Sebut sahaja pasukan Kelantan, pasti di antara peminat bola tanah air akan berasa gah dan kagum dengan pasukan ini yang mana menjadi pasukan terbaik Malaysia ketika ini. Dari segi pengurusan hinggalah kepada pemain sendiri yang mana menunjukkan sikap profesional mereka dalam aksi bola sepak di Malaysia.
Namun begitu, apabila bercakap tentang stadium yang digunakan oleh pasukan ini, pasti ramai peminat terutamanya penyokong setia Kelantan agak kecewa dengan status stadium ini yang telah lama digunakan sejak tahun 1967 yang mana penyokong setia Kelantan inginkan stadium baru bagi memuatkan lebih ramai penyokong.
Sejak tampuk KAFA di terajui oleh Tan Sri Annuar Musa, pelbagai perubahan dapat di saksikan dari segi pengurusan pasukan, jurulatih, pemain serta kemeriahan liga di Malaysia ini. Yang terbaru adalah pembinaan stadium baru untuk pasukan Kelantan bagi menggantikan stadium lama yang mana stadium baru ini kelak mempunyai ciri-ciri stadium antarabangsa serta penambahan 10000 tempat duduk dari stadium lama yang mampu memuatkan sehingga 30000 sahaja.
Tindakan ini dilakukan oleh presiden KAFA ini apabila tegas dengan pendirian ingin memajukan bola sepak Malaysia dan ingin menjadikan Kelantan salah satu PERSADA BOLA SEPAK NEGARA. Satu surat permohonan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri yang bertarikh 25 Januari 2012 telah dihantar bagi mendapat kelulusan pembinaan stadium baru untuk pasukan Kelantan.
Berikut adalah ilustrasi stadium baru pasukan Kelantan:
No comments:
Post a Comment