Pages

Wednesday, January 25, 2012

Tak Mainlah Goda Suami Orang – Anzalna

KUALA LUMPUR – Dikurniakan Tuhan dengan paras rupa yang cantik, pelakon baru, Nur Anzalna Mat Nasir, mendakwa dia tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menggunakan kelebihan tersebut untuk menggoda lelaki-lelaki kaya, terutamanya suami orang.

Nur Anzalna, 23, yang lebih mesra dengan panggilan Anzalna berkata, memang ada segelintir gadis cantik yang mengunakan kelebihan yang ada pada mereka untuk menggoda lelaki kaya, namun menegaskan bahawa dia tidak tergolong di dalam golongan tersebut.

“Tak dinafikan sebelum ni saya pernah bawa watak penggoda, tapi di alam realiti saya bukan macam tu tau! Hehe…

“Memang ada gadis yang guna kecantikan untuk goda lelaki kaya. Bagi saya itu terpulanglah kepada mereka. Itu hak masing-masing. Cuma jangan goda suami orang yang kaya dah laa… tak elok kacau rumahtangga orang kan!,” katanya yang dipetik dari majalah Mangga baru-baru ini.

Menurut bekas peserta Dewi Remaja 2010 ini, dia berpendapat bahawa cinta yang berasaskan harta semata-mata tidak akan berkekalan, namun tidak menolak sekiranya sudah ditakdirkan jodohnya dengan lelaki kaya.

“Kalau ada gadis yang goda suami orang kerana ingin menikmati kemewahan, lebih baik hentikan saja. Bercinta kerana harta semata-mata takkan kekal lama. Namun, kalau dah jodoh… siapalah kita untuk menafikan takdirNya,” katanya lagi.

Anzalna yang mengaku baru putus cinta pada Ogos lalu turut memberitahu bahawa dia kini sudah punya kekasih baru dan bahagia bersama lelaki yang memiliki ciri-ciri idamannya itu.

“Tentang cinta, saya dah putus cinta sebelum hari raya pada Ogos lalu. Kami putus sebab tidak serasi. Dia juga tak suka saya berlakon dan cemburu bila rapat dengan kawan-kawan lelaki.

“Sekarang saya dah ada kekasih baru dan bukan artis. Dia seorang yang suka memikirkan masa depan, berdikari, sedap mata memandang dan melayan saya dengan baik.

“Saya bahagia bila ada cinta baru ni, rasa lebih bersemangat untuk teruskan kehidupan. Hehe…” jelasnya mengenai ‘cinta’ yang baru berputik.

Anzalna pernah menggemparkan dunia hiburan tanahair apabila beberapa blog hiburan menyiarkan beberapa keping gambar intim dengan bekas kekasihnya yang merupakan seorang warga asing dan pernah digosip menjalin hubungan dengan pelakon, Shah Jaszle.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

No comments:

Post a Comment