Pelakon drama "Begitukah Cinta", Ainul Aishah telah mengorak satu langkah kedepan dengan membuka perniagaan francais yogurt Tutti Frutti di Bangi. Perniaagan tersebut mula beroperasi pada 21 Januari 2011 dan sudah pun menjangkau dua bulan. Lulusan Universiti Multimedia di Cyberjaya (MMU) ini, telah membuat kajian terperincin tentang perniagaan yang diceburi. Selain dari minat, Ainul Aisyah menganggap dengan membuka francais yogurt Tutti Frutti merupakan sebuah perniagaan yang senang dan menguntungkan.
"Perniagaan ini adalah perniagaan keluarga. Saya yang mencadangkan kepada keluarga saya supaya membuat perniagaan ini". Katanya ketika ditemui di pejabat Tupai dan Cinema Online pagi semalam.
"Alhamdulliah setakat ini perniagaan ini berjalan dengan bagus dan lancar". Ujarnya lagi.
Anak kedua dari empat adik beradik ini juga dikenali sebagai seorang penyanyi dan model, merancang untuk membuat album mini pada bulan enam nanti. Gadis yang berusia 26 tahun ini amat mengagumi bakat dan menyimpan hajat untuk berkerjasama dengan penyanyi dan komposer muda Aizat untuk album yang akan datang.
"Bagi saya lagu yang dihasilkan oleh Aizat dan Abangnya memang sedap. Kalau diberi peluang saya ingin bekerjasama dengan mereka. Selain itu, saya juga ada berbincang dengan Taja untuk minta lagu dari beliau". Ujarnya diakhir perbualan.
Ainul akan muncul dengan filem 'Untuk Tiga Hari" arahan Afdlin Shauki yang di adaptasi dari novel Ahadiat Akshah ini akan berehat selama sebulan dari sebarang aktiviti seni.

*Kredit to www.tupai.com.my
No comments:
Post a Comment