Pages

Friday, January 27, 2012

PAS sasar 12 kerusi Sarawak, 9 Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

“Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP,” kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS hanya bertanding satu kerusi parlimen di Sarawak iaitu Batang Lupar dan hanya dua kerusi Dun di Sabah.

No comments:

Post a Comment