Pages

Friday, November 26, 2010

Search dan Wings dapat sokongan

KESUKARAN mendapat tajaan untuk persembahan besar dilalui dua kumpulan legenda rock, Search dan Wings terjawab apabila dua konsert penutup tirai mereka menerima sokongan padu penajaan syarikat telekomunikasi.

Peminat akan dipersembahkan DiGi Live! Konsert Gemuruh DT Search dan Wings di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember diikuti persembahan julung kali diiringi orkestra di Surf Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada 25 Disember.


Kerjasama penganjur eksklusif, RYE Productions Sdn Bhd bersama rakan penaja, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dan Harian Metro sebagai akhbar rasmi memberi dimensi baru dalam mengiktiraf status dua kumpulan legenda rock yang mempunyai pengikut ramai di Malaysia. Reputasi jenama Double Trouble (DT) sinonim mencipta sejarah tersendiri berikutan kejayaan jualan platinum berkembar DT sebanyak 180,000 unit pada 1992. Justeru, Search dan Wings mendapat inspirasi menampilkan dua konsert menerusi inspirasi lagu Gemuruh yang juga lagu tema DT. Kata Awie, kerjasama diberikan syarikat telekomunikasi, DiGi membuktikan kesabaran dan kerja keras Search dan Wings mendapat perhatian syarikat ternama. "Penajaan membuktikan Search dan Wings memenuhi jangkaan dan harapan tinggi disandarkan terutamanya dari sudut nyanyian dan persembahan. "Apa yang kami mungkin tidak dapat berikan pada terbaik jika berlaku perkara tidak elok seperti demam atau vokal menghadapi masalah.

"Saya harap selepas dua konsert DT terakhir ini, lebih banyak syarikat membuka mata merancakkan semula industri muzik tempatan. "Pada masa sama, saya harap konsert merintis jalan buat peminat mengembalikan era mereka boleh mendapatkan koleksi kumpulan diminati seperti masa lalu," katanya di sidang akhbar bersama di The Saddle Coffee House Terrace, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Damansara, kelmarin.


Pada mas

a sama, Awie diraikan dalam majlis ringkas sambutan hari jadinya ke-42 bersama anggota Search dan Wings.


Kepada soalan penciptaan lagu baru, kebangkitan artis solo dan kumpulan Indie yang menggugat populariti reputasi mereka dan 'opening act' untuk DT, Awie berkata: "Kami mahu mencipta lagu baru, tetapi ramai yang tidak mahu kerana mengatakan lagu lama masih sedap didengar dan tidak basi.

"Buat masa ini, saya akui jualan CD tidak serancak dulu berikutan banyak lagu baru boleh dimuat turun di rumah atau pejabat tanpa perlu datang kedai atau menonton konsert. Pertumbuhan artis Indie memberi pilihan lebih banyak kepada promoter

mendapatkan artis disukai atau sesuai dengan bajet. "Bagi saya, DT tidak memerlukan 'opening act' kerana status DT sendiri. "Apapun, kami mungkin meletakkan 'tag' penampilan istimewa seperti bersama Ella pada Red On Black atau mungkin band rock dari Singapura," katanya.


Amy menjangkakan seramai 30,000 penonton bakal hadir menyaksikan Konsert Gemuruh DT Search Wings di dua venue ditetapkan penganjur.

"Sudah tentu berada di venue Surf Beach mampu menarik ramai peminat memandangkan tempat berkenaan kerap menjadi tapak persembahan artis luar negara. "Saya tidak bimbang kerana kawasan menepati apa kami mahukan sebagai acara penutup. Sokonga

n ditonjolkan satu peningkatan penjenamaan dan harap mendapat sokongan berterusan daripada pelbagai pihak terutamanya peminat dan penaja," katanya.


Selain Amy sebagai vokal, Search menampilkan gitaris adik-beradik, Din dan Kid, Nasir (bass) dan Yazit (dram). Wings dianggotai oleh Awie selaku vokal, Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram).


Dua konsert terakhir pada Red On Black di Kuantan dan DT di Larkin, Johor Bahru mendapat sokongan padu peminat termasuk kehadiran rakan lama band rock utama Singapura, Rusty Blade.


Ketua Pemasaran Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, konsert menjadi platform bagi Digi untuk menyokong industri muzik tempatan, sekali gus membantu artis serta karyawan terus berjuang dengan cara kreatif dan inovatif dalam persada seni tempatan.


"DiGi Live cuba memberi pengalaman muzik menyeluruh kepada pelanggan melalui aktiviti yang relevan dengan gaya hidup mereka," katanya.


Harga tiket konsert di dua venue berkenaan dijual pada harga RM70. Pelanggan DiGi juga berpeluang mendapat tiket percuma dan diskaun sebanyak 30 peratus melalui kempen khas DiGi bermula 25 November hingga 18 Disember. Untuk pertanyaan lanjut, boleh melayari www.digi.com.my/gemuruhDT.


Untuk tempahan tiket online, layari 1Malaysiaticket.com. Tiket juga boleh didapati melalui Dunia Search di talian 012-3542003 atau Sayap-Sayap Wings (Shah Alam) di talian 012-3862467/012-2928091/019-3681917

No comments:

Post a Comment