Syella Kamaruddin, telah dihubungi oleh laman media GUA tentang perkahwinannya yang berlangsung pada 11-13 November lepas. Khabarnya majlis itu dilangsungkan secara besar-besaran, khemah kenduri saja 17 buah. Walau bagaimana pun, Syella masih enggan menamakan suaminya kepada media atau orang ramai. Ini ialah gambar Syella pada malam berinai yang baru dikeluarkan oleh ArtchanAli.
Memang saya telah berkahwin dengan seorang VVIP baru-baru ini, tetapi majlis pernikahan kami bukan pada Jumaat lepas (11 November). Kami telah bernikah pada bulan September lalu. Gambar-gambar yang tersiar di internet itu adalah gambar-gambar ketika majlis resepsi di rumah ibu bapa saya di Cheras pada 11- 13 Nov lalu. Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.
Saya tidak maklumkan kepada pihak media bukan kerana hendak sembunyikan perkara ini, tetapi saya serba-salah. Saya ini bukannya penyanyi popular. Album baru pun tidak ada. Alih-alih hendak jemput pihak media datang ke majlis perkahwinan. Saya rasa macam tidak kena. Sebab itulah saya jemput saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja. Bukan ada sebab lain. Lagipun majlis itu bukan untuk untuk saya seorang, tetapi turut meraikan perkahwinan dua orang adik saya ,Efa dan Ijam yang bernikah Oktober lalu.
Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, Saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.
Biarlah orang hendak buat spekulasi. Saya berkahwin bukan kerana harta. Saya sendiri sudah punya wang dan harta berkat beberapa perniagaan yang saya jalankan. Kalau orang masih tidak percaya, apa yang boleh saya buat.
Kami rasa patutlah kita hormati permintaannya itu. Syella memang nampak jelita semasa majlis perkahwinannya dan terima kasih pada Syella kerana gambar-gambar yang cantik dari ArtchanAli Photography, kami sudah mengesyorkan team fotografi tersebut kepada saudara-mara yang bakal berkahwin. Fakta perkahwinan Syella:
1) Syella enggan mendedahkan nama suami serta gelaran yang diperolehinya selepas berkahwin (Datin, Datin Sri atau Puan Sri) kerana menghormati permintaan VVIP itu.
2) Syella juga enggan mengulas sama ada dia berkongsi suami atau tidak.
3) Syella ambil keputusan berkahwin dengan suaminya sekarang ini setelah mendapat petunjuk ketika menunaikan umrah pada April lalu.
4) Syella menafikan dia berkahwin kerana harta. Jelasnya, dia sudah memiliki kemewahan daripada beberapa perniagaan yang dijalankan.
5) Dua pasang gaun yang digayakan ketika majlis resepsi itu adalah rekaan Hatta Dolmat dan setiap satu daripadanya berharga RM60,000.
6) Pasangan ini telah berbulan madu selama dua minggu di Eropah pada September lalu.
7) Syella dan suami merancang untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat.
No comments:
Post a Comment