Pages

Saturday, August 21, 2010

Hukuman Editor Muzik Peterpan Lebih Berat

EDITOR muzik Peterpan, Alias Redjoy atau lebih dikenali sebagai RJ akan menerima hukuman lebih berat kerana mencuri dan mengedar video lucah yang membabitkan penyanyi kumpulan itu, Ariel.

“Hukuman RJ akan berbeza dengan Ariel. Dia mengedarkan video lucah itu, maka lebih berat hukumannya,” kata jurucakap polis, Marwoto Soeto kepadadetikhot.com, Selasa.

Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tidak didakwa di bawah Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik Indonesia kerana ketiga-tiganya tidak menyebarkan video itu.

Sementara RJ didakwa sebagai penyebar video lucah tersebut yang membuat masyarakat menonton video berkenaan.

RJ difahamkan telah memiliki video tersebut sejak tahun 2007 tetapi tidak pernah menyebarkannya.

Bagaimanapun, kenalan RJ iaitu Anggit dipercayai telah mencuri dan menyebarkan video tersebut.

“Sama ada terdapat unsur sengaja atau tidak itu nanti akan diperiksa kembali,” jelas Marwoto.

MSTAR

No comments:

Post a Comment