Pages

Saturday, November 26, 2011

Miranda Kerr Gayakan Pakaian Dalam Wanita Bernilai Hampir RM8 Juta


Semalam satu hari yang cukup panjang buat kami — rancang’nya sedikit, menjadi panjang berjela. Tuntutan kerja bak kata orang tua.

Namun ia’nya tidak menghalang kami untuk tampilkan sesuatu yang seksi buat anda di pagi Jumaat yang hening ini.

Hujung tahun makin menjelang dan sudah tiba masa untuk rakyat Amerika Syarikat mula membeli belah sebagai persediaan untuk Hari Krismas.

Tetapi, sanggupkah anda membeli sehelai persalinan pakaian dalam untuk teman wanita tersayang bernilai hampir US$2.5 juta (RM7.8 juta)?

Model terkenal dunia yang juga isteri kepada pelakon Orlando Bloom, Miranda Kerr khabarnya terpilih untuk memperagakan bra semahal itu di Victoria’s Secret Fashion Show yang akan berlangsung November ini.

Pakaian dalam mewah tersebut di’hiasi lebih 3,400 biji galian berharga termasuk berlian putih dan kuning 142 karat, mutiara mewah, emas kuning & putih 18 karat.

“Ianya satu penghargaan buat saya untuk memakai pakaian dalam mewah ini. Saya rasa seperti di’kayangan apabila memakai hiasan bernilai US$2.5 juta di’dada saya,” ujar Miranda Kerr kepada media.

Oh Miranda Kerr, apa pun yang kamu kenakan di’dada kamu pasti menjadi tumpuan mata lelaki normal di’seluruh dunia. Oh Miranda Kerr.

No comments:

Post a Comment