Pages

Sunday, February 6, 2011

Watie Elite Tertekan, Hampir Kena Strok


Sisipan akhbar Utusan semalam melaporkan sesuatu yang kurang enak untuk didengar. Aktres & bekas penyanyi kumpulan Elite, Watie dikatakan tertekan dengan laporan berkenaan seorang gadis bernama Angelina yang mengaku sebagai anak kandungnya, beberapa minggu lepas.

Ketika itu, Watie enggan ditemui untuk memberikan kenyataan kepada pihak media atas alasan sakit. Ya, memang alasan Watie berasas apabila doktor melaporkan dia hampir diserang strok. Kata sumber, mata kiri Watie hampir herot dan separuh badannya kebas-kebas ekoran tertekan dengan pelbagai perkara yang melanda dia.

Kata sumber lagi, Watie sedang menjalani perubatan tradisional cina, Akupuntur untuk menghilangkan pening kepala & mengurangkan kebas.

Apa pun, kami harap Watie sihat seperti sedia kala & dapat menjalani kehidupan normal semula.

No comments:

Post a Comment