Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang
paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan
paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak
kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan
kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang
ramai.
Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:
1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
HIGHLAND
TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami
oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut
puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya
masih terkubur di sana.
2.BANGLO MONA FANDEY
Banglo
yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang
juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang
pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang
yang telah menggemparkan dunia.
3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
Sebuah
komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah
dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai
makhluk halus.
4.LEBUHRAYA KARAK
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon
berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya
ini.Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang
meragut banyak nyawa.
5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU
Pada
suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan
di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik
telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.
6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
Sebuah apartment usang yang sering kali
meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan
dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam
mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia
membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah.
Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:
7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang - lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union
High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang
berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada
waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan
seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang
bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul
di mana-mana kecuali di jalan ini.
8.Institusi St Michael, Ipoh -
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun
sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering
menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap
tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh
tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan
paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di
sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah
hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.
Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
9. Malay College
Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak - Seperti Institusi St
Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan
Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian
seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi
rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang
berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti
ada orang di gantung di pokok berkenaan.
10. Victoria Intitution,
Kuala Lumpur - Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi
kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British
disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak
kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan
ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan
dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.
11. Bukit
Tungku, Kuala Lumpur - Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia
merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan
ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat
kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu
selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda
tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin
sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul
perasaan seram walaupun pada waktu siang.
12. Rumah ADO
Menumbok, Sabah - Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana
tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu
dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu
sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti
penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
13.
Penjara Pudu - Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu
merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini
dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai
kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu.
Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang
berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan
sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara
yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah
tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan
untuk tujuan pembangunan.
No comments:
Post a Comment