Pages

Sunday, November 14, 2010

Yana : "Tolong Nilai Saya Selepas Ini"!!!


Keputusan untuk beralih arah dari bidang nyanyian dan pengarahan kepada kepada bidang lakonan telah membuah hasil. Segalanya menjadi bagaikan langkah kanan untuk Norliana Samsudin apabila namanya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk filem "Adnan Sempit" di Festival Filem Malaysia 23 (FFM 23) pada hujung minggu lepas.

Norliana Samsudin yang mesra di sapa Yana bersa terkejut dan berasa bersyukur dengan kejayaan ini. Dia merasakan kemenangan ini adalah berkat doa dari ibu bapa dan peminatnya. Di sebalik perasaan gembira ada tersemat satu perasaan bimbang terhadap harapan dan jangkaan orang terhadapnya selepas ini.

"Bimbang itu sentiasa ada dalam hati. Orang akan sentiasa memerhati kita dan saya masih ada lagi produk yang belum keluar dan produk tu bukan masa sekarang yang dah diiktiraf. saya tak boleh halang kalau orang nak menilai saya tapi kalau boleh saya mintak tolong menilai saya selepas ini.



"Dari segi kerja memang saya akan berikan yang terbaik, cuma takut bila orang suruh saya serius ketika bekerja. Masalahnya saya tidak boleh bekerja dalam keadaan yang serius dan tertekan. Sebelum ini saya ada juga melihat lakonan saya dan bila lihat balik saya terpikir (apalah yang aku buat sebenarnya ni). Jadi saya berharap janganlah ada prespektif yang tinggi terhadap saya, saya hanya menang anugerah cipta saja." Katanya diakhir perbualan.

Gadis yang berasal dari Yong Peng Johor ini, telah melibatkan diri dalam dunia lakonan selama setahun 10 bulan. Memandangkan tempoh penglibatnya agak baru lagi, Yana yang akan muncul dengan filem terbaru "Aku Masih Dara" di bawah MIG Production.

*Kredit to http://mytupai.blogspot.com

No comments:

Post a Comment