Untuk jadi ahli HPA sila klik sini:
http://www.myfzbiz.com/?x=nasrul_radix
" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "
Pada masa kini pasaran dan permintaan adalah tinggi ke atas makanan segera. Ini boleh dilihat dengan kehadiran jumlah restoran ‘bak cendawan selepas hujan’ diseluruh negara. Didapati pasaran konsep makanan segera di negara ini dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam dan hampir 90% jenamanya berasal daripada luar negara.
Atas kesedaran dan tanggungjawab betapa pentingnya pilihan makanan halal, RFC diwujudkan bagi memberi pilihan makanan halal kepada umat Islam, khasnya umat Islam di Malaysia. Bermula dengan restoran pertama di Sungai Petani, RFC berazam mendirikan 400 buah lagi restoran yang serupa di seluruh negara.
Disamping itu, sejajar dengan slogan kumpulan perniagaan HPA, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”™ kewujudan RFC adalah satu jihad perniagaan dalam menyediakan makanan dan produk halal kepada umat Islam.
Tata cara penyembelihan ayam mengikut syariah Islam, khususnya untuk penyembelihan ayam secara banyak dalam satu masa.
Proses penyembelihan merupakan tahap yang sangat penting dalam kehalalan haiwan sembelihan. Oleh kerana itu tata cara penyembelihan tersebut harus dilakukan dengan benar dan baik. Beberapa tahap yang harus diperhatikan, khususnya dalam penyembelihan ayam secara banyak dalam satu masa adalah:
- Ayam haruslah masih hidup, sihat dan berada dalam keadaan baik sebelum disembelih.
- Ayam yang mati harus segera dipisahkan dan tidak disembelih.
- Membaca kalimat Allah (bismillah) sesaat sebelum menyembelih untuk setiap ekor haiwan yang disembelih.
- Memotong dengan sempurna saluran pernafasan, saluran pencernaan dan pembuluh darah nadi dengan pisau yang tajam. Untuk penyembelihan secara banyak dalam satu masa aspek ini harus diperhatikan dengan seksama, jangan sampai ada yang terlepas atau tidak terputus dengan sempurna.
- Tidak boleh hanya dengan menusuk leher ayam, kerana dikhuatirkan tidak memotong saluran-saluran tersebut dengan sempurna.
- Meletakkan dan membiarkan ayam mati dengan sempurna dan darah keluar dengan tuntas sebelum proses selanjutnya, seperti pencelupan ke dalam air panas, pencabutan bulu dan pembersihan,jangan sampai ayam tersebut dalam keadaan masih hidup.
No comments:
Post a Comment