Susu Kambing Mudah Hadam
Susu
kambing mempunyai molekul protein & lemak yang sangat halus,
lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk
diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
Disebabkan zarahnya yang halus dan sifatnya yang menyah asid, maka
sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulser & gastrik.
Alahan Laktosa
Sifat
susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan
mudah. Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah
berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang
cirit-birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya
mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam
darah atau susu. Ianya, bertindak meneutralkan asid dalam badan.
Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit
kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula
dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
Susu Kambing Mengandungi Asid Lemah yang Baik
Susu
kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang
mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan
badan dan meningkatkan tenaga manusia.
Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.
Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan
Mineral Selenium yang kaya dengan susu kambing bertindak sebagai bahan
bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida.
Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari
membiak.
Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu
kambing didapati mengandungi Kandungan Biooganic Sodium yang tinggi.
Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen
anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid
Arthirits (inflamasi sendi).
Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
Susu
kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya
dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium
& calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium
yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan
darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
Susu kambing juga mengandungi factor anti KANSER.
No comments:
Post a Comment