Pages

Saturday, December 31, 2011

Konsert Ambang 2012 Di Dataran Merdeka Malam Ini

Konsert Ambang 2012 Di Dataran Merdeka Malam Ini

KUALA LUMPUR - Sambutan tahun baru di ibu negara akan dimeriahkan dengan Konsert Ambang 2012 di Dataran Merdeka di sini bermula pukul 9 malam.

Konsert tersebut dijadualkan membariskan ramai artis terkenal tanah air termasuk Datuk M.Nasir, Jamal Abdillah, Awie dan Faizal Tahir.

Sebelum kemuncak sambutan berlangsung malam ini Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) terlebih dahulu menganjurkan satu karnival bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2012 pagi ini.

Karnival bermula pukul 7 pagi itu dilancarkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan dihadiri lebih 3,000 warga KPKK dari 18 buah agensi.

Karnival yang dijadual berakhir pada 6 petang ini diisi dengan pelbagai acara menarik antaranya Sukan Rakyat, sukaneka, pertandingan mencanting batik dan pertandingan tarian.

Rais pada majlis pelancaran Karnibal KPKK berkata, karnival KPKK yang pertama kali diadakan itu akan diperluaskan ke negeri lain seperti Perak, Johor dan Selangor.

No comments:

Post a Comment