Pages

Saturday, August 28, 2010

KITAB MAT KILAU

Ini la muka depan Kitab Mat Kilau

Muhammad Idris bin Haji Ibrahim, pengurus besar Utusan Melayu Malaysia Berhad sedang memangku Pahlawan Mat Kilau sewaktu beliau mengunjungi di rumahnya semasa beliau sedang sakit. Dalam kunjungan ini Mat Kilau telah memberi keizinan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad untuk mencatat kitabnya yang ada di dalam simpanan Wan Alim bin Wan Hasan di Bukit Selembu, Sungai Petani Kedah.

Pahlawan Mat Kilau kelihatan terbaring di katilnya waktu ia sedang sakit tenat di rumah cucunya Kampung Kambing, batu 5, Kuantan.

Gambar Pahlawan Mat Kilau bersama-sama rakan seperjuangan Mat Kelantan suatu di temukan oleh jawatankuasa di rumah cucunya batu 5, kuantan

Di sinilah tempat pahlawan Mat Kilau tinggal semenjak berita tersiar di laman akhbar-akhbar tempatan yang menyatakan bahawa Mat Siam itu ialah Mat Kilau.

******************************************
Mengapa kita terbitkan Kitab Mat Kilau ini setelah kita teliti dan halusi maka kita dapati ada beberapa sebab yang buku ini patut diterbitkan antara sebab-sebab, kita ingin menyatakan kepada masyarakat orang-orang Melayu hari ini, bahawa seratus dua puluh tahun dahulu orang-orang Melayu sudah maju dalam lapangan perusahaan. Ini dapat di buktikan dengan jilidan kitab asal kitab Mat Kilau yang cantik dan kemas itu, kalau keluarkan penjilidan kitab tersebut meneruskan perusahaannya, hari ini kita tentu dapat melihat penjilid bumiputra yang setanding dengan penjilid-penjilidan antarabngsa.

Sebab lain ialah kerana ingin mengenalkan ilmu-ilmu kepahlawanan orang-orang Melayu dahulu kala disamping hendak menunjukkan akan rupa bentuk perbendaharaan sastera lama, yang mana setengah dari simpulan kata-katanya lebih tepat dan padat ertinya bagi pengetahuan generasi kita yang muda ini. Apa yang kita harapkan dengan terbitnya buku ini nanti dapatlah kita jadikan bahan ukuran, kajian, dan selidikan terutama dalam hal-hal kemasyarakatan, ekonomi, dan agama oleh mereka-mereka yang ingin mencari kemajuan yang lebih pesat sesuai dengan zaman angkasa lepas hari ini
"Biar maju dengan penuh ilmu di dada, jangan maju dengan meninggalkan sesuatu yang telah ada"

Buku ini dapat diterbitkan atas kerjasama dari
Datuk Hasan Nordin pengarah urusan Utusan Melayu Muhamad Idris bin Haji Ibrahim pengurus besar Utusan Melayu, Ustaz Wan Alam bin Wan Hasan yang menyimpan naskhah asal Kitab Mat Kilau, Tuan Haji Muhammad Soleh Hasan Farid Imam besar masjid negara, Abdullah Idris. Kepada mereka yang berkenaan di ucapkan berbanyak-banyak terima kasih

-Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu-


******************************************

Salasilah Kitab Mat Kilau

Kitab disusun dan dipunyai oleh
Mat Kilau pada masa Mat Kilau dalam buruan penjajahan inggeris kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman Kelantan kerana Mat Kilauketika itu sentiasa pindah dari satu tempat ke satu tempat untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah inggeris sehinggalah putus hubungan mereka.

Akhirnya kitab tersebut diserahkan kepada
Sultan Ismail bin Sultan Muhamad oleh Mat Samankemudian diserahkan pula kepada Yang Teramat Mulia Tengku Bongsu Kelantan yang kemudiannya diserahkan pula kepada Datuk Haji Nik Muhamad yang pada masa itu menjadiDatuk Perdana Menteri Kelantan. selain dari menjadi Perdana Menteri Kelantan, Haji Nik Muhamad ialah pengarang Kitab Peti Rahsia sebuah kitab mengenai ilmu-ilmu kebal yang diterbitkan di negeri Kelantan.
[matkilau2.jpg]

Dari
Haji Nik Muhamad inilah kitab ini diserahkan kepada Ustaz Wan Alam bin Wan Hasansatu-satunya murid kepada Datuk Nik Muhamad yang telah menamatkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam ketiga-ketiga buah kitab kepunyaan Mat Kilau dan yang mengamalkannya sehingga sekarang yang kemudiannya telah diamanahkan kepadanya supaya menyimpan kitab-kitab tersebut kitab ini telah ditulis oleh Datuk Haji Nik Muhamadyang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan yang sultanya ialah Sultan Ismail. Beliau jugalah yang telah menangkap pahlawan Tuk Janggut Pasir Putih Kelantanwaktu ia menentang kerajaan Kelantan kerana tidak mahu membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan beliau telah juga mengharamkan polis bangsa Singh berkhidmat di negeri Kelantan

No comments:

Post a Comment