Pages

Friday, January 27, 2012

Khasiat Buah Epal

Antara kelebihan epal adalah:

1.Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.

2.Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.

3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.

4.Melindungi sendi tulang.

5.Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).

6.Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.

7.Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.

8.Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.

9.Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,

“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”

Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Petua Membuang Toksid

Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Jus ini juga dikatakan sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.

Dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.

Kandungan Sebiji Epal :

  • Asid Malik dan tartaric
  • Pektin
  • Flavonoid

No comments:

Post a Comment