Pages

Friday, August 19, 2011

Kahwin Kembar -”Cam Best Aje Hari Sabtu Tu”

Kahwin Kembar Kerana “Tidak Tahu Nak Pilih Siapa”

SUNGGUH terhibur hati membaca kisah seorang lelaki di Thailand yang mengahwini adik-beradik kembar dengan alasan dia tak tahu nak pilih yang mana satu! Iyolah tu kan….kalaulah aku dan 3 bilion lelaki lain kat dunia ni leh bagi alasan camtu!

Punya menarik….Google Analytic Mynewshub merekodkan puluhan ribu orang membaca cerita itu dalam tempoh dua hari sahaja…dan jumlah share pun hampir 5,000 orang dalam tempoh yang hampir sama.

Tapi penulis lagi terhibur membaca komen-komen yang diberikan para pembaca Mynewshub.my berkaitan kisah itu.

Baiknya hati orang kita walaupun tak kenal dan takda satu agama atau bangsa dengan lelaki bertuah berkenaan, Wichai…tetap mengucap kata-kata seperti ‘diharap berkekalan’ dan ‘berbahagia hendaknya’.

Itu memang sikap murni….kalau ada kategori tukang komen baik hati….penulis bagi kat Zam Zurina (semoga bahagia ler…..), Adiputra Khuzairie (semoga berkekalan) dan beberapa yang lain….namun kategori itu takda…..

Tapi tak kurang jugak komen-komen yang lain…..tengok yang ni: threesome..awesome Sabor En Ismail yea….saya pun cam encik gak….hanya mampu membayangkan!

Ada jugak yang terlari hukum…. wah.takpe laki bleh empat.nie baru dua!!! (Qimranshah).…nasib ada Puan Kamariah Bakar tolong perjelaskan … Org Islam tak boleh..sbb isterinya adik beradik…

Yang cam lawyer pun ada gak … Kat sna bleh poligami eh? (matkota).

Yang paling ramai bagi perhatian dalam perkahwinan Wichai dengan dua beradik kembar tu ialah….“Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”

Part ni memang jadi tumpuan….macam-macam bunyi kat hujung komen tu…‘aduhai/tak best’.

Yang hampir sama….npa best plak ari sabtu 2..(Amirul Ashraf15) dan wakakaka… cam best je hari Sabtu tu… (Akid Zulqarnain).

Sabtu mendapat perhatian ramai kerana Wichai dalam laporan asal berkata; “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”

Oklah….senang cakap beginilah…agama kita tak bagi….tapi untuk mamat tu…agama dia bagi line clear….

Bertuah la dia kan…bukan setakat malam Sabtu aje….setiap malam dia bertuah.

Dan melalui perkahwinan jenis itu…ada gak beberapa masalah teknikal lain pun dapat diatasi…

Umpamanya…walaupun dua bini tapi masih Boleh balik Tahun Baru Cina kat satu mertua aje…..tanya orang yang bini dua (yang bukan kahwin kembar….yang mati hidup balik anda takkan jumpa)….setiap tahun ala-ala perang jihad nak tentukan balik rumah mertua belah mana.

Dah tu pulak…si laki tu kata kembar tu adalah jiran dia sejak kecik….wah…sekali balik raya rumah sendiri dengan dua bini serentak…tak yah gaduh-gaduh…duduk sebelah aje…KAU MEMANG HEBATTTTT WICHAI!!!

Dan dah jimat duit tiket…tak yah nak berebut kerusi murah AirAsia ke apa….

Cuba berikan pandangan anda apa lagi kelebihan yang Wichai dapat dengan berkahwin kembar..berikan di bahagian komen di bawah….

Apa pun…penulis pun nak cakap la…semoga berbahagia pada si Wichai…walaupun penulis cemburu tahap dewa dengan mamat tu!


No comments:

Post a Comment