Pages

Sunday, May 16, 2010

Nabil Raja Lawak Kemalangan Lagi

Difahamkan Nabil Raja Lawak kemalangan jalan raya di Damansara di hadapan stesen minyak Petronas berdekatan Ikea. Nabil ketika itu menunggang motor untuk balik ke Seremban setelah mendapat tahu datuknya meninggal dunia. Bagaimanapun ketika tempat kejadian Nabil dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang ingin memasuki simpang. Apabila gagal mengawal motosikalnya, Nabil terjatuh.

Akibat dari kemalangan tersebut, Nabil mengalami luka di tangan serta kecederaan di rusuk belakang. Kesan hentakan itu juga menyebabkan Nabil mengalami gegaran di otaknya. Bagaimanapun, menurut pengurus Nabil, Latip, dia kini dalam keadaan stabil.

“Masa kemalangan, Nabil jatuh dan kepalannya terhentak di atas jalan. Dia mengalami gegaran di otak akibat hentakan itu dan dia pengsan. Bila dia terjaga, dia lupa ingatan. Kami ada tanya dia apa yang berlaku, tetapi dia langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku sepanjang hari ini.

“Sepatutnya Nabil kena tahan wad. Doktor arahkan dia diberi pengawasan selama 24 jam. Tapi dia tak nak. Dia nak balik rumah. Sekarang ini dia dijaga oleh P.A dia. Alhamdulillah, keadaan Nabil tak teruk sangat sebab dia pakai ‘safety suit’ ketika itu,” ujar Latip ketika dihubungi.

Ini merupakan kali kedua Nabil terlibat dalam kemalangan selepas kejadian di Bukit Jelutong, April tahun lalu.

“Dari jauh saya dah nampak ramai orang berkumpul. Dia tak langgar kereta tu. Dia mengelak. Sebab tu dia terjatuh berguling sampai masuk bawah kereta. Nasib baik pemandu tu sempat brek. Dia terseret juga kat jalan sampai seluar dia koyak. Nasib baik dia pakai ‘safety boots’ dan jaket. Motor dia pun tak teruk, hanya patah ‘clutch’.” - Irma Hasmie

sumber : gua.com.my

No comments:

Post a Comment