Pages

Sunday, November 14, 2010

AC Mizal Jawab Dakwaan, Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah

ac mizal jawap dakwaan

Harian Metro hari ini memaparkan AC Mizal menjawap segala dakwaan dan persoalan tentang perniagaan gelangnya. Kata AC, kerana diugut disembelih, AC terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan dirinya. Kini AC hidup di dalam ketakutan kerana ugutan metafora yang dilakukan menerusi blog Aidid Muaddib.

Penulis yang buat kenyataan itu boleh menganggapnya perkara kecil tetapi tidak bagi sesiapa saja yang ditujukan ayat seperti itu. Terus terang saya katakan, saya, keluarga dan kakitangan AC Konsortium hidup dalam ketakutan. Saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengupah pengawal peribadi. Sudah pasti apabila saya mengupah pengawal peribadi, ada nanti yang mengatakan saya berlagak dan mahu tunjuk hebat, tetapi tiada langsung niat seperti itu kerana saya hanya mahu menjaga keselamatan diri, keluarga dan kakitangan seramai 33 orang.

Kata AC lagi, pada mulanya perniagaan gelang kesihatannya agak terjejas akibat dakwaan-dakwaan yang dikeluarkan. Tapi katanya kini perniagaannya kembali pulih kerana ramai yang menyokong dan memahami situasi sebenar. Dan AC juga telah mengambil kesempatan di sidang media tersebut untuk menjawap beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Sila baca entri ini sepenuhnya untuk jawapan-jawapan dari AC.

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.

AC dah bagi jawapan dan anda juga sudah membaca fakta-fakta yang dikeluarkan di beberapa blog tentang perniagaan AC Mizal ini. Rasanya anda semua dah cukup dewasa untuk membuat pertimbangan sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal ~~

No comments:

Post a Comment