pertama, Triways Travel Network - KLCC, Istana Budaya, Sri Amera Holidays - Plaza Alam Sentral dan HTO De Futsal - Dataran Sunway ataupun layari www.1malaysiaticket.com atau www.ticket2u.biz

Wednesday, April 21, 2010

SPR terus dipertikai kerana pindah pengundi

SPR terus dipertikai kerana pindah pengundi
Dzulfikar Mashoor

HULU SELANGOR, 21 April: Gara-gara lebih 50 pengundi dari Kampung Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkar.

Calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini.

“Sebagai calon, saya harap SPR boleh bersikap lebih adil, sebab itu (Pakatan Rakyat) menyertai pilihan raya (kecil ini),” ujar Zaid di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru petang tadi.

Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Mengundi, Ahad ini.

Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri.

“Saya harap SPR bertindak, bukalah kaunter agar para pengundi dipindahkan semula ke tempat asal. Saya berharap suatu tindakan yang luar biasa,” ujarnya.

Sekiranya SPR gagal berbuat demikian sekali pun, bagi beliau, para penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi sendiri tidak seharusnya berputus asa.

Sebaliknya, mereka diminta terus bekerja kuat agar amalan tidak demokratik sepanjang pilihan raya kali ini boleh diminimumkan.

“Saya harap, kita tidak berputus asa pada jalan yang salah,” ujar beliau.

Selain memberi isyarat yang jelas kepada SPR, beliau turut merayu kepada para pengundi terbabit supaya membantu SPR.

Bercakap pada sidang media yang sama, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (gambar) tidak menolak kemungkinan bahawa motif di sebalik pemindahan para pengundi terbabit adalah inisiatif strategik sempena pilihan raya kali ini.

Katanya, ini kerana berdasarkan pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, undi dari kampung tersebut majoritinya menyebelahi calon Pakatan Rakyat.

Selain menyalahkan SPR, beliau turut mempertikai Dewan Rakyat kerana menolak dua kali berturut-turut usulnya berhubung isu kelemahan SPR.

“Dua kali Parlimen menolak usul saya, SPR pula terus dalam penafian selepas saya mengeluarkan bukti,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Walaupun SPR dianggap cuba bersikap tidak demokratik dalam menguruskan pilihan raya kali ini, beliau berkata, jentera PKR akan membuka kaunter-kaunter untuk mengenal pasti para pengundi berbaki yang dipindahkan ke Kampung Tanjong.

Demi memudahkan mereka yang terbabit membuat sebarang aduan berkaitan SPR dan pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor, jentera PKR turut membuka talian perkhidmatan bebas, 019-3260874.

Pun begitu, dalam nada menyindir, beliau berkata inisiatif Pakatan Rakyat bukanlah disebabkan bersetuju dengan sikap tidak progresif SPR sendiri.

“Kita (seolah-olah) melakukan kerja-kerja SPR,” ujarnya.

Tuntas dari kes pemindahan pengundi tersebut, beliau mewakili Pakatan Rakyat mendesak para pemimpin tertinggi SPR supaya meletak jawatan sesegera mungkin, sekiranya masing-masing masih mempunyai maruah diri.

Monday, April 19, 2010

‘Usah tengok Siti saja’

*bharian.com.my
2010/04/20

pix_gal0
Saida, Sairah akui tidak mudah menjadi adik dan kakak kepada Bintang Paling Popular Berita Harian 2009

LAMA mereka berdua menantikan saat-saat manis seperti ini. Jika sebelum ini mereka hanya menumpang bangga melihat darah daging sendiri menempa nama di persada seni tanah air, kini giliran mereka untuk merasai suasana seperti itu.

Tertunai juga impian Saida dan Sairah untuk bergelar penyanyi meskipun ada yang menyifatkan tindakan mereka untuk berada di arena hiburan adalah sia-sia dan tidak akan ke membawa mereka ke mana-mana hanya kerana mempunyai seorang adik dan juga kakak yang turut berkecimpung dalam bidang yang serupa.

Mengakui laluan mereka untuk menjadi penyanyi tidak semudah yang di sangka, Saida memohon kepada mereka di luar sana supaya memberi peluang untuk mereka mengetengahkan bakat yang ada dalam diri tanpa perlu membandingkannya dengan Siti.

"Saya akui memang bukan mudah apabila ramai yang mengetahui kami adik beradik. Pasti akan ada yang cuba membandingkan kami. Jadi, pinta Saida kepada mereka di luar sana, jangan tengok Siti, tapi pandanglah bakat yang Saida ada ini biarpun Saida tahu ia adalah sesuatu yang amat sukar dilakukan," luah Saida mohon pengertian.

Biarpun muncul di persada seni agak lewat iaitu selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, namun menurut penyanyi yang pernah bergelar pelajar AF6 ini itu bukanlah halangan untuknya mencapai impiannya bergelar penyanyi.

"Ini adalah momen paling manis dalam hidup Saida apabila berjaya tampil dengan sebuah album selepas hampir dua tahun Saida keluar dari Akademi Fantasia. Biarpun sekadar berkongsi album dengan Sairah tetapi Saida puas hati kerana Saida sudah mencurahkan sepenuh usaha Saida dalam album ini.
"Biarpun sudah bergelar isteri namun Saida tak rasakan yang Saida sebenarnya agak lewat untuk menggalas tanggungjawab ini. Saya memang serius untuk bergelar penyanyi kerana itulah cita-cita Saida sejak dulu lagi. Sekali Saida sudah melangkah, Saida tidak akan menoleh lagi," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini ketika ditemui pada majlis pelancaran album Apresiasi dan sambutan ulang tahun ke-15 Datuk Siti Nurhaliza dalam bidang seni yang berlangsung di Penthouse, Suite 4, Cattleya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Shah Alam malam Jumaat lalu.
Justeru, walaupun sesibuk mana pun Saida mengejar impian untuk bergelar penyanyi namun tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri tidak pernah diabaikannya.

"Tugas harian berjalan seperti biasa. Kalau ada undangan persembahan, Saida akan bawa bersama anak-anak Saida bersama. Mujurlah suami Saida juga amat memahami dan turut membantu Saida dalam pelbagai perkara," kata Saida yang semakin yakin berbanding dulu.

Dalam album ini juga terselit sebuah lagu yang didedikasikan khas buat arwah bapa mereka yang meninggal dunia Februari tahun lalu. Lagu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad itu diberi judul Kini Dikau Jauh.

"Pada mulanya hanya kami bertiga saja yang sepatutnya merakamkan lagu itu. Tetapi apabila sampai di studio, emak hendak kami berlima merakamkannya. Jadi itulah sebabnya abang Ayie dan adik saya Ali turut serta merakamkan lagu ini.

"Ia satu pengalaman menyeronokkan kerana kami adik beradik dapat muncul dalam sebuah album walaupun hanya untuk merakamkan sebuah lagu," cerita Saida lagi.
Seperti juga Saida, album ini adalah lambang kejayaan buat Sairah yang memang bercita-cita untuk bergelar penyanyi.

"Ini memang sesuatu yang Sairah idamkan sejak dulu lagi. Memang ini yang Sairah mahukan dan alhamdulillah, Tuhan makbulkan permintaan Sairah. Kehadiran album ini adalah satu kepuasan buat Sairah.

"Jadi Sairah harap peminat yang selama ini bertanyakan di mana album Sairah, inilah hasilnya dan Sairah juga berharap peminat dapat menerima kehadiran album ini dan menyukainya," katanya yang muncul dengan single pertama berjudul Hero Wayang.

Biarpun teruja apabila album yang dinantikan itu akhirnya berada di pasaran, namun pada masa yang sama perasaan berdebar tetap wujud di dalam hati.

"Album ini juga ibarat satu pertaruhan kami dalam bidang seni. Jika ia mendapat sambutan hangat, label kami Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd tidak teragak-agak untuk menghasilkan album solo penuh untuk kami berdua," katanya sambil mengakui berdebar menunggu reaksi peminat terhadap album itu.
Album ini memuatkan enam buah lagu termasuk album duet Sairah dan Saida berjudul Tinta Bukan Luka.

Idam album Inggeris, konsert tradisional

TURUT berkongsi kegembiraan malam itu adalah Siti yang mengambil kesempatan untuk meraikan hari bersejarahnya itu dengan mereka yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seninya seperti keluarga, penaja, komposer, penulis lirik, media dan juga peminat. Satu demi satu visual perjalanan seni Siti sepanjang 15 tahun bergelar anak seni dipertontonkan kepada tetamu.

Semua itu mengimbas memori manis buat penyanyi berdagu lekuk ini. Siapa sangka dari seorang anak kampung yang bukan sesiapa, kini nama Siti terus terpahat sebagai penyanyi nombor satu negara. Sepanjang pembabitan Siti dalam bidang ini, apa saja yang tidak dilakukannya. Bukan saja konsert di dalam negara, malah penyanyi ini pernah melakar sejarah apabila menjadi penyanyi Malaysia pertama membuat konsert di Royal Albert Hall, April empat tahun lalu.

Pun begitu, masih ada impian yang diinginkan penyanyi ini yang sehingga kini masih belum menjadi kenyataan.

"Siti menyimpan hasrat untuk merakamkan album Inggeris dan juga mengadakan sebuah konsert tradisional. Itulah impian Siti yang masih belum tertunai,"kata Siti ketika ditemui sejurus selepas acara itu berakhir.

Mengulas desas-desus yang mengatakan dia akan berehat seketika dalam bidang seni mulai pertengahan tahun ini, Siti berkata perkara itu dilakukan kerana mahu menumpukan perhatian dalam bidang bisnes kecantikan yang baru dijalankannya itu.

"Memang Siti akan berehat tetapi ia disebabkan Siti mahu tumpukan perhatian terhadap bisnes SimplySiti yang baru saja dilancarkan itu. Maklum sajalah, projek baru jadi Siti kena memberikan komitmen sepenuhnya terhadap perniagaan ini. Bagaimanapun, bukanlah bermakna Siti meninggalkan terus bidang nyanyian. Jika ada kesempatan, Siti tetap akan muncul dalam mana-mana persembahan," kata Siti yang bakal muncul bersama Krisdayanti untuk persembahan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 27 dan 28 April ini.

Ditanya apakah peluangnya untuk mempertahankan gelaran Persembahan Vokal Terbaik Wanita menerusi AIM ke-17 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 2 Mei depan, Siti seperti biasa menyerahkan perkara itu kepada juri yang bertugas.

"Mempunyai dua album dicalonkan untuk tahun ini termasuk album duet CTKD, itu sudah cukup membanggakan Siti. Bagi Siti kekalahan atau kemenangan, Siti tetap gembira kerana pencalonan album itu ibarat sejarah peribadi buat Siti," katanya yang juga akan membuat persembahan pada malam kemuncak itu.

Liverpool tewaskan West Ham lonjak tempat kelima liga.

2010/04/20

LIVERPOOL: Liverpool bernafas semula untuk memburu kedudukan empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris apabila menundukkan West Ham 3-0, di Anfield awal pagi tadi.

Gol Liverpool diperoleh menerusi jaringan separuh masa pertama penyerang Yossi Benayoun dan David Ngog, manakala gol sendiri pada separuh masa kedua oleh Robert Green. The Reds terus mencatatkan rekod tanpa kalah di Anfield dalam 10 perlawanan, sekali gus sebagai persiapan terbaik mereka menjelang saingan separuh akhir pertama Piala Europa bertemu Atletico Madrid, Khamis ini. - AFP

Sunday, April 18, 2010

Gambar Ainul Aishah tak pakai Bra?


Ainul Aishah tiba-tiba mengemparkan dunia gosip Malaysia kita dengan tampil ke majlis pelancaran Drama Spa Qistina pada 29 march yang lalu dengan gaun satin merah jambu paras lutut.. gaun satin merah jambu paras lutut tu memang tiada masaalah dengan kami, tapi yang membuatkan ianya menjadi perbualan ramai ialah gaun tersebut dilihat seakan-akan Ainul Aishah tidak memakai bra… Beberapa pihak media telah meminta penjelasan daripada Ainul Aisha sendiri mengenai isu bra ni, jom kita baca apa kata Ainul Aishah…

“Gila tak pakai bra masa keluar, Itu baju saya sendiri. Baju itu menampakkan bahu, jadi saya buka tali bra. Disebabkan itulah bra tu semakin jatuh ke bawah. Saya pula asyik tarik bra saya ke atas, tapi saya tak tahulah pula nampak macam saya tak pakai ‘bra’. Lagipun, I don’t have boops!”

“Dalam gambar mungkin nampak macam tak pakai. Baju tu longgar. Tak sangka akan nampak macam tu pula,”

Kira kontroversi Ainul Aishah tak pakai Bra ni hanya salah faham jer la kan… urm.. kami harap Ainul Aishah kenal apa itu Strapless bra, Strapless bra tu ialah bra tanpa tali, Lepas ni kalau rasa-rasa nak seksi-seksi bukak bahu tu pakai la Strapless bra yer.. Apa-apa pun MyGosip harap Ainul Aishah tidak patah semangat dengan kontroversi ni.. Kami suka tengok dia berlakon.. teruskan usaha.

Gambar Ainul Aishah tak pakai Bra

*mygossip

Radhi OAG sudah berhenti ambil dadah


PANAS!!.. Radhi OAG ada membuat pengakuan yang dia sebelum ini pernah menagih atau mengambil pelbagai jenis dadah sejak Radhi berumur 15 tahun lagi.. Dan kini dia dikatakan sudah menyesal dan sudah sampai masanya untuk Radhi berubah.. Menurut Radhi Kegagalan rumah tangga, kehidupan peribadi yang tidak teratur dan karier nya yang semakin goyah membuka mata Radhi untuk berubah.. jom kita baca apa kata Radhi…

“Terus-terang saya katakan, diri saya kini telah bebas dadah sepenuhnya. Sudah dua bulan sembilan hari saya tidak ambil dadah.

“Saya tahu pengakuan ini pasti mengejutkan banyak pihak tapi sebagai artis dan manusia yang bertanggungjawab, saya terpanggil untuk mengakui kesilapan ini dan cuba untuk memperbaikinya.

“Insya-Allah, saya akan jalani kursus pemulihan dengan Agensi Anti Dadah dan PEMADAM selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 April ini.”

Umur Radhi OAG kini sudah hampir 33 tahun dan Radhi mengambil dadah sejak dia berumur 15 tahun lagi, satu tempoh yang agak lama Radhi menagih dadah.. MyGosip harap Radhi mampu menempuh saat-saat sukar untuk berhenti sepenuhnya.. Kami sokong tindakan Radhi untuk berhenti.. Dan kami harap, artis-artis lain yang masih menghisap dadah turut mengikut jejak Radhi untuk berhenti.. Berhenti la ye sebelum kamu tertangkap!..

*Sumber mygossip

Minum arak : Hisham minta jangan kaitkan Umno

Minum arak: Hisham minta jangan kaitkan Umno
Apr 18, 10 4:30pm
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

NONEBeliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

utusan and sinar harian on zaid kaki botol"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.

Beliau sebelum itu menghadiri Program Bersama Rakyat di Taman Sri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim.

Semalam, Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.

hulu selangor 180410 kamalanathan posterHishammuddin berkata, cabaran pembangkang itu jelas menunjukkan mereka semakin terdesak untuk meraih sokongan kepada Zaid untuk pilihan raya 25 April ini selain kegusaran mereka terhadap pendekatan BN yang semakin diterima majoriti penduduk di Hulu Selangor.

"Dunia ini bulat...apa yang dia (pembangkang) sebelum ini guna untuk tuduh kita, sekarang ini dah terbalik terkena pada muka mereka sendiri," katanya.

Hishammuddin berkata, pembangkang juga kelihatan ketandusan idea kerana berterusan menggunakan isu Apco bagi menyerang kerajaan, bukannya menerangkan pendekatan yang akan diambil bagi memajukan kawasan dan membela rakyat.

BNONEeliau berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai dan rakyat telah diberitahu bahawa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tidak ada warga Israel terbabit dalam pembangunan projek Sistem Laporan Polis (PRS) di Bukit Aman seperti didakwa pembangkang.

Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka kertas siasatan serta membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengesyorkannya untuk diteliti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

Hishammuddin juag menganggap isu tersebut hanyalah mainan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat di atas kegagalan mereka membawa perubahan kepada negeri Selangor secara umum dan Hulu Selangor khasnya.

"Itu biasa, apabila mereka ketandusan perjuangan dan isu pokok yang boleh menyentuh jiwa dan sanubari rakyat seperti apa yang kita lakukan, maka mereka tak ada pilihan lain selain membuat tuduhan kepada kerajaan pusat dan menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN," katanya

Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan, sijil warganegara dan daftar lewat kelahiran kepada 15 orang penduduk.

- Bernama