Pages

Sunday, May 16, 2010

anne ngasri bakal bercerai

Nasriah Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri kini berada diambang penceraian dengan suaminya Abdul Wafi Hassan. Punca penceraian masih lagi menjadi tanda tanya, Anne Ngasri sendiri tidak mahu memberi apa-apa komen selagi mahkamah tidak membuat keputusan mengenai kes penceraian mereka.. Perkahwinan Anne Ngasri dan Wafi yang bertahan selama 4 tahun itu bakal berakhir di mahkamah tidak lama lagi.

Anne Ngasri dan Wafi berkahwin pada 26 Mei 2006 yang lalu dan dikurniakan dua orang anak lelaki.. Anne Ngasri dikatakan berkahwin pada usia yang agak muda semasa dia berumur 22 tahun dan bakal menjadi janda beranak dua diusia 26 tahun… huh!.

Kes pengesahan lafaz cerai Anne Ngasri dan Wafi akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan. MyGosip berharap hubungan perkahwinan mereka berdua dapat diselamatkan lagi.. Jangan la terlalu ikutkan perasaan, ingatlah nasib anak-anak dimasa hadapan..

anne ngasri dan wafi serta anak-anak bakal bercerai

Anne Ngasri dan Wafi bersama dua orang anak lelaki mereka

Doakan yang tebaik untuk mereka.Amin

No comments:

Post a Comment