Pages

Sunday, March 18, 2012

Kadar Tol RM7 Jambatan Kedua Pulau Pinang

PULAU PINANG: Pemandu kenderaan perlu membayar RM7 untuk menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang dijangka siap pada September tahun depan, sehingga tahun 2038.

Pengarah Urusan syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata walaupun jambatan kedua yang bernilai RM4.5 bilion itu dua kali lebih panjang berbanding yang pertama, kadar tol yang dikenakan masih lagi sama.

Rancangan asal ialah RM9.40 untuk jambatan kedua memandangkan yang pertama sepatut dinaikkan kepada RM9.

“Memandangkan sekarang ini jambatan Pulau Pinang pertama memang sah pada kadar RM7, jadi, kami akan ikut kadar itu,” kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan pemasangan jeti akhir Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung pada Sabtu.

Laporan terdahulu menyatakan yang kerajaan persekutuan telah melanjutkan tempoh konsesi untuk Jambatan Pulau Pinang sehingga 31 Dis, 2038 sebagai pertukaran kepada pembekuan ke atas kenaikan tol.

Ismail berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang itu telah lebih 73 peratus siap dan tiada semakan semula ke atas kos pembinaannya iaitu RM4.5 bilion.

Terdapat sejumlah 292 x 2 jeti diperlukan untuk membina bagi jarak menghampiri jambatan, Pemasangan jeti akhir hari ini ialah utara P291, jeti akhir untuk jarak hampiri jambatan itu.

Ini merupakan kerja-kerja di bawah kontrak untuk Pakej Satu dengan nilai RM2.2 bilion oleh CHEC Construction (M) Sdn Bhd.

Ismail berkata dengan baki kontrak bernilai RM170 juta untuk diserahkan, kerja-kerja oleh CHEC terus berjalan lancar dengan pembinaan ikon jambatan “Cable Stayed Bridge” di jarak pengemudian utama.

Untuk Pakej Dua dengan nilai kontrak RM1.55 bilion yang pada masa ini dilaksanakan oleh UEM Builders Bhd, pelancaran Girder 1 dan 2 telahpun bermula dan seharusnya tiba di P268 menjelang akhir bulan ini.

Ismail berkata pelancaran galang kotak bersegmen (SBG) dijangka berterusan dan sampai ke utara P292 pada akhir Jun dan selatan seminggu kemudian.

Beliau berkata pemasangan SBG dari Batu Maung ke P24 jarak pengemudian utama dijangka siap pada 14 Oktober.

“CHEC kemudiannya akan terus membina lapis tebal dek konkrit di P24 dan penutupan akhir kabel kekal pada jarak pertengahan, antara tiang P26 dan P27 pada akhir Mac tahun depan,” tambah beliau.

Dengan struktur marin sepanjang 16.9km, Jambatan Kedua Pulau Pinang disifatkan sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan juga terpanjang di dunia yang menggabungkan galas getah redaman tinggi (HDRB) dalam pembinaannya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment