Pages

Saturday, November 19, 2011

Aku dah kata jangan isi Ron 95

Oleh: edyesdotcom

"
KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.Dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.

Semua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.

Akibat kemalangan itu, kereta Honda City berkenaan musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. - BERNAMA
Saya tak pandai nak bicara perihal qada dan qadar, tetapi saya fikir sekiranya kereta mangsa tersebut tidak terbakar, mungkin mangsa masih boleh diselamatkan.
Saya juga bukanlah cerdik pandai dalam bidang automotif, saya cuma tahu serba sedikit tentang minyak yang mempunyai formula oktana 95% dan pentana 5% (pentana adalah bahan yang menjana pembakaran) yang dikenali sebagai minyak RON95. Manakala untuk RON97, terdapat hanya 3% pentana dan selebihnya adalah oktana. Keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan enjin dan jika ia tidak sesuai, akan menyebabkan ketukan (knocking).
Terdapat banyak testimoni yang memberi reaksi negetif terhadap kepenggunaan RON95. Sila tanya lebai google untuk mendapatkan feedback dari pengguna dan anda akan setuju dengan saya.
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah kebanyakkan perlanggaran terbakar yang berlaku pada tahun ini disebabkan oleh penggunaan RON95?
Terdapat fakta yang mengatakan negara eropah menggunakan RON95 sebagai minyak premium nasional. Tetapi kita harus juga mengambil kira faktor iklim garisan khatulistiwa sepanjang tahun di negara ini dengan kepanasan puratanya 32darjah celcius berbanding negara eropah yang panasnya yang tidak pun mencecah 20darjah celcius. Jadi, minyak RON95 yang mempunyai 5 peratus bahan bakar adalah sesuai untuk negara atas angin berbanding negara berasap seperti Malaysia.
Saya cuma hairan mengapa sejak akhir-akhir ini, banyak kemalangan terbakar berlaku. Masihkah anda ingat kejadian yang menimpa arwah Acik Spin ? Juga masih kita ingat sebuah Proton Pesona terbakar di hadapan sebuah balai polis pada minggu lalu?


Sudah banyak entri yang berkaitan keburukkan RON95 telah saya paparkan dalam blog ini. Antaranya ialah ;
Terus terang saya katakan, saya tidak lagi mengisi RON95 sejak sekian lama di atas banyak faktor-faktor negetif yang sendiri dilalui dan terutamanya di atas faktor keselamatan. Berjimat 5 ringgit untuk setiap isian 20 liter untuk mengisi RON97 membuatkan saya rasa lebih selamat dan berbaloi.

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

No comments:

Post a Comment