Pages

Thursday, January 6, 2011

Tips Jaga Bateri Laptop Supaya Tahan Lama

kadang-kadang anda mungkin tensen dengan bateri laptop anda yang telah lama dan ada juga yang baru dibeli tapi dah ‘kong’ tahan pun dalam setengah jam je walaupun full charge. betul tak?

yang lebih sakit hati perkara ni berlaku kat Laptop baru korang. :)

jadi sini aku sediakan sikit tips untuk korang rujuk untuk jaga bateri laptop anda supaya lambat ‘kong’

sebelum tu aku bagi briefing sikit tentang bateri laptop ni:

bateri laoptop adalah bateri jenis li-ion yang merupakan satu bahan kimia yang dapat menyimpan elektrik yang paling baik dan tahan lama.ianya juga sering digunakan dalam talifon, kemera dan lain-lain

namun begitu bateri jenis ini adalah jenis yang paling merbahaya, ini kerana bateri ini menggunakan bahan kimia yang mudah terbakar. aku akan terangkan bahaya bateri ini dalam post yang lain ok! :)

sekarang aku nak bagi tips untuk jaga bateri laptop untuk tahan lama.:

  1. Cabut Bateri ketika menggunakan plug: —
    • jika anda nak gunakan komputer di tempat yang mempunyai plug anda dinasihatkan supaya menanggalkan bateri laptop anda supaya bateri laptop anda tidak di caj berkali-kali.
  2. Close Program yang tidak digunakan:–
    • kadang kala anda membuka program yang anda tidak guna dan biarkannya walhal anda tak perlukan program tu untuk run masa tu..(kira menyebuk jela) so anda dinasihatkan close program tersebut, begitu jugak screen saver..bagi aku kira nerd la sape yang guna screen saver kat laptop dan untuk program yang hanya run pada RAM anda perlu tekan CTRL+ALT+DELETE dan pilih tab process dan end process bagi program yang anda tidak mahu… ini adalah kerana untuk mengelakkan processor dan RAM komputer anda menggunakan elektrik yang banyak semasa anda pasang komputer menggunakan bateri.
  3. Pastikan Komputer berkeadaan sejuk:–
    • semasa menggunakan bateri, laptop perlu berkeadaan sejuk dengan menyediakan notebook fan pad, ini kerana mengikut kajian, punca utama bateri laptop ’kong’ adalah disebabkan haba daripada laptop itu sendiri.
  4. Cabut gadjet pada USB port yang tidak digunakan:–
    • usb gadjet seperti mouse, extention keyboard, atau mende lain boleh menyebabkan processor laptop berkerja lebih dan menyebabkan elektrik yang digunakan adalah banyak.
  5. Jaga kelajuan komputer anda:–
    • jaga kelajuan komputer anda seperti selalukan buat Defragment untuk menyusun file komputer anda supaya processor tidak perlu bekerja keras untuk mencari file anda yang berterabur.
  6. Simpan Bateri di tempat sejuk:–
    • apabila anda tidak mahu menggunakan bateri dalam masa yang lama anda dinasihatkan menyimpannya dalam keadaan sejuk. pakar ada menyatakan lebih baik jika memasukkan bateri ini dalam plastik kalis air dan meletakkannya dalam peti ais.. tapi aku cadangakan kita tak payah la mengada-ngada nak bubuh bateri tu ngan ayam, ikan korang.. kang bau ikan plak laptop korang tu. just untuuk pengetahuan je.
  7. Simpan bateri pada 40% caj:–
    • jika anda nak caj bateri, seeloknya anda simpan 40% kuasa dari bateri tersebut.

No comments:

Post a Comment