Pages

Saturday, March 17, 2012

Permandangan indah New Zealand

Mungkin ada yang tak tahu.. dalam dunia ni toronto adalah salah satu tempat yang aku nak pegi, ntah bila la agaknya.. tunggu aku kaya la kot.. tapi tahu tak korang new zealand pun kira best juga.. tengok sahaja dalam filem hidustan, lawa kan.. golek golek atas rumput bawah pokok rhu, di tepi sungai berlatarkan gunung ganang..challo beta!!..hahaha.. tapi selain semua tu ada satu tempat lagi yang sangat istimewa kat new zealand..



Dalam filem hantu kak limah nampak kan ada banyak coli terbang terbang, yang time keh~! keh~! keh! keh~!,.. ha yang ni lagi banyak.. sejauh mata memandang.. nama tempat ni Cardrona Bra Fence dekat Central Otago, New Zealand.

Walaupun telah menjadi kontrovesi, tempat ni adalah salah satu tumpuan pelancong yang popular kat Cordrona Valley. bermula pada krismas 1999 dengan alasan yang tidak diketahu, empat coli digantug kat pagar dawai tuh.. pastu penduduk kat situ pulak gantung lagi dan lagi coli diorang.. dan jumlah coli bertambah daripada tahun ke setahun.. hahaha.. tak tahula la pulak tempat ni ada lagi ke tak sebab ia dikatakan mengganggu penglihatan dan menimbulkan kesesakan di kawasan itu..

No comments:

Post a Comment