Pages

Tuesday, December 20, 2011

Bisnes Tutti Frutti Ainul Aishah Laris!

Suatu ketika dulu, kelibatnya acapkali menghiasi kaca TV mahupun filem, namun sejak kebelakangan ini, kelibat pemilik nama Ainul Aishah seakan ‘menghilang’.

Memetik kenyataan pelakon berusia 26 tahun ini lewat sebuah laman Murai, Ainul pada masa ini sedang sibuk fokus dengan bisnes francais Tutti Frutti yang telah beroperasi sejak Jun lalu di Bangi serta sebuah lagi cawangan di Nilai pada 17 Oktober lalu.

“Saya sekarang berniaga francais Tutti Fruitti di Nilai dan Bangi, inilah yang saya buat sekarang ini. Menguruskan perniagaan keluarga. Nampaknya usaha saya untuk bisnes ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang menetap di kedua-dua lokasi tersebut,”

“Alhamdulillaj, perniagaan saya telah mendapat maklum balas yang memberansangkan. Insyaallah dalam tahun depan, saya merancang untuk membuka bebera[a lagi cawangan Tutti Fruitti di beberapa lokasi selain terbabit dengan perniagaan makanan dan minuman,” ujar Ainul.

Tambah Ainul lagi, dia turut merancang untuk membuka perniagaan butik secara online.

Meskipun semakin ligat berbisnes, Ainul walaubagaimanapun, menafikan dirinya seakan ingin berundur dari dunia lakonan malah menyatakan dirinya masih sayangkan dunia lakonan dan mahu terus aktif dengan dunia lakonan.

Buktinya, dia turut membintangi filem ‘Untuk Tiga Hari’ terbitan Tarantella Pictures arahan Afdlin Shauki yang akan menjengah pawagam tahun depan selain turut menerima beberapa tawaran berlakon telemovie.

Foto kredit: Mangga Online

No comments:

Post a Comment