Pages

Saturday, November 12, 2011

Sultan Kelantan: Henti bermain api

Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap kemunculan ‘iklim tidak sihat’ yang dicetuskan anasir anti establishment dalam masyarakat.“Beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, hati-hati dan peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti establishment dalam masyarakat, dengan cuba mengubah lanskap kehidupan harmoni dan damai dengan menimbulkan ‘sikap buat- buat lupa faktor sejarah’, kontrak sosial yang dipersetujui bersama,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah UcapanTahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi.

Majlis turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan ismail Petra itu dihadiri pembesar negeri dari dalam dan luar negara serta para Kerabat Diraja.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Titah baginda, anasir itu juga cuba mencetuskan isu berkaitan agama Islam, bahkan mencabar kewibawaan raja-raja.

“Mereka juga mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan,” titah baginda.

Justeru baginda menyeru pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan ‘bermain api’ serta sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak diterima dalam masyarakat dan negara.

Baginda turut menyentuh keadaan dunia yang terus mengalami perubahan iklim yang tidak menentu mengakibatkan pemasanan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan.

Sehubungan itu, titah baginda, kesan paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan, pertumbuhan ekonomi global yang lembab dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas.

“Ini, turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia,” titah baginda sambil menyeru rakyat menggemblengkan tenaga bekerjasama mempastikan pertumbuhan ekonomi dapat diatasi sekadar yang boleh.

“Semua pihak perlu bergiat mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuahan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat,” titah baginda.

Pada istiadat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DKMJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

No comments:

Post a Comment