Hahh, apa sudah jadi dengan Cinta Laura? Selepas ucapan pidato Presiden Amerika Syarikat di Universiti Indonesia disiarkan, dunia Twitter kecoh membicarakan tentang cara percakapan Presiden Barack Obama dalam Bahasa Indonesia lebih fasih daripada pelakon muda yang sedang meningkat naik dan pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di SCTV pada tahun 2007 iaitu Cinta Laura.
Pada majlis pidato tersebut seluruh Indonesia dikejutkan dengan ucapan dalam bahasa Indonesia dari pada Obama dan mereka menggangap ia adalah lebih elok daripada cara percakapan Cinta Laura dalam bahasa Indonesia yang terlalu mengikut lenggok Inggeris.
Ramai pengguna akaun Twitter yang mengutuk cara percakapan bahasa Indonesia gadis kelahiran Jerman ini lebih teruk dari Presiden Obama yangt telah lama menetap di Amerika Syarikat dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama sedangkan Cinta Laura telah menetap lama di Indonesia dan juga telah memenangi anugerah masih lagi tidak dapat bertutur dalam bahasa Indonesia dengan betul.
Kebanyakan pengguna Twitter di Indonesia menganggap pelakon berusia 17 tahun ini bertutur dalam bahasa Indonesia dengan nada yang gedik, menjengkelkan kerana terlalu ke'Inggeris'an. Antara komen-komen yang terdapat dalam laman Twitter ialah menyuruh Cinta Laura belajar Bahasa Indonesia dengan Presiden Obama dan Cinta Laura sepatutnya malu dengan Presiden Obama.
Mungkinkah selepas ini Cinta Laura perlu menghadiri kelas Bahasa Indonesia bagi melancarkan percakapannya?
Mungkinkah selepas ini Cinta Laura perlu menghadiri kelas Bahasa Indonesia bagi melancarkan percakapannya?
'Sathe,bakhso,nasyi goureng,krupukh,bechek'. Inilah antara kutukan mesra Cinta Laura di laman Twitter |
No comments:
Post a Comment