Pages

Tuesday, May 25, 2010

Konsert Double Trouble Search & Wings Stadium Larkin, Johor Bahru

Harapan untuk ke Konsert Double Trouble pada 1 Mei lalu tak kesampaian sebab pada masa itu Budiey ada urusan famili. Jadi, dalam hati rasa macam sikit terkilan sebab sememangnya band rock otai Search dan Wings ni memang menjadi favorite Budiey sejak dulu. Frust betul tak dapat tengok. Apatah lagi, lagu-lagu dalam album Double Trouble menjadi siulan dan Budiey dibesarkan dengan lagu-lagu dari band ini. Sangat mantap!

Konsert ini diinspirasikan dari album duet Search & Wings berjudul Double Trouble, diterbitkan pada 1992 dengan jualan lebih 180,000 unit jelas membuktikan dua kumpulan ini masih unggul hingga kini. Album ini dilancarkan oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat secara simbolik.

Pada 20 Mei lalu, Budiey dijemput untuk menghadiri sidang media Konsert Double Trouble yang diadakan di The Royale Bintang Damansara pada jam 3 petang. Kali ini, konsert telah berjaya mengumpulkan lebih ramai lagi penaja.

Dihoskan oleh penyampai Radio Sinar FM, Rostam, majlis itu juga turut dihadiri oleh peminat-peminat kedua band Search & Wings. Apa yang menariknya, kesemua ahli kumpulan hadir untuk memeriahkan lagi sidang media. Ketua kumpulan dan juga vokalis kedua kumpulan iaitu Amy Search & Awie Wings turut diberi peluang untuk berucap.

Ucapan daripada Adepnet Sdn Bhd, Encik Eddie Abdul Rahman selaku Pengarah Teknikal Konsert Double Trouble.

Bro. Eddie – Pengarah Teknikal Konsert DT

Apabila Search dan Wings akan bergabung sekali lagi di Stadium Larkin, Johor Bahru, Budiey rasa ini peluang keemasan untuk ke Johor Bahru. Dengarnya, stadium ni lebih luas berbanding Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Jadi, boleh menampung jumlah peminat yang ramai.

Apa-apa pun, satu sejarah yang penuh makna buat dua gergasi rock, Search dan Wings telah tercatat pada tarikh 1 Mei 2010 di mana kehebatan & gegarannya telah menggamit lebih 20,000 peminat! Satu jumlah yang sangat besar sehingga ada yang tak dapat masuk kerana terlalu penuh dan padat sangat. Lebih kurang 3,000 peminat pulang dengan rasa hampa sebab tak dapat meloloskan diri untuk memasuki dewan. Itu tak kira lagi dengan jumlah kereta yang berderetan sepanjang jalan sebab tempat parking dah penuh.

Jadi, untuk menghilangkan rasa hampa peminat yang tak dapat masuk, Adepnet Sdn Bhd menyatukan semula Search & Wings di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 5 Jun 2010.

Rata-rata semuanya teruja hingga sanggup melepasi halangan apa pun demi untuk menyaksikan showmanship rock daripada dua lagenda rock. Kiranya konsert ini secara tak langsung dapat mengulangi kejayaan Search & Wings sewaktu mereka mengadakan konsert yang sama di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 1993 yang juga ditonton dalam jumlah yang sama.

Lagu popular mereka, Gemuruh, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu dan Isabella bakal bergema lagi tapi kali ini di JB. Orang Johor dan mungkin Singapura pasti akan berduyun untuk menyaksikan gegarannya. Masih mengekalkan harga tiket dengan harga RM70, tiket-tiket boleh diperoleh di kaunter tiket yang sah.

Selain akan ke Johor Bahru, Budiey dengar, Search & Wings juga akan terbang ke negeri sebelah utara, Indonesia dan Singapura, itu pun kalau ada bajet dan juga sponsor yang cukup. Paling mengujakan, bukan sekadar Singapura tapi Konsert Double Trouble juga akan merantau jauh nun di negara barat. Kalau ada rezeki, mereka akan dijemput ke New York, Amerika Syarikat. Namun, ini masih lagi dalam peringkat perbincangan. Semoga impian untuk buat konsert di sana menjadi kenyataan.

Wah romantiknya pasangan ni. Joe Wings & isteri.

No comments:

Post a Comment