Pages

Wednesday, July 14, 2010

Bukit Besar - Kuala Terengganu

bukit besar 380x220 Bukit Besar

Percutian saya selalunya bukan berjoli katak tak ingat dunia..:lol: 2 in 1. Sambil kerja suami bawa kami bercuti. Anak-anak dah besar dan mereka memang terdedah dengan gaya percutian sebegini. Saya memang melatih salah seorang anak² saya untuk mewarisi pekerjaan ini.

pandangan dari belakang bukit besar 289x220 Bukit Besar
pemandangan masjid kristal dari bukit besar Bukit Besar

pemandangan bandar kuala terengganu dari bukit besar Bukit Besar

anak serveyor Bukit Besar

kerja ukur bukit besar Bukit Besar

Cantik view dari atas Bukit Besar, apalagi kami menggunakan Theodolite ( teropong juruukur ) . Boleh nampak sejelasnya seorang ibu sedang memujuk anak kecilnya menangis meraung² di ruang letak kereta Masjid Kristal dan yang paling kelakar memerhati gelagat pengunjung yang teruja bergambar di kawasan masjid. Melihat bot yang meluncur di sebalik latar belakang Masjid Kristal yang berkilau disuluh matahari petang.

Cantik !

Sebenarnya kerja yang perlu disiapkan hanyalah memakan masa 1-2 jam selebihnya untuk aktiviti peribadi.

Laman web Perlancongan Terengganu http://tourism.terengganu.gov.my

* Kredit to http://www.kujie2.com

No comments:

Post a Comment