Pages

Saturday, May 5, 2012

Ujian HIV Untuk Bakal Pengantin

Tujuan ujian HIV sebelum perkahwinan bukan untuk menyekat sesuatu perkahwinan malah ia menolong untuk mengenalpasti risiko awal agar perancangan dapat dibuat oleh pasangan dalam melakukan hubungan kelamin dan mendapat anak. Ujian HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA.. Berikut adalah prosedur dalam melakukan UJIAN SARINGAN HIV bagi pasangan yang bakal berkahwin:
BORANG UJIAN SARINGAN HIV
  1. Bakal pengantin boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV di Jabatan Agama Islam berhampiran anda (Ada special seal yang membuatkan borang tidak boleh disalin pendua (copy) sesuka hati.
  2. Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap borang permohonan Ujian Saringan HIV (Bayaran adalah berbeza mengikut negeri)
  3. Borang Ujian Saringan HIV hendaklan dilengkapkan dan dibawa ke klinik kesihatan yang telah disenaraikan bagi menjalani Ujian HIV 1 & 2.
Borang Ujian Saringan HIV JAWI
UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
  1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.
  2. Sekiranya keputusan ujian saringan TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.
  3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu. Walaupun ujian dilakukan oleh kerani jururawat, pengesahan dan cop adalah dari seorang doktor.
  4. Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dandimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.
  5. Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.
  6. Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan.
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI JABATAN AGAMA ISLAM.
  1. Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  2. Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.
  3. Jika ujian anda positif, ada beberapa langkah tambahan yang perlu dilakukan.  a) Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin. b) Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang  implikasi HIV. c) Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. d) Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses. e) Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya.
SENARAI KLINIK KESIHATAN YANG MENJALANKAN UJIAN HIV DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Kami nasihatkan anda untuk telefon klinik yang anda akan kunjungi lebih awal kerana mereka mungkin menukar masa khas yang diperuntukkan untuk ujian saringan HIV dari masa ke masa tanpa notis awal.
MASA : 2.00 petang- 4.30 petang ( HARI : ISNIN – JUMAAT)
MASA : 2.45 petang – 4.30 petang ( HARI : JUMAAT)
Jabatan Kesihatan DBKL – 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
KM 4, Jln. Cheras, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Kuala Lumpur – 03 26155752
Hospital Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Putrajaya – 03 88883057
No. 1, Jln. Presint 9E, Putrajaya
Poliklinik Komuniti Tanglin – 03 26983311
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Cheras – 03 91304583
Batu 4 ½, Jln. Cheras, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Cheras Baru – 03 42946114
Jln. 16, Kg. Cheras Baru, Off Jln. Kuari
Klinik Kesihatan Batu – 03 62573355
Batu 4 ½, Jln. Ipoh, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Petaling Bahagia – 03 77829355
Batu 6, Jln. Puchong, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Dato’ Keramat – 03 42573333
Jln. Jelatek, Dato’ Keramat, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Kampung Pandan – 03 92810272
Jln. Kg. Pandan, Kuala Lumpur
Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar – 03 22881071
Blok C, Wisma Ghoshen, Plaza Pantai, Off Jln. Pantai Baru, KL
Klinik Kesihatan Jinjang – 03 62583355
No 2, Jln. 4/16, Jinjang Utara Tambahan, KL
Klinik Kesihatan Setapak – 03 41425429
No. 26/28, Jln. 9/23A, Medan Makmur, Setapak, KL
Klinik Kesihatan Sentul – 03 40427557
189 , Jln Perhentian, Off Jln. Hj. Salleh, Sentul, KL
Klinik Kesihatan Sungai Besi – 03 90585464
Jalan Besar, Sungai Besi, KL
Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak – 03 91713333
No. 16&18 Jln. Jujur 3 , Bdr. Tun Razak, KL
Bagi mereka yang tinggal di negeri Selangor – Sila klik untuk memuat turun senarai KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR.
Bagi negeri-negeri lain seperti di Johor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan di tempat-tempat lain di seluruh Malaysia, anda boleh merujuknya di sini.
keputusan-ujian HIV
KEPUTUSAN INI YANG ANDA CARI – NON-REACTIVE
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai prosedur perkahwinan, sila ke laman syokkahwin.com. Jangan lupa mendaftar untuk menjadi ahli istimewa Syokkahwin.com dan mendapat ebook misteri ya di SINI

*http://syokkahwin.com

No comments:

Post a Comment