Pages

Saturday, August 21, 2010

Nia Ramadhani nak cepat timang anak


Nia Ramadhani

APABILA wanita ini berdiri dengan nama Prianti Nur Ramadhani, belum benar-benar ada yang mengenalinya. Tetapi apabila disebut nama si Bawang Merah, lakonannya dalam drama fenomena Bawang Putih Bawang Merah, pasti terus muncul sosok Nia Ramadhani, 20.

Dia kemudian melakar nama sebagai pelakon pelapis melalui drama seperti Bembi, Candy, Hey Cantik dan Cinta Soleha.

Namun kini, Nia bukan lagi remaja yang melakonkan watak pelajar sekolah semata-mata.

Dia sudah bergelar isteri kepada Adrie Bakrie pada usia 19 tahun ketika populariti wanita cantik ini melambung.

Nia selesa menjadi suri kepada Adrie pada tanggal 1 April 2010 dan memilih Grand Ballroom, Hotel Mulia, Jakarta sebagai lokasi momen bersejarah yang mengikat cinta mereka.

Adrie bukan calang-calang lelaki. Dia ialah orang kuat stesen TVOne yang juga putera kepada usahawan terkenal Indonesia, Aburizal Bakrie.

Walaupun memilih anak jutawan dalam kehidupan sebenar, Nia bertukar menjadi seorang gadis yang kasar dan membenci lelaki kaya dalam Cinta Kirana.

Pelakon tersebut membawa watak Kirana dalam drama yang kini disiarkan di saluran Astro Ria (104) pada setiap hari Selasa hingga Jumaat pukul 6.30 petang.

Melalui drama tersebut, Nia berjaya menjiwai kesedihan dan keperitan hidup seorang gadis yang miskin dan perlu menjaga neneknya.

Dia juga perlu berhadapan dengan lelaki yang dibenci tetapi perlu dikahwini demi tanggungjawab sebagai cucu.

Sekarang dalam meniti kehidupan sebagai selebriti, Nia turut tidak ketinggalan mengecapi bulan-bulan awal bergelar isteri.

Khabarnya, Nia dan suami tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

“Ya, mahu secepatnya, tapi belum dikurniakan dan masih menunggu. Insya-Allah, doakan sahaja” ujar Adrie mewakili isterinya.

Menurut si suami, mereka bukan sengaja menunda untuk memperoleh anak tetapi belum masanya mereka diberikan rezeki itu oleh Yang Maha Kuasa.

Sosok badan Nia yang sedikit berisi setelah berkahwin menimbulkan tanda tanya khalayak kalau-kalau dia sudah hamil. Namun, pelakon filem Suster Ngesot tersebut menafikannya.

“Memang saya gemuk sekarang, naik sehingga 14 kilogram,” Nia bercanda menjawab pertanyaan khalayak tentang bentuk fizikalnya.

No comments:

Post a Comment