KUALA LUMPUR: Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya
hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja
perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11
tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.
Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka
berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan
samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah
mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan
berani.
Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya
berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng
jalanan yang baru beberapa jam dikenali.
Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut
gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain
mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.
Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat
kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta
tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.
No comments:
Post a Comment