Selena Gomez nampaknya sedang berusaha untuk menyisihkan imej ‘gadis baik’nya dengan muncul seksi di muka hadapan majalah Cosmopolitan. Dia baru saja melakonkan episod terakhir untuk siri televisyen terbitan Disney, Wizards of Waverly Place yang sudah bersiaran selama 5 tahun dan diminati oleh golongan kanak-kanak dan remaja.
Perihal artis terbitan Disney cuba untuk membuang imej baik zaman kanak-kanak mereka sebenarnya pernah berlaku sebelum ini. Kalau anda masih ingat, Britney Spears pernah melakukan perkara yang sama, begitu juga dengan Vanessa Hudgens.
Dalam cover majalah yang akan diedarkan di Amerika Syarikat pada 7 Februari akan datang, gadis berusia 19 tahun ini berpose ‘berani’ mempamerkan belahan dadanya. Mengenakan gaun bermotif bunga-bunga warna merah muda tanpa lengan dengan leher terbuka, Selena tampil dengan wajah segar.
Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Selena digambarkan seperti ingin menunjukkan bahawa dirinya bukan lagi seorang remaja biasa. Gadis yang akan genap berusia 20 tahun di bulan Julai ini, kini adalah gadis belia yang semakin dewasa. Sewaktu wawancara dengan Cosmopolitan, Selena juga mendedahkan rahsia di balik kejayaannya sebagai bintang.
Saya seperti gadis 19 tahun yang lain pada umumnya. Saya jatuh cinta sepenuhnya, dan bila saya jatuh cinta saya hanya ingin pergi ke pawagam, keluar bersama teman lelaki, dan melakukan perkara normal yang lain. Saya beruntung kerana telah menemui seseorang dengan falsafah yang sama.
Sewaktu menyanyi di sebuah konsert di Puerto Rico baru-baru ini, Selena tampil dengan gaun-gaun seksi. Kekasih Justin Bieber ini juga dilihat mengenakan hotpants yang digandingkan dengan gaun berwarna ungu bagi menonjolkan kakinya yang panjang.
No comments:
Post a Comment