Pages

Saturday, July 24, 2010

Victoria cabar Beckham di bilik tidur

Selepas skuad England gagal menyerlah di Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini, Victoria Beckham mempunyai cara unik meredakan kekecewaan suaminya di padang.

 Victoria cabar Beckham di bilik tidur

Justeru, Victoria memilih bilik tidur sebagai pengubat kedukaan David Beckham.

Baru-baru ini, sumber berkata, bekas penyanyi kumpulan Spice Girls itu membelanjakan RM14,770 khusus untuk membeli pelbagai jenis pakaian dalam, termasuk digunakan bagi aksi seks ganas.

Antara lain, Victoria membeli penutup mata berharga RM404 dengan tulisan berjahit Love Is Blind.

Ibu kepada tiga anak itu meluangkan masa berbelanja sakan di kedai Barneys di Beverly Hills, New York.

Kata sumber, Victoria memberitahu pembantu kedai itu, dia mahu memberi kejutan kepada Beckham dengan menampilkan tiga ‘penampilan baru’ di bilik tidur mereka.

Pilihan Victoria adalah pakaian di bawah label Kiki de Montparnasse, iaitu syarikat yang mahir dalam penghasilan produk pakaian dalam dan alat seks.

Dia juga memilih membeli skirt sutera Erotica selain tali pengikat sarung kaki.
Dengan modal itu, Victoria boleh tampil di depan suaminya sebagai pelaku S&M (sadomasochisme), bidadari romantik atau ‘barang mainan’ yang boleh diperlakukan apa saja.

Tidak cukup dengan itu, Victoria, 36, membelanjakan hampir RM2,462 untuk membeli coli dan seluar dalam di bawah jenama The Lake and Stars, serta RM3,499 lagi untuk barangan sama, tapi dikeluarkan syarikat Deborah Marquit.

Berita mengenai perbelanjaan mewah untuk pakaian dalam itu disiarkan tidak lama selepas ejennya membuat penafian bahawa hubungan Victoria dan Beckham bakal berakhir selepas 11 tahun mereka berkahwin.

Dalam temu bual dengan majalah Vogue edisi Russia, Victoria menempelak pihak yang menjangkakan rumah tangganya akan runtuh.

“Malangnya, anda semakin biasa dengan khabar angin dan sepatutnya anda tidak mengambil berat mengenainya.

“Masalahnya, jika anda ada anak, anda pasti tidak mahu mereka terdengar cerita yang menyedihkan.

“Itu sebabnya saya berang,” katanya.

Mengenai hubungannya dengan Beckham, Victoria berkata, percintaan mereka terus kukuh dari sehari ke sehari.

“Kami adalah kawan karib dan tidak mendesak satu sama lain,” katanya.

Sumber lain berkata, Victoria kelihatan amat seronok membeli-belah pakaian dalam itu dan ia membayangkan betapa bertuahnya Beckham.

Walaupun begitu, Victoria dilaporkan menolak kemungkinan dia kini cuba hamil untuk mendapatkan anak keempat.

“Kami mungkin mahukan anak lagi, tapi bukan sekarang,” katanya.

Hasil perkahwinan dengan Beckham, Victoria melahirkan tiga anak lelaki, iaitu Brooklyn, 11, Romeo, 7, dan Cruz, 5.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Beckham memang mengharapkan mereka dikurniakan anak perempuan.

Kata Victoria, setakat ini kehadiran tiga anaknya memadai.

Namun, pada Jun tahun lalu, dia mengakui mengadakan hubungan seks dengan Beckham ‘setiap malam’ sebagai membuktikan kesungguhannya mencapai impian mendapat anak perempuan.

Beberapa bulan lalu juga, Beckham, 35, mengaku dia amat mengharapkan ada orang baru lahir dalam keluarga mereka.

“Saya mahukan anak perempuan, dan jika dapat, ia tentu hebat,” katanya.

Sementara itu, media Britain melaporkan, penyanyi yang kini menjadi pereka fesyen itu mempunyai cara tersendiri mendisiplinkan anak-anaknya.

Walaupun tidak menggunakan hukuman fizikal, Victoria berkata, ada beberapa aspek yang sangat dipentingkannya.

Antaranya, kata Victoria, adalah memastikan anaknya menyiapkan kerja rumah serta masuk tidur pada waktu ditetapkan.

“Cruz masuk tidur pada jam 7 malam, Romeo 7.30 malam dan Brooklyn 9.30 malam.
“Saya yakin kanak-kanak perlukan rutin asas,” katanya.

Jika mereka melakukan kesalahan, Victoria memilih ‘kerusi hukuman’.

Katanya, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan, dia mengarahkan anaknya duduk di kerusi yang dikhaskan dan berfikir mengenai kelakuan masing-masing.

“Secara umum, saya rasa mereka anak yang cerdas dan berperangai baik,” katanya.

-hmetro

No comments:

Post a Comment