Pages

Saturday, August 7, 2010

Aurel Sertai Group Say No To Kris Dayanti

7222010 antifbkd%28a%29 Aurel Sertai Group Say No To Kris Dayanti

27 JULAI 2010: Aksi ciuman mesra Kris Dayanti dengan kekasihnya, Raul Lemos nampaknya benar-benar mendatangkan musibah buat penyanyi diva Indonesia tersebut.

Apa tidaknya, Murai Batu tengok, ia bukannya mendapat kritikan pedas di kalangan masyarakat saja tetapi juga di kalangan pelayar-pelayar di lama jejaring sosial seperti facebook.

Hinggakan wujud group facebook yang digelar Say No To Kris Dayanti. Malah, apa yang memgejutkan Murai Batu, group facebook tersebut turut disertai anak sulung Kris Dayanti sendiri iaitu Aurel.

Khabarnya Kris Dayanti atau KD mengetahui tentang kewujudan facebook tersebut itu pun daripada anaknya sendiri. Aurel yang mengirimkan link facebook tersebut kepada KD.

Disebabkan tidak setuju dengan tindakan ibunya yang dianggap cukup keterlaluan, Aurel khabarnya telah bertindak untuk menyertai group facebook tersebut.

Tindakan Aurel itu telah pun diketahui KD. Dia tak marah langsung dengan apa yang dilalukan oleh anaknya itu. Malah, dia nampaknya bersifat cukup terbuka bila Aurel berbuat demikian.

Bagi KD, anaknya berhak untuk lakukan apa saja. Dan sebagai ibu, dia sudah pun menghubungi Aurel untuk menjelaskan apa yang berlaku (berkaitan dengan aksi ciumannya dengan Raul). Malah dia juga turut meminta maaf terhadap anaknya itu.

/// murai.com.my ///

No comments:

Post a Comment