Pages

Saturday, October 16, 2010

ABP 2009 Top 5 Finalist: What are the girls wearing?

The girls just wanna have fun!These girls are the Top 5 finalist for Anugerah Bintang Popular 2009.

Keputusan finalis yang berjaya telah diumumkan di Palace Of Golden Horses dan nampaknya ada juga muka-muka baru yang telah memasuki senarai akhir.

Artis-artis ini akan bergaya bergemerlipan dalam persalinan pereka-pereka tempatan pada malam akhir Anugerah Bintang Popular 2009 yang akan diadakan di Genting Highlands pada bulan April nanti. Tetapi mari kita lihat apakah yang mereka gayakan pada hari pengumuman pencalonan ini.

dsc06106

dsc061041

Dira Anu Zahar is in bohemian mood. Dress yang dipakai oleh Dira ini juga mengingatkan saya kepada Nicole Ritchie pada suatu ketika dulu yang memang suka menggayakan dress daripada jenis ini. Dira ada cakap dia tidak pandai bergaya sangat, tapi pada pendapat saya; not bad Dira. Beg Charles & Keith yang dijinjing oleh Dira pada hari ini mungkin kurang sesuai untuk penampilan Dira pada hari ini. Lebih sesuai untuk menggayakan beg hobo untuk pakaian seperti ini. Tetapi as I said earlier; NOT BAD, NOT BAD AT ALL! have fun Dira!…

dsc06129

dsc06130

Adakah Lady Gaga mendapat pencalonan untuk Anugerah Bintang Popular pada tahun ini? Oh.. Ingatkan Lady Gaga tapi yang memakai baju Ed Hardy tapi sebenarnya hot mom, Didie Alias. Baju pelbagai warna yang memang sangat meriah seakan-akan ingin berlawan dengan rambutnya perang terlampau!Very Harujuku Girl! Baju ni boleh dipinjam oleh anak Didie lepas ni sebab badan Didie ni memang slim, macam muda remaja.Pandainya dia jaga badan!

dsc06131

Mungkin Didie Alias bershopping bersama dengan Enot sebab gaya seakan-akan sama je, label pun sama iaitu Ed Hardy. Seperti kata saya, girl just wanna have fun!

dsc06116

n!

dsc06117

dsc06115

Nampak sangat segar dan muda remaja Nana pada hari pencalonan. Terima kasih kepada rambutnya yang sangat edgy dan memang sesuai dengan bentuk muka. Gayanya amat simple tapi sangat elegan, terutamanya oversized earing yang menjadi tumpuan gaya Nana pada hari ini.

BEST DRESS

dsc06132

dsc06133

dsc06135

dsc06134SECOND RUNNER UP: LIYANA JASMAY

Never failed to impress. Liyana Jasmay always ready with her own classy style. I strongly believe that she is one of the few young celebrities that should start her own clothing line. Saya memang berkenan sangat dengan gaya Liyana pada hari ini. Classic chic!

dsc06136

dsc06137

dsc06056

dsc06138

1st RUNNER UP: YUNA

Sebelum ini saya ada baca yang Yuna ni sombong tetapi bila saya jumpa dia pada hari pencalonan, tersangatlah peramah Yuna ni. Memang baik sangat! Tapi bukan sebab personaliti dia yang menyebabkan saya memilihnya antara yang berpakaian terbaik pada hari itu, tetapi gayanya yang sangat effortless.Bila dia bergaya seperti ni, teringat-ingat macam dressing Kate Moss; tapi ini versi tudung! Masih menutup aurat dan jaket kulit yang dipakai oleh Yuna memang nampak sangat classy.

Pakaian kegemaran Yuna ialah daripada jenama seperti TopShop dan antara gaya yang paling beliau suka ialah street look. Yuna kata dia memang suka pakai skinny tetapi dia tidak akan memakai legging kerana penampilan bertudungnya.

FYI, Yuna is naturally beautiful!

dsc06107

dsc06108

BEST DRESS: FASHA SANDHA

Jika ada group dalam Facebook “I HATE FASHA SANDHA” , saya nak cakap “I LOVE FASHA SANDHA”! sebab pakaian dia memang paling classy pada hari pencalonan ini. High waisted pants,double headband dan beg Chanel. Penampilan yang sopan dan memang chic!

Fasha memang nampak semakin kurus dan semakin cantik. Nak tahu apa rahsia Fasha kurus?Menurut beliau ialah DIET! So girls, they are no short cut, even Fasha on diet!

Mesti ramai yang benci Fasha, tetapi ramai juga yang suka kepad dia. Saya memang tidak akan benci pada orang jika orang tu tidak membuat apa-apa kepada kita, dan sebab itulah saya “ignore” invite untuk menyertai group “I hate Fasha Sandha” dalam Facebook. Pada pendapat saya, benci manusia biarlah berpada-pada! If you hate someone so much, you are actually giving all your positive energy to the person you hate!

No comments:

Post a Comment