Pages

Wednesday, March 30, 2011

3 SUARA mampu tandingi 3 DIVA



Wah! Lama juga ya Chen-Chen tak menulis untuk TUPAI. Sibuk sikit. Hehe. Ketika Chen -Chen menerima khabar berita tentang pembikinan album "3 Suara" daripada penyanyi Shila Amzah sendiri, perkara pertama yang terlintas di fikiran Chen-Chen adalah adakah ia seperti projek "3 Diva" daripada artis negara jiran kita, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ?

Namun setelah mendengar album "3 Suara" sebaik sahaja ia di-release, ternyata album ini mempunyai kekuatan, keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Apa yang menariknya tentang album yang berkonsepkan muzik era 80-an dan 90-an ini ialah ia diterajui oleh tiga penyanyi yang mempunyai vokal berbeza serta daripada generasi berlainan. Ternyata kombinasi muzik dan keunikan serta kemantapan vokal Ning Baizura, Jaclyn Victor dan juga Shila sendiri berjaya mencipta kekuatan album ini tersendiri.

Album ini memuatkan sepuluh buah lagu antaranya "Di Mana Di Mana", "Tomorrow's Calling", "Menari Dalam Hujan" serta "Beribu Sesalan" yang turut dimuatkan dalam versi akustik. Malah terdapat sebuah lagutribute kepada pengarah wanita tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad berjudul "Mengenang Mu" yang pasti mampu menggamit perasaan sesiapa sahaja yang mendengar.

Antara lagu yang menjadi pilihan Chen-Chen ialah "Semua Isi Hatimu", salah satu lagu yang berentak balada yang mempunyai melodi dan harmoni cukup menarik. "It's a Beautiful Life" pula adalah sebuah lagu berentak pantas yang boleh menaikkan semangat pendengar. Manakala "Menari Dalam Hujan" dan "Hanya Satu" pula adalah dua buah lagu yang Chen-Chen rasa memberi nafas baru untuk konsep dan irama 80'an dan 90'an.

BINTANG
Senikata: 4
Komposisi: 4.5
Rekaan/Hiasan Album: 4
Keseluruhan: 5

Gabungan 3 Suara yang mantap. Dari kiri Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor
Ketika majlis pelancaran album 3 Suara di Celebrity Club, Soho KL

No comments:

Post a Comment